Thursday, January 6, 2022

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua

Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hihi.. kalau ditanya saya adakah bahagia saya sekarang?!.. saya boleh katakan saya sangat-sangat bahagia... kerana saya dikelilingi oleh insan-insan yang terbaik dan semangat... terutama ditempat kerja baru sekarang... Aaminn.. Alhamdulilah.

Kali ini coretan ini saya titipkan khas berkaitan dengan anak sulong saya yang akan melangkah masuk ke dunia lebih mencabar kini... saya akan hantar dia masuk Matrikulasi pada 07 Jan 2022.. ia merupakan tarikh yang akan saya kenang sampai bila-bila kerana kami sekeluarga akan membiasakan diri kerana keluarnya seorang ahli keluarga dari rumah yang hampir 11 tahun kami berteduh dan hampir 19 tahun kami hidup bersama dengan dia...

Kalau ditanya sedih ke tak??.. tipu lah kata hati tak sedih.. cuma saya perlu kuat di depan anak-anak kerana saya sendiri telah menetapkan syarat dalam keluarga ini yang semua anak-anak perlu keluar dari rumah untuk menuntut ilmu/berkerja selepas umur 17 tahun... lihat lah dunia ini.. belajar lah mengharunginya.. timba lah pengalaman yang sangat mencabar dan bina lah hidup masing-masing jangan harapkan ayah dan mama kerana kami sampai masa akan menutup mata 

Hanya doa saya akan iringkan dengan harapan dia akan berjaya dalam hidup dengan membina keluarganya sendiri... pandai-pandailah memilih kawan, bijaklah membuat perhitungan dan semoga Adam berjaya di Dunia dan di Akhirat... Insyallah



Wednesday, October 20, 2021

BIAR KEKAL SAMPAI BILA-BILA

Assalamualaikum dan selamat petang...

Petang di pejabat ini hujan turun dengan lebat, terasa pula nak menaip dalam blog ini... hihi. Apa yang saya boleh katakan sekarang ialah... saya sangat bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kerana saya kini mempunyai keluarga baru ditempat kerja yang sangat suppotive dan ikhlas berkawan ditambah dengan dikelilingi anak-anak tercinta terasa diri ini sangat bertuah... Alhamdulilah.

Entry sebelum ini saya ada menyatakan bahawa saya telahpun berpindah kerja di tempat baharu... disini saya terasa seperti satu keluarga kerana semangat kekeluargaan yang kuat sentiasa dipegang oleh semua orang... mereka percaya semangat inilah yang akan mengeratkan lagi hubungan semua orang... tidak kira kedudukan dan pangkat.. formulanya sangat simple... iaitu dengan makan bersama-sama maka terjalinlah hubungan baik, apabila semuanya baik maka sebarang masalah dan kerja dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat!!.

Kini saya mempunyai satu pasukan yang kuat dan erat... ia menambahkan lagi semangat saya dalam berkerja dan terasa diri disayangi... apalagi yang saya perlu minta dari Dia... melainkan dipanjatkan doa agar semua hubungan ini akan terus berkekalan sampai bila-bila. Insyallah



Wednesday, September 29, 2021

TEPUK DADA TANYA SELERA...

 ASSALAMALAIKUM...

Sebenarnya dah lama hobi ini terpendam disebabkan banyak sebab.. antaranya fokus belajar, komitmen kerja dan sebagainya, tetapi apabila dalam keadaan yang memaksa kita semua hanya beriadah di dalam negeri dan elakkan dari kawasan yang bersesak-sesak saya merasakan aktiviti camping merupakan aktiviti yang terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak-anak.

Saya mula mengumpul barang-barang camping sedikit demi sedikit, kalau nak beli sekali gus memang la tak mampu... banyak yang saya beli barang-barang secara online dari shopee dan lazada kerana harga yang berbaloi dan juga lebih selamat kerana semuanya berada dihujung jari kita sahaja... atas katil pun boleh shoping... hihihi.



Banyak blog dan web camping saya layari dan baca untuk jadikan panduan dan menambahkan ilmu tentang dunia camping. setakat ini dah beberapa kali saya bawa anak-anak pergi tepi pantai untuk merasa pengalaman camping, seronok dan merasa tenang... masak, berborak dan mandi laut kenangan yang saya sengaja cipta untuk anak-anak semua... dengan harapan semoga apabila saya telah tiada kelak mereka akan buat benda yang sama bawa cucu-cucu saya kelak... "dulu atok, bawa ayah pergi camping sama macam mana ayah bawa awak semua sekarang"... Insyallah 



Banyak lagi sebenarnya barang camping yang masih belum ada.. tetapi part basic semuanya sudah cukup... dan apabila melihat kawan-kawan bercerita tentang carvan mula lah terbayang kalau ada carvan sendiri syok ni dapat keliling satu Malaysia tanpa perlu cek in mana-mana hotel... hihihi. Saya percaya satu hari nanti trend bercuti dengan menggunakan carvan ini pasti popular. sekarangpun dimana-mana sahaja trend khemah kita nampak di tepi-tapi pantai berbanding dahulu.

