Monday, September 17, 2018

KEK PISANG MOIST

Assalamualaikum...


Hari ini saya ingin bercerita tentang aktiviti bersama anak-anak ketika cuti panjang 4 hari baru-baru ini... duduk pagi isnin kepala berlegar-legar pikir nak buat apa... sabtu dan ahad selesai mengemas rumah dalam dan luar... selesai sudah memangkas pokok pagar yang ditanam 7 tahun lepas... kini konsep taman di luar rumah ialah kemas  dan lapang sahaja...

Tangan laju menekan Youtube untuk mencari resepi Kek Pisang yang paling mudah dan cepat... dan saya sangat tertarik dengan resepi Dapur Berasap Utube  kredit Sis Noorastella Muhammad. Cepat dan mudah difahami... terus-terus saya meminta Yaya menyalin resepi dan kami mula mencari bahan yang tersedia di dapur untuk mengelakkan terbeli bahan yang telah ada.





Yaya saya lihat sangat berminat dan suka membantu saya kalau didapur... begitu juga Yasmine... saya rasa sangat bersyukur kerana mereka berdua berminat dengan kerja-kerja dapur dan sudah pandai mengemas... saya sentiasa pegang kata-kata orang tua... "hebat macam mana pun seorang perempuan dalam kerjaya dan akademik kerja-kerja dapur mereka wajid tahu"... saya tidak mahu dilabelkan kemudian hari sebagai ayah yang tidak pandai mengajar anak-anak daranya hal rumah tangga...




Di sini saya kongsikan resepi Kek Pisang Moist yang boleh semua cuba... Insyallah... kali pertama buat pun menjadi... hihi


1) 8 biji telur
2) 2 cawan gula kastad
3) 2 cawan minyak masak
4) 10 biji pisang
5) 3 cawan tepung gandum
6) 1 sudu teh Baking Powder
7) 1 susu teh Soda Bikarbonat
8) Sedikit Esen Vanila/garam

cara membuatnya

1) Lenyek pisang dan masukkan sedikit garam, 
2) Satukan telur, minyak dan gula kastad, pukul adunan sehingga kental lebih   
    kurang 5 minit
3) Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek tadi... jaul sehingga sebati
4) Ayak tepung + Baking Powder + Soda Bikarbonat
5) Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan pisang tadi dan gaul... last
    baru masukkan Esen Vanila.
6) Masukan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 Darjah Celcius
    selama 60 minit


Inilah hasilnya...


ilmu yang membawa manfaat kita kongsi bersama...

























Wednesday, September 12, 2018

PERCAYA 200%

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini saya ingin menyentuh bab PERCAYA

PERCAYA PADA KATA-KATA
PERCAYA PADA SATU HUBUNGAN
PERCAYA PADA INSAN YANG KITA SAYANGI DAN CINTAI

Saya seorang yang sangat mudah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan serta siapa orang itu sebenar... dan pastinya hubungan silaturahim yang telah terjalin akan menjadi landasan untuk saya terus percaya seseorang... dan sesiapa sahaja yang saya percaya pastinya masa, tenaga dan wang ringgit tidak akan saya berkira.

Malangnya jika rasa percaya itu mulai nipis dalam diri ini, pasti satu hubungan itu akan mula diragui dan dipersoal sampai bila-bila. inilah saya... ada yang menyatakan bahawa saya ini seperti kaum cina yang "kalau percaya, mereka percaya 200% tetapi jika tidak percaya, sampai matipun mereka tidak akan percaya".

Mungkin saya perlu ubah dan lembutkan sedikit perasaan dalam diri ini, yang menyatakan bahawa manusia boleh berubah menjadi lebih baik bila telah melakukan kesalahan kerana kesalahan itu menjadi pedoman dan panduan untuk mereka lebih matang menjalani kehidupan...  dan saya perlu ingat bahawa "Orang yang melakukan kesalahan belum tentu mereka akan ke Neraka dan orang yang tidak sesekali melakukan kesalahan belum tentu akan terjamin ke Syurga".


Thursday, September 6, 2018

PT3/UPSR 2018

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak update Blog ini... hari ke sehari teringat nak update tetapi bila banyak masa fokus kepada kerja dan keluarga kalau tidak dikuatkan hati memang lagi lamalah bersarang blog ini...hihi.

