Friday, March 31, 2017

Reward...

Assalamualaikum...

Hari ini cuti, semua dah bangun untuk sarapan bersama dimana ia antara aktiviti wajib yang perlu dilakukan... ini kerana ketika itu sahaja la kita dapat merasa dekat dengan semua ahli keluarga, kalau hari biasa semua sibuk dengan tugas masing-masing... peluang yang ada boleh digunakan untuk bertanya tentang masalah pelajaran, kawan-kawan dan sebagainya.

Ketika makan tugasan telah diberikan pertukaran suka sama suka dibenarkan...hihi dan anak-anak juga mempunyai permintaan pulak untuk keluar makan malam bersama hari ini dengan senang hati permintaan diluluskan kerana semua tugasan telah dipersetujui dan ia juga sebagai satu imbuhan untuk mereka

Di sini dikongsi bersama aktiviti gotong royong pada hari ini.... Nur Muhammad dan yasmine... hihi



Ini bukan lah mendera namanya... tetapi lebih kepada satu pengalaman dan pelajaran non formal yang tidak diajar di sekolah kerana saya selalu ingatkan mereka yang rumah yang dibina bersama-sama ini ia perlu dijaga dengan penuh kasih sayang.


Kita bukan ahli nujum boleh meramal masa depan...

Assalamualaikum...


Pada hari ini penuh dengan aktiviti seperti biasa. tetapi di kaunter hadapan penuh pelajar-pelajar yang ingin mengulang SPM dan hari ini merupakan hari terakhir untuk pendaftaran.

Melihat wajah-wajah mereka semua, yang sedang mengisi borang terpancar semangat dan keazaman memperbaiki keputusan mereka. 

Untuk apa...?, tidak lain dan tidak bukan, untuk mengubah keputusan bagi memperbaiki perjalanan hidup mereka agar lebih berjaya... Insyallah

Bagi diri saya, kita semua telah diaturkan rezeki masing-masing. Jika kita melihat anak-anak yang kurang berjaya janganlah kita cepat menghukum mereka sebagai seorang yang tidak berjaya sampai bila-bila. tetapi dari pengamatan mereka ini yang lebih ramai berjaya berbanding semua anak-anak yang cemerlang mendapat semua A dalam peperiksaan!!!.

Mungkin mereka mempunyai rezeki lebih dalam bidang kemahiran, teknikal dan sebagainya berbanding cemerlang dalam pelajaran. 

Dari pembacaan saya, kajian yang dijalankan oleh The National Association Of Colleges And Employers (NACE), keputusan cemerlang bukan la kriteria utama dalam mendapatkan pekerjaan... tetapi majikan lebih melihat personaliti, kemahiran bercakap dan juga sifat integriti yang tinggi untuk memilih pekerja mereka kini.

Jika kita sebagai ibubapa... teruslah memberi semangat kepada anak-anak yang kurang berjaya dalam pelajaran ini, mungkin mereka tidak berjaya dalam semua bidang dalam hidup tetapi mereka ini mungkin insan terpilih yang akan duduk bersama dan menjaga kita apabila tua nanti.

Insyallah...







 

Thursday, March 30, 2017

Rindu ayah...

Assalamualaikum

Pagi tadi semasa melakukan pemantauan di sekolah kawasan merlimau berbual dengan seorang guru yang mengajar subjek sains... lama berbual baru ingin bertanya asal dari mana

Apabila dia berkata dari Segamat, Johor hati terdetik bertanya kawasan mana... kawasan buluh kasap dan dulu lancar sahaja dia berkata mengajar sekolah disana

Saya terus bertanya adakah kenal dengan arwah ayah saya bernama Cikgu Wahled.. terus dia tiba-tiba terdiam. Kata nya itu la cikgu yang banyak mengajar dia ilmu menjadi seorang manusia.

Berkaca matanya berkata tidak sangka di hadapan kini ialah anak kepada guru yang amat dia sayangi. Di dalam hati terus berkata kecilnya dunia ini Ya Allah.

Beliau banyak bercerita bertapa hebatnya arwah ayah yang mendidik dengan menggunakan jiwa sehinggakan semua anak didiknya berjaya kini.