Kalau ditanya apa yang seronoknya camping ini... saya akan jawab yang utama ialah kerana seronok dapat masa bersama keluarga .... disamping kita dapat belajar tentang ilmu survival dan dekat dengan alam... saya selalu impikan semua anak-anak duduk keliling unggun api sambil masing-masing bercerita pada waktu malam sambil panggang ikan atau minum teh panas... alangkah bahagianya ketika itu... bagi saya sekarang masanya kita sendiri mencari aktiviti yang selamat untuk kita sekeluarga selain duduk dirumah sahaja, banyak lagi aktiviti bukan sahaja camping... tepuk dada tanya selera. 

DUNIA BARU LEMBARAN BARU ILTIZAM BARU CERITA HIDUP BARU...

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini buat kali pertamanya saya menulis blog ini dari pejabat yang baru dan suasana yang baru... rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah rahmatnya saya dapat beralih angin dari sektor yang menguruskan bahan-bahan sulit kepada urusan pentadbiran sumber bakat manusia. 

Saya masuk ke dalam keluarga besar yang mempunyai staf seramai 23 orang dengan pelbagai ragam dan gaya. lebih besar dari yang sebelum ini hanya 10 orang tetapi tidak semestinya keluarga besar ini hubungannya tidak erat... dari segi pengamatan saya, mereka lebih menjaga hubungan kekeluargaan kerana mereka sedar bahawa suasana erat itulah yang akan mengwujudkan satu organisasi lebih kuat dan bersatu.

Saya melangkah bukan membawa semangat semata-mata tetapi juga dibawa sekali dengan jiwa dan hati bersama bekerja dalam keluarga baru ini... semoga semua yang baik dari tempat lama akan dijadikan panduan manakala yang kurang manis akan disimpan jadi kenangan sampai bila-bila.

Doakan saya semoga dapat mentadbir dan pekerja yang menyenangkan semua pihak dan ikhlas dalam menjalankan ibadah ini... Insyallah




Monday, September 27, 2021

LAYAK ke... JaDi PeMimPin

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semoga hari-hari anda semua diberkati dan bahagia menjalani kehidupan... Insyallah. kadang-kadang kita mempunyai kehidupan yang hampir tenang... ada anak-anak yang sedang membesar, aset-aset yang cukup buat hidup lebih sempurna, dan hubungan sosial yang sangat baik antara jiran-jiran dan rakan sekerja... tetapi ya la... Allah akan memberi dugaan kepada setiap insannya dengan pelbagai bentuk dan cara antaranya dugaan kesihatan, dugaan pasangan kita, dugaan di tempat kerja dan sebagainya.

Disini saya ingin menyentuh dugaan di tempat kerja dimana hubungan kita dengan bos yang tidak baik, sentiasa keruh dan lost communication... saya akan melihat perspektif sebagai seorang pekerja bawahan... kerana sebagai seorang pekerja perlu sentiasa melihat siapa peneraju organisasi.... jika kita mempunyai seorang bos yang baik, memahami dan profesional... alangkah seronoknya kita bekerja dan semua sasaran kerja tahunan akan tercapai dengan jayanya... tetapi jika berada dibawah pimpinan bos yang sangat bermasalah maka tak banyak sedikit ia akan mengganggu kehidupan semua orang dalam organisasinya

Saya pernah sahaja bekerja dengan pemimpin yang terbaik, dedikasi dan ciri seorang pemimpin yang selayaknya... jujur sampai sekarang saya masih mengingati cara beliau bekerja dan ia menjadi ikutan semua orang yang pernah bekerja dibawahnya... tetapi ada juga yang bekerja dengan orang yang tidak layak dipanggil ketua... sangat-sangat mengikut perasaan... dendam kesumat dalam hati disimpan sehinggakan mencari kesalahan semua pekerjanya... apabila masalah disiasat untuk dibaiki... didapati hanya kerana stafnya bergambar antara ketua dengan kerani bawahannya (pastinya bergambar dalam keadaan bersopan dan bukan bercium bagai) dan gambar beramai2 dalam majlis organisasi contohnya sambutan hari raya... dan gambar mereka dicrob disimpan untuk tujuan menyakitkan hati dan merendah-rendahkan maruah orang.