Hari dijalani dengan tenang seperti biasa cuma semakin hampir tarikh Adam dan Yasmine akan menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka. Tahun ini Yasmine akan menduduki Peperiksaan UPSR manakala Adam akan menempuh Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)...

Semua aktiviti keluarga akan dibekukan pada bulan 9 dan 10 ini kerana memberi laluan kepada UPSR pada 24 hingga 27 September manakala PT3 akan berlansung pada 1 hingga 4 Oktober 2 bulan ini nampaknya memang kami semua tidakkan kemana-mana. 

Insyallah... ayah doakan anak-anak ayah berdua ini akan menjalani ujian dan pentaksiran dengan tenang, dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Aaminn



Thursday, June 7, 2018

MISI MENCARI BAJU RAYA...

Assalamualaikum...

Kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman berbelanja kelengkapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)... memang sangat meriah setiap tahun bila tiba menjelang hari raya... bayangkan hotel yang saya menginap penuh begitu juga dengan hotel-hotel yang lain... sedaya upaya saya akan mencari hotel yang berdekatan kerana tidak perlu menempuh jem, kami hanya jalan kaki sahaja... dan saya memang tidakkan menginap di mana-mana hotel lebih dari sekali... inilah perangai saya walaupun hotel yang sama masih mempunyai bilik kosong... ialah ingin merasai suasana dan servic hotel yang berlainan.

Disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk agak lambat kami sampai di Summit Hotel kerana anak-anak ingin pergi ke GM Klang dahulu... mencari barang di sana.. sampai hotel dalam pukul 3.30 petang dengan terpaksa pula menunggu hampir 30 minit kerana ramai yang mendaftar masuk... selepas menerima kunci, baru lah kami dapat masuk ke bilik... rehat dalam 1 jam kami terus keluar meninjau gerai di bangunan Mara dan sekitarnya... 

Memanglah, sesiapa sahaja pasti mengakui bahawa baju-baju di sini lebih banyak pilihan berbanding di tempat lain... hanya perlu sediakan kewangan yang mencukupi barulah dapat berbelanja dengan selesa...  sebelum kami ke jalan TAR, sampai waktu berbuka seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini, inilah peluang kami merasai berbuka beramai-ramai di sini... selesai mencari makanan di sekitar Sogo dan Pertama Kompleks, kami pun duduk menunggu berbuka puasa.. pengalaman yang sangat berbeza dan menyeronokkan. berbuka di atas jalan raya!










Selepas Solat Maghrib kami terus kan misi mencari kelengkapan raya... alhamdulilah hampir semua dapat yang diinginkan...  dan memang dari segi harga diakui agak tinggi tetapi saya merasa berbaloi kerana pilihan yang sangat banyak hingga rambang mata ni... akhirnya saya sendiri dapat membeli dua baju melayu rasa sangat memenuhi citarasa saya dan secara rasmi warna tema baju raya pertama kami pada tahun ini ialah warna pupple... 

Meriahnya suasana di sini ialah adanya live band atau buskes yang banyak di sepanjang jalan... memang sangat-sangat meriah dengan jerit pekik dari anak-anak muda mempromosikan barangan masing-masing... macam-macam gaya. dalam pukul 11.00 malam baru kami pulang ke hotel itupun bila kaki masing-masing mulai sengal... 



Esok paginya kami sekali lagi ke jalan TAR untuk cuci mata di mana saya masih mencari butang baju melayu. lebih kurang 2 jam kami merayau... Mohd dan Yaya mula merungut letih berjalan barulah kami balik ke hotel untuk siap-siap cek out dan masuk sahaja tol sungai besi orang rumah minta singgah di Nilai 3... katanya saja mencari alas meja jika ada... ke Nilai 3 kami pula...hihi.

Alhamdulilah, kami selamat sampai ke Melaka pukul 5.00 petang dan kami terus singgah ke bazar membeli juadah berbuka... melihat wajah anak-anak gembira dengan semua telah disediakan hati terasa puas... bukan harga satu barang itu yang saya ukur tetapi nilai kekeluargaan dan kebahagian anak-anak yang saya utamakan.





















Wednesday, May 23, 2018

WARNA BAJU MELAYU SAMA TEMA...

Assalamualaikum...