Rasa bangga terus kekal sampai la ke saat post ini di buat, dimana hati ini sentiasa mengakui bahawa memang arwah ayah seorang insan hebat bagi ramai pelajarnya termasuk anak-anaknya

Ayah... angah tidak sehebat ayah.

Tetapi diri ini akan cuba untuk menjadi seperti arwah ayah sehingga di saat akhir masih ramai pelajarnya yang menziarah beliau dan ada yang meminta izin untuk mengucup dahi arwah ayah sebelum ayah pergi meninggal semua.

Bertapa hebatnya ayah...  Masyaallah

Alfatihah untuk ayahanda tercinta... Wahled Bin Hj Idon

Perginya seorang ayah terhebat
Perginya seorang penasihat terbaik
Perginya seorang insan berjaya di dunia dan di akhirat...
Perginya seorang insan yang banyak mengajar erti hidup bersyukur.

Insyallah kita akan berjumpa nanti yah... di sana...

Jiwang sungguh post kali ini...

Assalamualaikum...

Hari ini...

Hati terlalu terkenangkan kisah-kisah lama yang penuh dengan suka duka dan penuh dengan perbagai peristiwa. Antara yang paling dikenang ialah...


Rasa rindu dengan insan yang berada disekeliling. Kadang-kadang terasa ada kurangnya kasih sayang jika berbanding dulu... terutama kasih dan sayang.

Mungkin tanggungjawab yang menuntut kita semua fokus kepada kerja menyebabkan kita seperti mengabaikan apa yang ada pada kita sebenarnya...

Bagi diri ini... kasih sayang yang ada perlu dibajai dan disirami bukan la setiap hari tetapi kalau boleh sekerap yang boleh.... Sesungguhnya diri ini dari kecil lagi telah membesar dengan

Sepenuh kasih sayang yang tiada batasnya
Sepenuh perhatian yang tiada penghujungnya

Dan kini ia dikongsi bersama dengan insan yang disayangi dalam hidup ini.

Jiwang sungguh post kali ini... hihihi.

Tapi bagi saya ia adalah makanan jiwa dan perasaan yang perlu bagi setiap insan. Tanpa kasih sayang dan cinta manusia ibarat siang tiada malamnya dan ibarat pantai tiada ombaknya.












Monday, March 27, 2017

Istikharah cinta

Assalamualaikum...

Sedang duduk berehat melepaskan lelah seharian melunaskan tanggungjawab di pejabat... bila balik terasa letihnya.

Selepas selesai menunaikan yang wajib sambil melihat anak-anak membuat kerja sekolah, pasti jari akan cepat mencari lagu yang dirasakan sangat-sangat menyentuh hati... dari muzik sehingga melodinya bila mendengar terasa damai

Kualiti lagu ini tidak keterlaluan boleh diberi A+ !!!... kerana lirik yang sangat puitis membawa maksud yang tersurat dan tersirat dalam lagu ini serta suara penyanyi yang dirasakan sangat sesuai.

Banyak lagu dah didengari tetapi... lagu ini yang terasa terlalu menyentuh hati... kalau diamati lagu ini lebih menunjuk rasa cinta kepada Ilahi


Hilang terus rasa stress bila dengar lagu ini dan saya sangat suka mendengar lagu begini sambil memandu kereta ia sangat bermotivasi bagi diri saya.






Saturday, March 25, 2017

Aku budak kampung

Assalamualaikum...

Rasa tenang dan damai pagi ini. Hari ini sambil melihat pokok dikeliling rumah... terpikir apa nak buat masa berkualiti untuk anak-anak. Rasanya nak buat aktiviti out door di rumah shj.. cthnya breakfast dan lepak-lepak sama-sama di luar rumah.. apa yang ada di sekeliling kita lakukan bersama rasanya dengan aktiviti ini sudah memadai. Biasanya bab membersihkan ruang luar untuk bersantai memang tugas Yasmine dan yaya... tugas adam dan mohd bentang tikar dan letak meja...

Gambar masa bersantai diruang luar waktu malam

Teringat dulu-dulu masa kecil... dimana saya merupakan anak orang kampung yang membesar dekat dengan alam semula jadi, dimana saya banyak melakukan aktiviti di luar rumah... contohnya mandi perigi, main hujan, buat pondok di atas pokok dan sebagainya. Sayang sekali... anak-anak tidak merasainya kini dan sebab itu lah bila pulang ke kampung anak-anak diharamkan membawa ipad dan mereka akan lepas bebas main diluar rumah...