Ini belum lagi kes dimana staf dimarah dan ditegur di depan orang ramai, tanpa sedikitpun rasa kasihan dan sebenarnya dia menampakkan kelemahan kepimpinan diri sendiri (boleh sahaja panggil berjumpa menegur dengan cara profesional)... tetapi menegur dengan rasa ego yang terlalu tinggi. sehingga hilang rasa hormat semua staf... jangan ingat apabila kita dilayan oleh staf dengan baik selepas itu ia telah melupakan apa yang dilakukan... memaafkan boleh tetapi melupakan tidak sama sekali...

Lost communication... masalah ini sangat bahaya jika wujud dalam satu organisasi antara ketua dan staf... semua arahan oleh ketua ada pula orang tengah yang akan menyampaikannya... semua kerja menjadi carca marba dan output yang tidak baik dan gerak kerja menjadi pincang.

Bos menjadi stalker wasupp semua stafnya (dah tiada kerja dan saje nak cipta kesalahan pekerjanya) ... part ini saya merasakan sebagai seorang pekerja ia sudah sampai tahap melampau, mengganggu privacy stafnya... bila online bila offline... staf yang last seen,setiap hari pada pukul 5.00 pagi, 12.30 tgh malam terus dituduh sebagai tidak baik dan ada scandal... sedangnya ketua inilah yang bermasalah sebenarnya (masalah pada hati dan jiwanya sakit)... ingatlah ya... kita jangan mencari kesalahan sehingga menimbulkan fitnah...kerana kita ada anak-anak yang sedang membesar dan meningkat remaja... jangan sampai apa yang difitnah kita akan terpalit oleh perangai anak-anak kita pula... ketika itu dimana nak letak muka....

Sehinggakan apabila staf bersua topik utamanya ialah apa masalah bos buat hari ini... bukannya perbincangan berkaitan kerja... kalau orang luar melihat dan membacanya nampak macam stafnya la teruk mengumpat bos setiap hari... sedangkan kita manusia ada perasaan dan hati...  siapa yang tidak stress apabila setiap hari dicari kesalahan, menyakit hati setiap kata dan arahan yang keluar dari mulutnya (menyindir dan cakap lepas menjadi identitinya)... pasti semua rasa stress... kita perlu salurkan supaya tidak sampai satu tahap akan menyebabkan keluar tindakan tidak sepatutnya...





Monday, May 17, 2021

"Aku ibu, kau anak tak ikut cakap aku... Neraka jawabnya!"

Assalamualaikum semua...

Walaupun sudah 5 Syawal, tidak terlambat kiranya saya mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya... Semoga kita terus diberkati dengan menjalani kehidupan dengan tenang dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Hari ini saya ingin berkongsi luah rasa mengenai seorang ibu yang keluar kata anak-anak mengabaikannya sehingga terpaksa duduk di rumah orang tua... sampai masyarakat mengeluarkan kata hina kepada anak-anaknya yang tidak tahu apa berlaku sebenarnya... tetapi apabila telah keluar kenyataan dari ahli keluarga bagaimana sebenar perangai mak mentuanya... barulah semua sedar... 

Dari mula saya tertarik kisah ini kerana saya melihatkan kini ramai sudah ibu yang berada di luar sana suka menerakakan anak masing-masing!!!, hakikatnya kelompok ibu begini sebenarnya yang paling sayang anak semasa kecil!!... inilah kenyataan, ramai yang sedar tetapi tidak pernah dinyatakan secara umum kerana berpegang status ibu yang sangat tinggi darjatnya... sehinggakan secara mudah/senang jenis ibu ini keluar kenyataan "aku ibu, kau anak tak ikut cakap aku neraka jawabnya!"... "aku ibu... apa kau orang tau!", "aku doakan kau tidak akan bau pintu syurga!".... semata-mata memaksa anak patuh dan menghalalkan segala perbuatannya walaupun salah!.

Bagi pihak anak-anak pula...  cuba kita pikir secara rasional... mereka bukan malaikat yang patuh dan penyabar.. hanya manusia biasa seperti kita semua... kadang kala rasa tidak puas hati, kecik hati, marah, sedih, kecewa apabila diperlakukan, dihendik, dihina, diejek dan ada sampai anak bercerai berai kerana sang ibu... tidak dipatuhi Neraka jawabnya!!... 