Catatan ini dibuat ketika umat islam di Malaysia sedang menjalani ibadah puasa pada hari ke 7 Ramadhan sungguh cepat masa berlalu dan pastinya bulan Puasa ini masa yang ditunggu-tunggu ialah ketika berbuka puasa tanya siapa sahaja yang berpuasa nikmat pasti mereka rasai ketika berbuka puasa. bagi saya puasa merupakan masa untuk kita semua duduk makan bersama sekeluarga jika selama ini kita amat sukar mencari masa yang sesuai untuk bersama dalam satu keluarga ini lah masanya... 

Ketika ini lah saya akan bertanya dengan semua anak-anak masalah mereka di sekolah, selain dengan siapa mereka berkawan sekarang, perkembangan pelajaran mereka serta ingatan dan nasihat yang boleh diberikan sambil menjamu selera... mungkin ada sesetengah keluarga ketika makan hanya untuk makan sahaja tetapi bagi saya itulah waktu untuk saya mendekati anak-anak.

Seperti biasa Adam ditugaskan untuk membaca doa makan, Yasmine ditugaskan untuk membantu menyediakan juadah setiap kali berbuka puasa, Yaya pula mengemas semua makanan selepas selesai makan dan Mohd ditugaskan mengatur pinggan dan cawan ketika berbuka puasa... sedikit tanggungjawab untuk mereka supaya mereka tahu pentingnya peranan mereka di dalam keluarga ini. Ketika saya kecil juga dulu semua kami 5 beradik mempunyai tugas masing-masing yang telah ditetapkan oleh mak... itulah juga yang saya praktik ke atas anak-anak. 

Tahun ini... Insyallah semua telah bersetuju untuk ke area Masjid India dan di Sogo  membeli kelengkapan hari raya seperti mana tahun lepas... warna baju melayu kali ini saya turutkan permintaan anak-anak untuk memakai baju yang sama tema warna... warna apa? masih lagi mencari-cari... terutama melihat baju kurung Yasmine dan Yaya yang sukar untuk dicari... maknanya baju mereka berdua dah di beli barulah kemudian mencari baju saya, adam dan mohd... 

Satu yang saya sangat seronok apabila ke KL mencari baju raya ialah kami berkesempatan berbuka puasa stail orang KL berbuka... kali pertama dulu saya agak terkejut melihat mereka berbuka puasa... mereka boleh berbuka dengan membentang tikar yang disediakan oleh pihak Pengurusan SOGO di tepi-tepi jalan... penuh duduk semua ketika berbuka... satu pengalaman bagi saya yang sangat berbeza dan menarik... tahun ini sekali lagi saya ingin merasai suasana berbuka di sana. nanti saya share kan suasana ketika berbuka di sana... Insyallah















Sunday, May 20, 2018

SHELL OUT

Assalamualaikum...


Hari ini saya nak bercerita tentang pastinya ada individu dalam adik beradik yang sangat aktif dan selalu banyak idea dia... betul tak?. Dia lah orang yang mengatur aktiviti jika telah lama masing-masing buat hal sendiri, dia lah juga orang yang banyak idea hinggakan adik yang lain kalau ada apa-apa akan rujuk dia, dia lah juga yang tidak berkira demi memastikan keluarga semua dapat berkumpul dan gembira... 

Saya rasa bersyukur kerana di dalam keluarga saya, ramai yang berperwatakan begitu... sehinggakan keluarga kami tidak lekang dengan aktiviti contohnya kami akan pastikan dapat berbuka bersama-sama adik beradik... dah berkumpul maka banyak lah cerita gurau senda dan gelak ketawa antara anak-anak buah dengan pakcik dan makcik mereka. 

Memang saya akan pastikan anak-anak akan rapat dengan pak cik-pak cik dan makcik mereka...  jangan nanti besar canggung segan untuk bertegur sapa dengan saudara rapat mereka. bulan puasa kali ini, kami baru mengadakan program berbuka bersama-sama dengan tema Shell Out kami dapat duduk berkumpul semua adik beradik yang pasti apabila melihat wajah mak sangat happy sambil riuh dia berbual dengan cucu-cucunya. 




Kalaulah arwah ayah ada pasti bertambah bermakna dan gamat dengan suara dia mengarah itu ini. mak teh beritahu ayah dah pernah rasa shell out ni... di rumah along ini juga lah kami makan bersama-sama sebelum dia sakit teruk selepas itu... walaupun begitu saya adik beradik berasa puas kerana arwah dapat merasa semua makanan yang dihajatinya... kami sanggup mencari apa saja untuk beliau walaupun ada makanan yang dia perlu berpantang... kata orang untuk membuang kempunan... Alfatihah untuk arwah ayah semoga beliau sentiasa tenang di bulan Ramadhan ini.

