Sunday, February 25, 2018

NY

Assalamualaikum...

Dah lama ayah ingin meluahkan rasa gembira dan bangga terhadap kejayaan anak-anak ayah... barulah sekarang ada masa untuk ayah coretkan rasa hati di dalam blog ini.

Tahniah untuk anak ayah Yasmine di atas kejayaan 8A dalam peperiksaan UPKK tahun 2018. Sesungguhnya kamu tahu tak Yasmine bahawa ... pabila ayah tahu kejayaan ini... tiada lain yang ayah ucapkan iaitu rasa syukur yang amat sangat kepada Ilahi diatas anugerah ini... 





Ketika ayah membuat coretan ini... sebak rasanya dan tidak dapat dibendung air mata ini kerana bertapa ayah bersyukur dianugerahkan dengan anak-anak yang sentiasa menyenangkan sepanjang hidup ayah... terima kasih diucapkan kepada kamu semua Muhammad Adam, Nur Yasmine, Nur Insyirah dan Nur Muhammad yang sentiasa mewarnai sepanjang hidup ayah... 

Yasmine...

Ayah doakan agar kamu akan menjadi anak yang solehah dan muslimah yang terbaik dunia dan akhirat... anak yang sentiasa membanggakan dan menjaga sentiasa nama ayah dan ibunya... anak yang menyejukkan hati ayah dan ibunya... 

Yasmine...

Tiada apa yang ayah boleh luahkan bertapa ayah sayangkan kamu... kasih sayang ayah tiada penghujungnya sehingga akhir hayat ayah...


Yasmine...

Jika ayah tiada nanti... jadilah insan yang soleh dan solehah dan tidak menyusahkan orang lain.. berbaktilah kepada keluarga, agama dan masyarakat... 



Thursday, February 22, 2018

MAD

Assalamualaikum...

hari ini baru mempunyai semangat untuk bercerita serba sedikit tentang Anak bujang yang sulon Adam yang menyambut hari lahir nya pada  14 Februari yang lepas...  masih ingat lagi ayah... kelahiran kamu membawa seribu kegembiraan kepada mama dan ayah.kamu lah menyambung kasih sayang keluarga kita.


Nama diberikan dengan mengharapkan seiring nama kamu akan menjadi seorang yang mempunyai pekerti dan ilmu agama seperti 3 nama Nabi... kami  dan keluarga sepakat meletak nama MUHAMMAD ADAM DANIEL 

Tersemat di dalam hati ayah untuk memastikan kamu akan mendapat semua dalam hidup ini...  ilmu, kasih sayang, kemudahan dan sebagainya



Di dalam doa ayah sentiasa dititipkan dengan nama kamu dengan berharap agar kamu menjadi  insan yang berguna kepada keluarga, agama dan bangsa. 

Sebagai anak lelaki sulong ayah percaya kamu apabila dewasa kelak akan menjadi seorang lelaki yang sentiasa matang dan berfikir sebelum bertindak 



Ayah mengharapkan agar kamu dapat menjaga dan melindungi keluarga kita jikalau satu hari nanti ayah tiada... jaga mama dan adik-adik semua... 




Tuesday, February 20, 2018

WHAT U GIVE, U GET BACK

Assalamualaikum...

Kita sebagai manusia yang bukan menongkat dunia sampai bila-bila... perlulah sentiasa sedar bahawa jangan lah kita menyusahkan hidup orang lain inikan pula yang disusahkan ialah adik beradik sedarah sedaging.... yang penting diri lepas dari masalah yang ada... orang begini sanggup mereka cerita menipu demi melepaskan diri dari masalah berlaku...

Kadang-kadang terpikir sanggup orang bergini melihat banyak hati dan perasaan terluka demi melepaskan masalah diri yang dicipta sendiri.  Cuma satu sahaja... manusia bergini tidak takut dosa yang akan dipikul di akhirat kelak...  biarlah apa yang berlaku di depan mata ini... kita jadikan tauladan dan ingatan yang apa kita buat kita akan dapat semula... "What u give, u get back!!!!!"

Duduk kenang keluarga kita... jika selama ini kehidupan mereka sentiasa susah dan tidak aman... kenapa jadi begitu? semua ini kerana allah beri kita signal yang semua itu telah dibalas sedikit demi sedikit di dunia lagi... inikan pulak di sana nanti... Allah Ada biarkan. siapa kita untuk menjatuhkan hukum... sedangkan kita sendiri banyak kelemahan dan kekurangan. 







 

SERIBU PENGERTIAN DAN PENGORBANAN

ASSALAMUALAIKUM.

Perjalanan dari Madinah ke Mekkah dengan perjalanan selama 5 jam menaiki bas dipenuhi dengan pemandangan yang sangat hebat (SubahannAllah) walaupun pemandangan hanyalah dilihat banyak dipenuhi dengan batu batan. Tiada apa-apa yang boleh dipikirkan hanya bibir ini sentiasa menyebut (Allah Hu Akbar)

Tiada apa-apa yang boleh diungkapkan... biarlah gambar yang postkan memberi seribu satu pengertian dan kenangan... cuma satu sahaja doa yang dipanjatkan kepada Nya iaitu agar diri yang hina dina ini akan menjadi tetamuNya sekali lagi.... 

Sesungguhnya banyak air mata ini tertumpah di sini... mengenang diri ini yang banyak dosa dan berdoa agar umrah ini diterima olehNya... Insyallah

 
SubhanaAllah

Antara pintu utama masuk ke Masjidil Haram

view dari atas Jabar Nur

Tunggu beli kari Kambing... Along kemaruk nak makan kari kambing...

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...