Pastinya anak-anak cuba berlapang dada, sudah dipujuk hati, berdoa setiap hari kerana kita sedar status ibu tu dimana dalam agama... tetapi anak-anak ini sudah kering hati, merajuk hati sehinggakan sudah tidak mahu ambil tahu ibu mereka... dan saya percaya rasa ini timbul bukan sehari dua tetapi apa yang berlaku memakan masa yang sangat lama... bertahun-tahun!...  Penderaan secara mental sebenarnya lebih sakit dan perit... masyarakat di luar kena paham, kita tidak berada di tempat mereka yang mempunyai ibu kejam sebegini... beruntunglah sesiapa yang mempunyai ibu yang sangat penyayang, utamakan didikan agama dan masih menegur jika anak membuat kesalahan...

Saya juga mempunyai anak yang akan berumah tangga nanti... apabila mereka besar perlu ingatkan mereka bahawa ilmu berumah tangga itu sangat penting dalam melayari kehidupan suami isteri... sebagai ibu bapa berdoalah semoga anak-anak hidup aman dan bahagia membina keluarga masing-masing... cukuplah masalah mereka sendiri jangan dibeban dengan perangai dan masalah kita pula....dan jangan la kita jadi penyokong kuat/punca yang meruntuhkan rumah tangga mereka... atas alasan melindungi dan sayangkan anak sehingga terlupa dimana kedudukan isteri disamping suami sedangkan ibu bapa sebegini lah yang paling kejam dalam diam!

Apa-apa pun semua yang berlaku.. hanya Dia sahaja yang maha mengetahui.. sebagai seorang hamba yang hanya hidup di dunia tidak lama... diberi akal dan hati untuk timbang baik buruk.




 


Tuesday, April 20, 2021

DECO-DECO

Assalamualaikum semua...

Baru sekarang ini ada sedikit masa untuk menjengah blog ini... kadang-kadang terasa terlalu banyak masa pada kerja dan orang sekeliling sehingga kan masa untuk diri sendiri pun terabai.... 

teringin nak buat benda yang kita suka macam dulu... contohnya hiking tapi sekarang tidak boleh merentas negeri pulak... setakat Melaka ini.. hanya ada Bukit Beruang yang tah berapa kali naiknya...hihihi. satu lagi yang saya minat ialah deco-deco rumah... nak buat make over secara besar-besaran, rasanya kekangan modal pulak dan dalam masa yang sama cukup kot apa yang telah dibuat.. penting anak-anak happy dan selesa bila berada di rumah mereka sendiri. jangan kata duduk lepak di rumah oarang, di Mall lebih selesa..!

Perkara yang kita suka buat sebenarnya seperti melepaskan beban yang ada dalam kepala kita jika ada banyak masalah keika itu... pernah sahaja saya mop rumah pukul 11.00 malam..!! kerana masa itu datangnya mood nak mop rumah.. hahaha.

Alhamdulilah.. anak-anak pun terikut dengan cara saya sekarang. setiap hujung minggu semua wajib kemas bilik/tandas masing-masing... bersihkan juga walaupun masih nampak bersih dan kemas... mereka diberi kebebasan untuk memastikan ruang dalam bilik masing-masing cantik dan selesa, harus ada perbincangan antara mereka dengan ayahnya... why nak buat begini?.. why nak letak di sana?.. cantik ke kalau kita pasang di sini?... dan sebagainya. 


Ruang Tamu No 1


Bilik Boy

Sedikit gambar yang saya boleh sharekan untuk tatapan semua pembaca... penting bersih bagi saya.. then jika cantik itu adalah bonus.

Monday, April 19, 2021

KENAPA MESTI BEGITU....??!!

Assalamualaikum semua

Selamat berpuasa kepada umat Islam seluruh dunia... semoga kita semua menjalani ibadah puasa tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah ini dengan tenang. Insyallah

Izinkan saya menyentuh sedikit tentang perangai manusia bukan untuk sesiapa tetapi untuk semua, semoga entry kali ini sesiapa sahaja yang membacanya akan menjadikan ia sedikit ingatan dan panduan dan ia juga ingatan untuk diri saya juga.

Inilah manusia yang sentiasa ikut kata hati... apa yang ada tidak pernah dihargai dan disyukuri... bila tiada dicari-cari, tak dapat lihat secara terus habis semua medium dikorek di perhatikan secara jauh... kenapa mesti begitu? adakah ego atau apa sebenarnya...?! tidak kira siapa kawan kita... baik ke, sakit ke, tiada rupa ke.. jangan dibuang jika ada sedikit isu atau masalah yang timbul. 