Sedikit gambar dikongsi bersama ativiti Shell Out pada bulan puasa 2018 ini.











Thursday, May 17, 2018

RAMADHAN SERIBU BARAKAH

Asalamualaikum...

Hari ni 18 Mei 2018 bersamaan 2 Ramadhan 1439 merupakan hari ke 2 kita umat islam menjalani ibadah puasa... begitu banyak azam ketika mejalani ibadah puasa ini... antaranya tidak akan tinggal sehari pun solat sunat Tarawih, mengurangkan perbelanjaan di bazar dan juga berazam untuk menurunkan sedikit berat badan yang saya rasakan telah bertambah... huhu.




Saya sangat mudah mengesan berat dan dan inci bertambah iaitu dengan melihat keselesaan saya memakai tali leher... jika saya rasa sempit ketika mengenakan tali leher itu menunjukkan saiz pinggan telah pun bertambah!!!... inilah peluang saya untuk mendapatkan kembali saiz pinggang saya... insyallah.

Langkah yang saya ambil ialah hanya bersahur dengan kurma dan susu sahaja... tetapi saya memberi kebebasan ketika berbuka... untuk memastikan badan saya mendapat zat yang mencukupi... selain pengambilan supliment tambahan.



Selain dari itu juga saya elakkan pengambilan nasi ketika berbuka puasa dan juga lebihkan air. cuma anak-anak semua telah paham yang ayah dia sangat suka makanan seperti begedel, kuih lopis dan air tebu... antara menu yang perlu ada ketika berbuka puasa.

Pada kali ini juga, Nur Muhammad diminta untuk memastikan puasanya penuh tidak separuh hari sahaja seperti mana tahun-tahun lepas, anak-anak yang lain diminta untuk memperbanyakkan mengaji dan solat sunat




Apa-apa pun, saya doakan kita semua akan menjalani ibadah puasa pada kali ini dengan tenang dan barakah... mari kita rebut peluang mencari sebanyak pahala pada bulan ramadhan ini... 







Tuesday, May 15, 2018

JUTAWAN AKHIRAT

Assalamualaikum...

Pagi yang penuh indah dan tenang... saya menuju pejabat sambil melihat anak-anak ke sekolah dengan di pintu pagar berdiri seorang guru mengawasi kehadiran mereka ... tiba-tiba teringat semua guru-guru yang pernah saya kenal dan saya pernah menagih ilmu dari mereka...sekolah rendah, sekolah menengah, di kolej dan juga sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada saya... walaupun sepotong ayat...semu itu saya anggap guru saya...

pastinya mereka semua telah meniti usia dan ada yang telah tiada... Alfatihah untuk semua guru yang telah tiada... sesungguhnya jasa dan ilmu yang diberikan akan membawa 1000 manafaat dan pastinya pekerjaan mereka ini akan menjadikan mereka Jutawan Akhirat dan semoga mereka semua berada di bawah RahmatNya.




Tarikh 16 Mei setiap tahun akan menjadi tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik... sesungguhnya saya dilahirkan dari keluarga pendidik bermula dengan atuk saudara, pakcik, makcik, ayah, adik, ipar, semuanya bergelar guru. lagu guru malaysia menjadi lagu keramat dan diingati oleh semua guru.... akhir kata saya doakan SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik...

Sunday, April 29, 2018

SEMBILU

Assalamualaikum...

Hari ini 30 hb April 2018 bersamaan 14 Syaaban 1439.. jalan ke pejabat cukup tenang kerana mungkin ramai yang menyambung cuti esok 1 hb Mei 2018 cuti umum hari pekerja... kalau sampai masa hari pekerja ini pasti saya akan mengingati hari lahir sahabat saya di zaman sekolah menengah... Masini pelajar melayu yang berada dalam rangking no 2 dalam sekolah ketika keputusan SPM ketika itu diumumkan yang kini menjadi pendidik di sebuah sekolah di Johor Baharu.

Biasanya dalam group Whasupp saya orang pertama yang akan memberikan kata-kata ucapan hari lahir... teringat dahulu masa zaman persekolahan kami memang berkawan baik seorang sahabat yang kepala gila-gila tetapi cerdik dan disayangi oleh semua termasuk guru-guru... dan lagipun beliau merupakan bekas pelajar arwah ayah saya seronok mendengar cerita beliau ragam arwah ayah yang sangat disenangi oleh pelajar-pelajarnya ketika itu.