Semoga aktiviti hari ini memberi ruang dan masa untuk anak-anak berkongsi cerita, masalah dan apa sahaja dengan ayah mereka ini yang bila waktu bekerja selalu tiada banyak masa untuk bersama, diharap aktiviti hujung minggu ini akan menambah rasa erat dan kasih antara kita...

Insyallah...




Friday, March 24, 2017

Halal segalanya...



Post hari ini khusus untuk semua pelajar OUMH1103 semester Januari 2017


Hari ini merupakan kelas terakhir anda semua bersama saya. Doa saya akan terus bersama agar kamu semua lebih kuat dan cekal menjalani hidup sebagai pelajar dan bekerja. Diharap agar semua akan terus menuju kehadapan jangan berpaling lagi... ini adalah pilihan tepat untuk anda semua memilih untuk terus belajar. 

"Kalau tidak berani dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..."

Saya sangat yakin anda semua tersemat semangat berani dan tidak putus asa
Buktikan kepada saya!!!


Allah telah susun cantik-cantik 
jalan hidup kita
jadi...
 jangan risau
teruskan melangkah walaupun 
berkali kau jatuh.


Pastinya rasa rindu akan terbit dalam diri kita kerana selama hampir 3 bulan kita berinteraksi semua meluahkan rasa keluh resah dan masalah... its ok... saya ibarat bapa kepada anda semua paham dan menjadi pendengar yang setia mana yang boleh diselesaikan saya akan sedaya upaya selesaikan.

Sesungguhnya percaya lah bahawa anda semua banyak mengajar dan membuka mata hati saya erti hidup ini yang penuh dengan warna

Hubungan dan ukhwah yang terjalin ini jangan kita putuskan biarlah sampai bila-bila, ada masa dan panjang umur kita akan jumpa lagi... mungkin di sem. akan datang mana tau saya akan menjadi tutor anda lagi kan..?

Akhir kata...

Saya memohon maaf jika sepanjang kita bersama banyak kelemahan yang ada. Saya telah cuba berikan yang terbaik kepada anda dan saya halalkan ilmu saya segalanya... 





 Assalamualaikum...





Thursday, March 23, 2017

Bahagia dengan yang dimiliki kini

Assalamualaikum...

Lama rasanya tidak menulis di dalam blog ini.... ialah banyak perkara dan peristiwa yang telah berlaku sepanjang masa antara post sebelum ini dan saat post ini ditulis.

Ramai insan yang mewarnai perjalanan hidup ini...

Teruatamanya pelajar di OUM yang sentiasa ceria walaupun belajar sambil bekerja. pelbagai pahit getir luah rasa mereka disepanjang menyiapkan tugasan mereka. di dalam hati ini sentiasa berdoa agar mereka semua terus tabah mengharungi pelbagai dugaan... Insyallah anda semua akan berjaya mengenggam segulung ijazah. saya hanya mampu mengucapkan syukur ketika itu.    

Kepada insan yang disayangi dan dicintai... anda pembakar semangat dan memberikan rasa bahagia dan ceria  dalam mengharungi hidup ini.

Baru-baru ini saya membaca sebuah buku dimana ada bait-bait ayat yang saya merasakan sangat-sangat terkesan dengan pepatah...

KITA JANGAN SIBUK MENCARI YANG SEMPURNA
JIKA 
YANG SEDERHANA MAMPU MEMBUAT MU 
BAHAGIA 


Maksud disini sangat jelas dengan menyatakan bahawa kita jangan mengejar sesuatu kesempurnaan dengan mengharapkan ia memberi kepuasan kepada kita sedangkan apa yang ada di depan mata kita... hak kita... sebenarnya mampu membuat kita senyum bahagia... bersyukur dengan apa yang ada. Tiada yang sempurna dalam dunia ini.... itu pasti!

Setiap hari... setiap pagi... diri ini sentiasa niat untuk memberikan 

Kebahagiaan... 
Melimpahkan rasa cinta
Menyuburkan rasa kasih sayang 

Semoga aura ini akan terus kekal abadi selamanya... Insyallah


















19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...