Friday, April 28, 2017

Masjid Jamek An- Nur Labuan...

Assalamualaikum...

Malam tadi semua keletihan selepas makan sea food di bandar labuan... semua yang mengetahui saya ke sini akan berpesan jangan lupa makan sea food puas-puas. Diakui semuanya segar-segar dan terasa kemanisan isi ikan dan ketam. Saya memang jenis pemakan memang tak melepaskan peluang merasai semuanya... alhamdulilah rezeki.

Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan juga ialah diri ini berkesempatan bersolat jumaat bersama warga labuan... Masjid Jamek An Nur.... seni bina yang sangat hebat!.



Antara aktiviti out door kami yang telah dirancang di sana ialah permainan bowling padang. Ini lah kali pertama saya bermain permainan ini yang lebih memfokuskan skill bukan kepada tenaga. Disebabkan bila ditanya bukan saya seorang sahaja yang tidak pernah bermain sebelum ini... maka Tuan Ibrahim DOE Labuan telah menyewa keseluruhan gelanggang pada hari itu bagi menggelakkan kami segan bermain!... hahaha... kredit untuk Tuan Ibrahim.



Seronok bukan kerana nak menang... tetapi hubungan kemesraan yang terjalin sepanjang permainan berjalan. Memori beginilah tidak akan kita lupa kan...




TERBACA ENTRY INI RENUNG-RENUNGKAN LAH.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Cuti sekolah seminggu telah pun berlalu... terasa sangat pantas masa mengejar kita semua... apa ya...