Teringat masa persekolahan dahulu... kami pernah beramai-ramai masuk pawagam selepas kelas tambahan sains hari sabtu... hahaha... ikutkan peraturan mana boleh pelajar dengan pakaian seragam sekolah masuk pawagam!!!... tapi masa itu... cerita Sembilu lakonan pelakon hebat dan sangat popular zaman 90an... dengan melihat peningkatan kutipan berjuta setiap hari di akhbar serta gandingan pelakon Awie, Era Fazira dan Ziana Zain tahun 1994 membuatkan kami semua beria-ria untuk menontonnya... kenangan manis yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila.




Kini dengan usia begini... ia akan menjadi kenangan yang boleh dikenang sampai bila-bila. Bagi saya secara jujur... saya sangat seronok bila berada di zaman persekolahan menengah... kerana ketika zaman inilah banyak yang saya lakukan dan memberi kesan hingga la sekarang... pemikiran yang mulai matang serta pada zaman inilah saya dapat mengesan kelebihan dan apakah kecenderungan saya... ketika itulah saya mula sedar bertapa pentingnya ilmu dan saya memperolehi keputusan bagi saya sangat memuaskan iaitu ketika SRP tahun 1992 dan juga SPM tahun 1994.







Friday, April 27, 2018

ZON UNTUK DIRI KITA SAHAJA...

Assalamualaikum...


Semua orang perlu mempunyai masa untuk dirinya... dimana ketika itulah zon kita merasakan apabila kita bersendirian hati akan merasa tenang dan damai... ikut kata hati untuk membuat apa saja yang kita sukai... masa bersama orang-orang tersayang telah dipenuhi dan inilah masa untuk diri kita... 





Bagi saya masa untuk diri saya ialah ketika saya pergi dan pulang dari pejabat di dalam kereta... ketika itulah saya akan buka lagu yang saya sukai, saya dapat bercakap dengan orang yang saya sayangi bertanya khabar... di kampung pastinya buah hati saya... bonda akan menunggu panggilan... bonda tahu jam berapa anakanda dia yang seorang ini akan bertanya khabar dan berbual pelbagai isu sehinggalah berkaitan dengan pilihanraya... hihi.

inilah zon yang saya rasa sangat tenang dan dapat melegakan sebarang masalah... 

Thursday, April 26, 2018

BILA ALLAH MENGURNIAKANMU UJIAN

Assalamualaikum...

Sejak akhir ini terasa banyak idea nak dikongsi dan diluahkan dalam blog ini... dengan niat untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup bersama semua.. semoga ia akan menjadi panduan kepada kita semua... semoga yang baik dapat dikongsi bersama dan yang buruk itu menjadi tauladan.


Alhamdulilah gembira melihat semua ahli keluarga dan sahabat semua dalam keadaan sihat dan bahagia di samping yang tersayang. semuanya menjalani kehidupan dengan tenang... Di sini saya ingin berkongsi sedikit rasa dimana insan yang dimata kita sangat mulia dan hebat sebelum ini... tetapi apabila mendapat sedikit kuasa maka hilanglah segala yang selama ini kita sendiri menjadi panduan dan insan yang boleh dicontohi.




inilah yang dinamakan dugaan dalam kehidupan... setiap insan akan diberikan dugaan dengan pelbagai bentuk ada yang bentuk ditimpa bencana dan ada juga dugaan dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan juga kuasa. terpulang pada cara kita menerimanya satu-satu dugaan itu... kalau semua itu membawa kelalaian dan juga mengubah prinsip dan juga sikap kita yang baik maka kita berada dalam golongan yang rugi.


Diri ini sentiasa takut jika ada dugaan yang kita sendiri tidak sedar itulah dugaan sehingga ia melalaikan... semoga kita semua dirahmati dan berada dalam keadaan yang beriman dan tenang dibawah lindungan yang Maha Esa...

Tuesday, April 24, 2018

Payahnya cari lilin....Huhuhu

Assalamualaikum...

Baru dapat download gambar sambut birthday Yaya kat atas Bukit Beruang.. baru la saya dapat masukkan ke dalam blog ini... pagi sabtu 14 April 2018... saya dah berpakat dengan Yasmine dan Mohd untuk sambut birthday yaya lain dari yang lain.

