Friday, April 21, 2017

WhatsApp group OUM 2 OUMH1103 PPU MELAKA

Assalamualaikum...

Semalam tarikh akhir pelajar saya menghantar tugasan mereka secara online untuk dilakukan semakan oleh pihak universiti bagi melihat sejauh mana ketulenan tugasan yang dibuat.

Berpuluh WhatsApp yang diterima... riuh rendah dalam group bercerita dari yang bertanya soalan... sehingga lah yang mengadu nasib... saya sebagai tutor mereka hanya tersenyum kadang kala mencelah jika perlu.

Melihat mereka bersama-sama berkongsi cerita seperti adik beradik dan rakan karib memberi saya idea untuk dimasukkan ke dalam blog ini agar satu hari nanti apabila anda semua tergerak hati singgah ke blog saya ini... anda semua akan mengimbau kenangan semasa menjadi junior di oum nanti.

Kalau ikutkan tidak ramai yang berada di dalam group WhatsApp ini... tetapi apabila ia sentiasa di add friends maka bilangan ahlinya menjadi 31 orang!.

Dari latar belakang, umur serta perkerjaan memberi satu variasi idea, kepakaran dan pengalaman. Perbagai ragam perangai di dalamnya... pastinya ada yang sebagai pemerhati sahaja... membaca apa yang dibincangkan, ada juga yang sebagai penghibur... tanpa orang sebegini senyap sunyi sepi la group WhatsApp ini... dan ada juga yang menggunakan media ini sebaik mungkin untuk bertanya dan mencari maklumat.

Apa-apa pun anda semua terbaik... selalu memberi support antara satu sama lain. Inilah antara yang menyentuh hati saya...

Sesungguhnya.... saya telah memberikan satu ikatan jalinan ukhwah antara anda semua jangan lah diputuskan. Mana tahu satu hari nanti kita boleh berjumpa bersama semua ahli dalam kumpulan WhatsApp ini. Insyallah

Saya selalu berdoa agar anda semua berjaya sampai ke garisan penamat... aaminn


4 comments:

ina_zulkifli said...

Terima kasih en khairul....anda lh pencetus jalinan ukhwah Ini...dari saling tidak mengenali...akhirnya kami boleh berkongsi idea dan bergurau senda...hebat kan...!...insyaallah...tali silaturrahim Ini akn kami Jaga...dan doakan kami sama2 berjaya hingga akhirnya......thank you sir....!

Unknown said...

Tq cek khairul di harap semua studen sem Jan 2017 x patah semgat setiap nurkilan dan nasihat menjadi bimbingan kepada kami untuk terus mengejar kejayaan.#ijazahjalanan

Lesungpipit said...

Terima kasih sir kerna tak pernah jemu utk menyuntik semangat dan memberi tunjuk ajar kpd kami semua..semoga ukhwah yg terbina sepanjang pengajian ini kekal selamanya..insyaAllah..

Lesungpipit said...

Terima kasih sir kerna tak pernah jemu utk menyuntik semangat dan memberi tunjuk ajar kpd kami semua..semoga ukhwah yg terbina sepanjang pengajian ini kekal selamanya..insyaAllah..

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...