Buanglah sedikit rasa kejam itu...!! Kadang-kadang kita tiada ditempat mereka yang menghadapi masalah ini dan belum tentu kita sekuat mereka yang menghadapinya... so ingat bahawa dunia ini seperti roda... belum sampai masa dan ketika kita diduga pula... janganlah mendabik dada... janganlah ingat kitalah dalam golongan yang mulia.

Dalam dunia ini semua akan menghadapi dugaan, tiada dugaan bukan hidup namanya.

 



Wednesday, March 17, 2021

SELFISHNYA DIRI.... SAMPAI MASA ANGKAT KAKI JALAN!!


Assalamualaikum...

Dalam menjalani kehidupan seharian... banyak sekali kerenah manusia yang berada di sekiling kita yang kadang kala.. timbulnya perasaan marah, kecewa dan rasa meluat!!... ramai sahaja kita jumpa orang yang hati dan perasaanya perlu ditatang, dijaga, tidak boleh tersentuh, tidak boleh terganggu emosi dan hatinya... mmmmmm.

Tetapi dalam masa yang sama.. ini lah orang yang mengikut rasa dan hati.. perasaan orang lain persetankan!!.. penting hati dan perasaan aku puas!!... lihatlah betapa selfish nya diri dan sepatutnya orang bergini.. tidak berhak untuk dijaga dan disayangi.

Apabila disedari salah dipihaknya.. sepantas kilat lidah berkata maaf dengan harapan orang lain boleh menerima maafnya dan lupakan sekelip mata.. tetapi kalau ditanya saya... saya boleh maafkan tetapi lupa tidak sekali-kali

Sebab itu lah kita selalu diingat untuk sentiasa pandai memilih kawan.. baik yang dipilih maka baik la hubungan kita... kalau tidak sebaliknya. Apa yang saya luahkan ini.. semua orang akan hadapinya.. hanya Allah kita berserah.




Wednesday, March 10, 2021

KITA BUKAN MALAIKAT

 Assalamualaikum...

Sudah lama saya tidak membuat catatan di Blog ini... kekangan masa yang sentiasa mengejar kita.. kadang-kadang terasa seperti tiada masa untuk diri sendiri... dalam kehidupan mahupun kerja seharian... apabila difikirkan semula, saya ini bekerja lebih memastikan kehidupan orang lain lebih aman dan memudahkan. 

Ibarat saya bekerja sekarang ini lebih banyak kepada pengurusan manusia yang menjadi perantaraan semua pihak... perantaraan antara majikan dengan pekerja, perantaraan antara pihak tuan rumah dengan tetamu terutama mendengar luahan rasa tidak kepuasan hati dari dua pihak... dan saya sentiasa pegang prinsip win win situation... biarlah kita yg berada ditengah-tengah mendengar semuanya... untuk kita menyampaikan semuanya mungkin tidak walaupun kita tahu siapa betul dan siapa salah.

Satu lagi apa yang saya pegang ialah... sesiapa sahaja yang ingin menjadi sahabat, saya alu-alukan... jika yang tidak mahu menjadi saudara dan sahabat saya biarkan la... hanya Dia sahaja yang Maha mengetahui setiap perjalanan setiap hambanya... 

Bukan semua orang yang kita nampak buruk hidupnya sekarang, pengakhiran hidupnya akan buruk... dan bukan semua orang yang nampak lurus dan indah hidupnya berakhir begitu juga...

Saya selalu berdoa agar sesiapa sahaja yang pernah mengenali diri ini sentiasa bahagia, tenang dan lebih damai menjalani kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran... Insyallah




  

Wednesday, January 20, 2021

SELAMAT HARI LAHIR

Assalamualaikum...


Selamat hari lahir untuk insan yang saya sayangi.. sesungguhnya sangat banyak kenangan yang terindah untuk dikenang... apabila tiba hari lahir ini... 

Apa-apa pun... dengan rasa rendah diri dan ikhlas... saya ingin mengucapkan selamat hari lahir... semoga dipanjangkan umur, sihat tubuh badan, dimurahkan rezeki dan sentiasa gembira disamping keluarga yang tercinta...

Tiada apa yang ingin dikatakan... hanya segala kebaikan telah diberikan hanya Allah yang akan membalasnya... jika kebaikan tidak turun kepada kamu.. akan dibalas kepada keluarga dan keturunan kamu...

Rasa syukur teramat sangat.... kerana dapat kenal insan yang banyak mengajar erti rasa bahagia dan ikhlas dan hubungan... biasalah dalam perhubungan ada pasang surutnya... semua itu perlu dijadikan panduan untuk kita semua.

Arwah ayah selalu ingatkan bahawa... jika ada sesiapa sahaja yang baik dengan kita pastikan kita seribu lagi baik denganya...


19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...