Friday, May 5, 2017

hati ini setiap hari sentiasa berbunga-bunga....

Assalamualaikum...

Terima Kasih kerana memberikan rasa bahagia pada hari ini
Perjalanan hari ini dipenuhi dengan harum mewangi rasa kasih sayang
 yang sentiasa segar
Walaupun setiap hari dipenuhi dengan tanggungjawab yang memerlukan fokus yang tinggi... 
sentiasa diiringi dengan semangat dan kasih sayang dari insan istimewa disekeliling

♡♡♡

hati ini setiap hari sentiasa berbunga-bunga
 entah kenapa...
mungkin kerana anugerah terindah yang diberikan untuk diri ini
supaya dapat membahagiakan orang lain...

♡♡♡

Biarlah diri ini ibarat seperti lilin yang sentiasa 
menerangi dan membahagiakan orang lain
itu sudah cukup mendamaikan...

♡♡♡

Biarlah diri ini ibarat seperti matahari yang pasti akan terbit esoknya
dengan setia menyinari seluruh alam
 walaupun kadang-kadang 
ada 
yang mencemuh rasa panasnya

♡♡♡

Biarlah diri ini ibarat hujan 
yang 
membawa seribu rahmat 
walaupun kadang-kadang 
ada 
yang marah walaupun baru guruh yang berbunyi







11 comments:

Unknown said...

Dapat membahagiakan orang lain adalah satu kepuasan yg tak ternilai..

ina_zulkifli said...

jiwang tuuuu....
apabila diri kita sendiri bahagia...insyaallah kita dapat membahagiakan insan disekeliling kita....kerana kebahagiaan seseorang itu terpancar dari sinaran matanya...perwatakan dirinya...dan cara dia membawa diri...saya percaya satu jer...jika kita membahagiakan orang lain...insyaallah kita juga akan bahagia...
setuju tak en khairul shukry...???

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul Epol.. pasti kita akan rasa dibahagiakan juga

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Hihi... Insyallah Zarina saya doakan anda akan bahagia sentiasa

Unknown said...

Bahagia adalah sesuatu yg fleksibel...kita selalu fokus kpd bahagia yg bersifat kegembiraan ..jarang kita cakna kpd kebahagiaan yg kompleks...dlm kata lain..hindari sebarang penyelewengan hati..jauhi unsur rasuah jiwa...atasi segala fitnah rasa..adaptasikan hati dgn ketelusan ...ekpresikan jiwa dgn kasih sayang,inspirasikan ketulenan dalam setiap perhubungan..nescaya terpancar bahagia laksana sinar prisma...

Chedd eddie Yusoff said...

Dalam... Beruntung org yang disayangi tuan

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm datin seri... ayat yang sangat mendalam maksud tersirat dan tersuratnya.

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Ya sangat beruntung.

Chedd eddie Yusoff said...

👍

Unknown said...

Salam en blogger handsome. Kata-kata en sgt mendalam saya masih tunggu no tel en untuk saya minta pendapat boleh ke?

Unknown said...

Kdg2 kebahagian itu perlukan sedikit pengorbanan dan pengorbanan utk mendapatkan kebahagian adalah moment yg paling indah yg akan di ingati seumur hidup

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...