Wednesday, April 19, 2017

Tinggal kenangan...

Asaalamualaikum...

Hari terakhir ke Putrajaya... walaupun letih tetapi tanggungjawab digagahkan juga untuk ke sana... laluan masih sama lebuhraya utara selatan dengan pemandangan yang masih sama dari saya kecil sampai lah besar... ingat lagi mula-mula ia dibuka pada tahun 1994 terasa bangga dengan apa yang kita pada ketika itu.

Tiba-tiba terasa usia semakin bertambah, masa semakin kehadapan maka dengan itu kita terus meniti hari dan usia.

Terdetik dihati...

Apakah sumbangan diri kepada agama, bangsa dan negara.

Saya jenis orang yang selalu berfikir di mana saya 5 tahun lagi... apa yang akan saya buat 10 tahun lagi dan sebagainya. Ini semua bagi saya perlu dan kita mesti ada target dalam hidup kita semua!.

Kadang-kadang rasa takut dan seriau hadir dalam diri ini...

Takut tidak menjadi insan terbaik untuk Sang Pencipta

Takut tidak menjadi sempurna untuk insan yang dikasihi dan dicintai

Takut tidak memberi apa-apa sumbangan lansung kepada agama, bangsa dan negara.

Ingatan untuk kita semua...

Masa terus berlalu sesaat pun tidak akan berundur ke belakang

Message ini untuk diri saya dan juga yang membacanya... sama-sama lah kita menjadi insan yang bererti dan kasih sayang yang kita miliki dilimpahkan kepada semua insan yang mengenali.





10 comments:

Unknown said...

Setiap kenangan akan segar dlm ingatan samaada ianya menjadi tauladan atau moment2 indah dlm hidup.
Semoga hari ini kita menjadi lbh baik dr semalam. InsyaAllah

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul... semua memori lepas sgt berguna untuk mematang diri kita...

ina_zulkifli said...

Sebenarnya kita perlu berterima kasih pada masa lalu....kerana telah mengajar kita erti kehidupan dan siapa kita untuk hari Ini...ingat...perkara yg berlalu Tidak akan kita dapat kembali...apa yg ada hari Ini..hargailah dengan sebaiknya...untuk esok hari...kita rancang dengan teliti...Insyallah....

shikin said...

Setiap detik dan saat, kenangan manis dan pahit mengajar kita untuk menjadi
yg terbaik buat semua....semuga allah s.w.t. Memberkati hidup kita bersama... selagi kita bernafas...sayangilah kehidupan kita bersama setiap detik dan saat...insyaalah...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Aaminn... insyallah

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul.. apa yang kita ada perlu kita hargai... sama silam dan akan datang akan menjadikan kita lebih baik

Unknown said...

Terima kasih En Blogger semua catatan dlm blog ini sangat saya suka dan izinkan saya terus menjadi peminat setia blog ini.

Unknown said...

Masa lalu tak akan berulang.. bila dikenang semula lalu.. boeh membuatkan kita tersenyum sendiri..menangis.. ketawa.. sbb mcm2 moment ada...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

uncle epol... mari kita hargai masa yang ada... bersama lah dengar org yg disayangi seperti family kita

Unknown said...

Saya nak en khairul menjadi lecturer saya boleh..... sure dpt pointer tinggi kerana ada lecturer yg baik dan handsome

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...