Pagi-pagi dan bangun... bersemangat mohd nak panjat bukit beruang... tu pun berkali dia tutup mulut guna tangan nak elak terpecah rahsia... memang tak boleh nak simpan rahsia mohd ni...hihi 

Banyak-banyak persiapan hanya lilin sahaja yang tiada..huhu gigih la mencari lilin... masa tu pukul 8.30 pagi masih banyak kedai yang tutup... tawakal sahaja la mencari... itu pun yaya dah mula bertanya... ayah nak pergi cari apa ni...? saya dengan yang lain hanya buat-buat tak dengar... hihi.

Akhirnya... yehhhhh! dapat juga lilin di kedai bahan-bahan kuih di Bukit Beruang... dalam hati... alahai payahnya la cari lilin... tetapi puas kerana akhirnya dapat juga. seperti biasa yaya bertanya lagi ayah beli apa tadi...? saya hanya senyum sahaja... nampak riak wajah dia macam tak puas hati... hihi





Sampai di puncak kami sambut birthday yaya... bertambah meriah plan mengejut ini dihadiri Uncle Syah dan Aunty Umi... loving couple 💙💙... joint sekali sambut birthday yaya... terima kasih banyak-banyak aunty Umi hadiahkan brouch rama-rama warna pink... cantik sangat!  dan juga uncle Syah sponsor cup kek...




Puas rasanya dapat melihat yaya happy dan senyumnya meleret sampai turun bawah kaki bukit beruang.... walaupun hanya setakat cup kek dan lilin sahaja.. bagi saya secara peribadi ia satu memori yang sangat indah dan akan dikenang sampai bila-bila.








YA ASYIQAL MUSTHOFA

Assalamualaikum...


Kali pertama mendengar selawat ini ketika secara tidak sengaja melihat youtube perkahwinan di negara jiran kita Indonesia... saya dapati mereka di sana mempunyai himpunan selawat yang sangat indah dan sedap di dengar.

Di sana mereka sangat mengemari menjadikan selawat ini latar bagi kebanyakan video perkahwinan di sana... saya terus Google mencari maksud selawat tersebut... tidak banyak maklumat berkaitan dengan selawat ini... tetapi dari beberapa sumber menyatakan bahawa selawat ini adalah karya dari Syaikh Ali Assa'adi di dalam Album Selawat Religius Islam yang bermaksud "WAHAI PERINDU NABI"

Kali pertama mendengarnya terasa serasi dengan jiwa... lirik dan lagunya sangat indah untuk didengari pasti mengetarkan hati pendengarnya... rasanya beratus kali saya ulang dengar selawat ini. dimana saja saya akan pastikan selawat ini didownload... di rumah, dalam kereta, pejabat, ring tone handfone saya semuanya selawat ini.


WAHAI PERINDU NABI
BERGEMBIRALAH DENGAN MEMPEROLEH HARAPAN
TELAH BERSINAR BUKIT SHOFA
DAN BAHAGIA GOLONGAN YANG MEMPUNYAI NASAB YANG RENDAH
CAHAYA KEINDAHAN MUNCUL
DENGAN WAJAH UMPAMA MATAHARI
NABI YANG DENGAN PERTEMUAN
IA MENDAPAT KEBERUNTUNGAN SAAT NAIK ISRAK MIKRAJ
IAITU ORANG YANG KEUTAMAANYA TERMASUK KITA
DAN DIPUNCAK IA DEKAT DI SISI TUHANNYA









Monday, April 23, 2018

28 REJAB 1439..... HAPPINESS TOGETHER

Assalamualaikum...

Ikutkan sebenarnya saya ingin bercerita tentang majlis kahwin sahabat saya yang telah berlansung pada 15 April 2017 bersamaan 28 Rejab 1439 sebaik sahaja habis majlis mereka. tetapi baru sekarang saya mempunyai masa yang sesuai untuk bercerita sedikit tentang majlis bagi saya ringkas tetapi penuh kemanisan dan sangat bermakna.

Tarikh yang kami semua tunggu-tunggu selama ini menjadi kenyataan... akhirnya terbina masjid yang diharapkan akan bahagia selamanya. saya sebagai sahabat yang kenal baik dengan En Roslan berasa bersyukur beliau bertemu jodoh dengan seorang yang sangat baik perwatakannya... budi bahasa dan tutur kata yang sentiasa terjaga 


 MAY YOU FOREVER FIND JOY IN EACH OTHERS EYES, WARMTH IN EACH OTHERS ARMS, LOVE IN EACH OTHERS HEARTS.
 
