Monday, May 8, 2017

NOSTALGIA LAMA.....

Assalamualaikum...


Semasa duduk di kampung sambil mengemas almari buku terjumpa album lama... belek punya belek terjumpa gambar yang sangat mencuri perhatian iaitu gambar saya bersama abang long dan sepupu Hafiz yang mana kami bergambar di hadapan rumah atok ayah di Pontian, Johor.


Melihat gambar ini teringat sepupu yang sebaya sangat rapat ketika kecil... rindu terasa melihat tiang rumah atok ayah kerana inilah rumah yang kami akan datang ketika cuti sekolah ataupun hujung tahun. Sesungguhnya gambar ini sangat mengimbau nostalgia, saya sangat bernasib baik masih dapat melihat gambar ini.

Saya rasa ini lah satu-satu gambar yang masih ada usia saya paling muda... rasanya yang lain tiada lagi. Muka hampir sama mengikut saya ketika kecil ialah Nur Muhammad... hihi



Semoga  Nur Muhammad menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat dan mempunyai sifat menyenangkan kedua ibubapanya.. aaminn







3 comments:

Unknown said...

Kalau tengok gambar lama2 zaman kecik2 pasti tersenyum sorang2..hihihi.. dalam hati mesti terdetik.. comel juga aku masa kecil..hihi

Unknown said...

Nostalgia menggamit memori..
Tentang kisah dan sejarah diri...
Dari dulu hingga kini...
Keluarga adalah inspirasi abadi..

Keyyrulll...bila lihat Muhammad,bermakna melihat diri sendiri kannn..😊😊
Moga putaran kenangan itu mampu menjadi pemangkin utk merealisasikan impian keluarga...

Unknown said...

Zaman kanak2 adalah zaman yg sgt indah, di situ la corak kehidupan kita mula di lakar oleh ibu bapa kita, dan pd masa itu juga la saat2 kita di manjakan,

Contohnya;
bila waktu kita nk mula jejakkan kaki di alam persekolahan, serba serbi hendak yg bru, dan jumpa bila nk raya, kanak2 la yg paling seronok dan di situlah kita dpt lihat curahan kasih syg ibu & bapa kita memenuhi permintaan ank2...beruntung ank2 zaman skrg....

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...