Monday, May 15, 2017

PERASAAN HARI GURU SANGAT ISTIMEWA UNTUK SEMUA GURU...

Assalamualaikum...


Selamat hari Guru kepada semua pendidik tidak kira dimana anda berada... setiap kali apabila sampai hari guru perasaan bercampur baur... pastinya saya akan teringat guru-guru yang pernah mendidik saya dahulu... dari sekolah tadika hingga la di peringkat tertinggi saya masih terbayang setiap wajah mereka terpancar keikhlasan dan kesungguhan mereka mendidik.  

Walaupun saat dan masa berlalu sudah, semua itu kenangan... kerana pernah menjadi pendidik... perasaan hari guru sangat istimewa untuk semua yang pernah menjadi guru ia tetap terpahat kukuh di sanubari sampai ke akhir hayat.


Saya sangat suka dengan nukilan Almarhum Usman Awang...


JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI INI SEORANG PROFESOR PETAH BERSYARAH
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
JIKA HARI INI SEORANG DOKTOR PAKAR SEGALA
JIKA HARI INI SEORANG AKAUNTAN HEBAT KIRA-KIRA
JIKA HARI INI SEORANG EKSEKUTIF SYARIKAT TERNAMA
JIKA HARI INI SEORANG JURUTERA YANG BERJAYA
JIKA HARI INI SIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA

SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA!  



Kepada semua insan yang pernah saya curahkan ilmu di mana jua anda berada... Doa saya agar anda semua akan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat... Insyallah.










10 comments:

Unknown said...

Guru hanya insan yg biasa tapi hasil usaha mereka yg gigih membawa kepada kejayaan setiap insan yg pernah mereka ajar.

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

TQVM... u antara guru yang rajin dan berdedikasi i pernah jumpa... teruskan menjadi guru yang disenangi oleh semua pelajar, Selamat Hari Guru.

ina_zulkifli said...

The best teachers are those who show u where to look...but don't tell u what to see.....Heppy Teachers day Cikgu khairul.....

LIS RASITA said...

SEKALI KITA MENYANDANG GELARAN GURU..

SELAMANYA KITA MENYANTUNI MANDAT KERAMAT ITU...

SELAMAT HARI GURU HADIKKKK HAKAK N SEMUA YG BERGELAR GURU...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm ina... bagi saya seorang guru yg hebat mendidik dengan menggunakan mata hati bukan hanya memberi ilmu shj

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm datin seri... selamat hari guru juga...

Unknown said...

Guru merupakan pelita yg menerangi jalan untuk menuju ke arah kecemerlangan hidup... Guru pendidik..Guru pembimbing.. Guru penyanyang... SELAMAT HARI GURU en.khairul..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm Epol Png...

Unknown said...

Sudah ku lipat baju berpetak,
Eloklah sapu minyak di kain;
Kalau dah dapat guru yang bijak,
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin.

Cuaca redup nampak kelabu,
Rembang suasana tiada terang;
Jika hidup tidak berilmu,
Memang hina dipandang orang.

Menjala sepat di tali arus,
Bertemu duri tali terikat;
Bila mendapat guru yang bagus,
Ilmu diikuti menjadi berkat.

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Asyik meraut si daun palas
Lepas meraut di kerat-kerat
Guru mengajar bertambatkan ikhlas
Untuk bekalan di hari akhirat

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...