 ðŸ’› 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛


Minta maaf kerana saya tidak dapat postkan sekali gambar pengantin di dalam blog saya ini... kerana menghormati pengantin yang inginkan potret mereka untuk tatapan peribadi sahaja.

Tetapi apa yang saya ingin kongsikan bersama dan saya tidak boleh lupa sampai sekarang ialah majlis yang berkonsepkan nostalgia kita kecil-kecil dahulu... dengan sarung telur yang saya rasa sangat rear... tidak lagi dijumpai dimana-mana majlis perkahwinan pada masa kini... Ia sangat mengimbau kembali kenangan dulu-dulu.






Begitu juga dengan kad kahwin yang saya masih simpan hingga kini... sentuhan evergreen yang boleh saya katakan... banyak sekali kad kahwin yang saya dapat tetapi yang ini... betul-betul membuatkan saya sangat sayang untuk membuangnya. bukan harga yang diperkatakan tetapi kenangan sentimental itu yang sangat mahal dan bernilai.




Anak-anak semua suka dengan menu yang dihidangkan semuanya enak-enak belaka... tidak pernah saya bertambah nasi jika di majlis kahwin tetapi saya bertambah kali ini!...hihi. yang sangat menarik perhatian saya ialah air sirap bandung yang dihidangkan... semua ini hanya saya jumpa dulu-dulu ketika mengikut mak ayah ke majlis kahwin. sampaikan anak-anak bertambah berkali-kali air... adam yang sangat memilih bab makan pun mengakui kesedapan makanan dan kesegaran air sirap bandung mereka.

Akhir kata, saya sekeluarga doakan En Roslan dan isteri akan bahagia sampai kehujung nyawa...


WISHING YOU A LIFETIME OF HAPPINESS TOGETHER AND A LOVE THAT GROWS STRONGER WITH EACH PASSING DAY

💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗







Friday, April 20, 2018

NIKS

Assalamualaikum...

Hari ini nak share cerita tentang birthday Nur Insyirah aka yaya... lagi sebulan nak sambut birthday dia, dia dah ingatkan semua... apakah hadiah yang diinginkan dan dimana tempat yang nak diraikan. Bertarikh 16 April 2018 bersamaan 29 Rejab 1439 kami semua telah meraikan birthday yaya dengan suasana yang meriah. Hati berasa sangat gembira dan tenang memandang wajah yaya dengan gelak ketawanya bergurau serta senyuman yang sentiasa dipipi... 



Nur Insyirah...

Ayah doakan agar kamu yaya akan menjadi anak yang solehah, anak yang sentiasa menyenangkan hati ayah dan mama dia, anak yang akan berjaya dunia dan akhirat... Insyallah



kalau diimbas kembali yaya seorang anak yang tidak menyusahkan kami dari lahir hinggalah sekarang dan masih diingat lagi yang yaya antara anak yang sangat mudah kami jaga ketika dalam pantang lagi, sangat berdikari dan sangat berminat untuk membantu kerja-kerja mengemas dan membuat kuih.




Nur Insyirah...

Birthday yang ke 10 tahun ini... ayah melihat kamu dari sebesar tapak tangan sehingga sekarang menjadi kanak-kanak riang rasa bersyukur yang amat sangat... sesungguhnya kehadiran anak yang bernama Nur Insyirah akan sentiasa membawa rezeki melimpah ruah kepada kami sekeluarga dan kegembiraan kepada semua. 











Sunday, March 25, 2018

SESI JANUARI 2018 (OUMH1103)

Assalamualaikum...


Hujung bulan Mac ini maka berakhirlah tempoh semua pelajar saya sesi Sem. Januari 2018 untuk menghantar tugasan bertulis secara online... semoga anda berjaya seperti mana semua bekas pelajar-pelajar saya yang lain. memang sesuatu yang agak sukar untuk sesiapa yang tidak pernah membuat asignment ini, tetapi ia satu bonus kepada yang pernah mengambil diploma dan juga tingkatan 6...

Satu cabaran yang besar kepada saya terutama berdepan dengan pelajar yang hendak belajar serta punya semangat yang tinggi tetapi menghadapi masalah untuk memahami cara untuk menulis jurnal atau bahan yang menyokong semua penulisan mereka dan juga untuk menulis APA stail pada bahagian bibliografi...

Walau bagaimanapun ia akan menjadi satu memori yang sangat indah untuk dikenang... saya doakan anda semua terus kekal dilandasan untuk menuju kejayaan... kali ini saya ramai berjumpa dengan kumpulan PDRM yang sangat-sangat bersemangat belajar untuk memperbaiki dan menambahkan ilmu pada diri mereka...



Saya bertambah teruja apabila tahu ada diantara mereka merupakan polis yang bertugas di daerah kelahiran saya iaitu Daerah Segamat, Johor. Terharu rasanya apabila melihat kegigihan mereka sanggup datang jauh dari Segamat untuk menyambung belajar... kira-kira 1 jam setengah perjalanan dari Segamat ke Melaka. terdetik dihati untuk membantu mereka sebaik mungkin... inilah masanya untuk saya menyumbang bakti kepada warga daerah saya sendiri.





Semoga anda semua akan berjaya menggenggam segulung degree untuk menjadi kebanggaan diri, idola keluarga dan juga negara. Insyallah...








Thursday, March 22, 2018

KHATAM QURAN 2018

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulilah selesai dengan lancar majlis khatam Quran untuk anakanda Yasmine, serta 2 orang anak buah Danish dan juga Damia. apa yang boleh digambarkan suasana ini ialah meriah dengan kehadiran dari keluarga sanak saudara dan juga penduduk kampung. inilah masa untuk kita kenal dengan lebih rapat penduduk kampung dan juga saudara mara.

Malam sebelum majlis, diadakan raptai dan latihan untuk anakanda memperdengarkan bacaan surah2 sambil disemak oleh nenek mereka... segala kesalahan ditegur terutama pada bahagian tajwid.



Latihan terakhir

Mak Ucu Tukang jadi mak andam... TQSM


Majlis yang dimulakan dengan bacaan tahlil lelaki dari kumpulan masjid kampung sepinang, dan seterusnya majlis disambung dengan kumpulan Yassin wanita sepinang semuanya dirancang dengan teratur... kumpulan wanita dimulakan dengan bacaan Yassin, diikuti dengan majlis khatam dan diakhir dengan marhaban. Jauh disudut hati terasa sebak dan sayu melihat anakanda Yasmine membaca surah-surah di atas pelamin yang sangat indah... nampak betul dah besar dia...



Pelamin Pn Ayut yang sangat indah telah mendapat pujian ramai, pada post sebelum ini saya ada memberikan alamat kedai Pn Ayut (012-3149866) di sini saya sertakan dengan no telefon beliau untuk memudahkan jika ada yang ingin menempah pelamin... secara jujur saya senang dengan layanan dan hasil pelamin yang telah dibuat... sangat menepati citarasa bukan sahaja saya tetapi semua tetamu yang hadir pada majlis tersebut. 


Pn Ayut sibuk menambah seri pelamin

Hasil yang sangat indah



Selesai majlis khatam Quran


Menu utama majlis kami ialah nasi Beriani Gam serta pelbagai jenis kuih muih... apa-apa pun yang menjadi pilihan ramai ialah santan durian... kami sediakan dengan pulut serta roti... saya lebih berselera makan bersama roti berbanding dengan pulut kerana saya terasa cepat muak bila makan dengan pulut. disediakan juga pulut kuning dicecah dengan rendang hitam menu wajib dalam keluarga kami sesiapa yang habis mengaji Quran... kiranya semua menu yang disediakan untuk tetamu semuanya sangat menyelerakan.

Kuih Tradisional yang ada

Buah-buahan

Nasi Beriani Gam

Santan Durian

Cheese Kek

Brownes Delight

Red Velvet



Yaya dan Mohammad dah berbisik kata... dia orang nak mengaji banyak-banyak supaya cepat khatam macam kakak Yasmine... dia orang nak majlis khatam macam ini juga meriahnya... hihi.  





Muka Takut... hihi
Untuk Nur Yasmine... ayah doakan semua yang terbaik untuk anak ayah yang seorang ini... jadilah anak yang membahagiakan untuk keluarganya, ayah doakan supaya terus cemerlang dalam semua peperiksaan, dilindungi dengan rahmat Allah sentiasa dan juga selamat dunia dan akhirat... sesungguhnya kamu sebutir permata yang membawa kilauan kebahagiaan seperti mana anak-anak ayah yang lain juga.



Pelukan tahniah dari Nenek Nah







19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...