Wednesday, June 7, 2017

HILANGLAH RAHMAT ALLAH KE ATAS KELUARGA ITU...

Assalamualaikum...

Selepas balik dari melihat kawasan... peh! macam YB pulak...hihi. terus call Adam dan Yasmine bertanya khabar yang kini berada di kampung. Tahun ini puasa dijalani ketika cuti sekolah... maka mereka sendiri yang meminta untuk meneman nenek di kampung, sambil-sambil tu boleh lah neneknya menyemak bacaan ketika mereka mengaji. 


Selalu Adam yang akan menawarkan diri untuk duduk di kampung... tetapi kali ini Nur Yasmine juga ingin ikut meneman nenek dan merasai berpuasa di kampung. Biar mereka merasa bagaimana berpuasa di kampung seperti mana ayah mereka jalani semasa kecil. kalau di rumah semuanya selesa contohnya panas boleh terus pasang penghawa dingin tetapi di kampung tu lah kipas tangan sahaja yang ada... hihi.

Mohd dan Yaya pula yang asyik bertanya bila abang dan akak Yasmine nak balik?... itulah kan kata orang-orang tua... "dekat-dekat bau busuk, jauh-jauh bau wangi" maksudnya sesiapa yang selalu jumpa mudah sangat nak bergaduh tetapi mana yang jarang jumpa semuanya baik... macam adik beradik.

Kita adik beradik umpama air yang tidak akan putus walaupun dicincang... itu hakikat yang tidak boleh kita pertikaikan... tiba-tiba teringat kata-kata bonda..."jika mak tiada nanti jangan la kau orang bergaduh... pakat baik-baik." tergiang-giang kata tersebut sampai sekarang. 

Ingatlah bahawa apabila adik beradik bergaduh tidak bertegur sapa maka hilanglah rahmat Allah ke atas keluarga itu.

Kalau dulu kecil-kecil saya sendiri selalu bergaduh terutama dengan along ada sahaja benda yang tidak puas hati antara kami sampai saya bernekad untuk belajar sungguh-sunguh dapat masuk sekolah asrama ataupun universiti tak perlu nak bergaduh lagi...huhu tetapi apabila masing-masing keluar belajar dan dah berkeluarga memang kami sangat rapat selalu bergurau dan gelak apabila berjumpa... Ingat lagi pernah saya potong tali beg sekolah along kerana tidak puas hati... sampai begitu sekali... angah minta maaf along... huhuhu. Pastinya semua tu jadi kenangan bila berjumpa. 

Ramai yang gagal menyayangi adik beradik sendiri kerana leka dengan duniawi dan pentingkan diri sendiri... inilah hakikiat yang berlaku sekarang.

Hadis Nabi SAW  yang bermaksud " pada hari kiamat kelak, Arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat mulia." Sahabat bertanya siapa yang akan duduk di kerusi tersebut. lalu jawab Nabi SAW, "mereka adalah adik beradik yang saling sayang-menyayangi antara mereka." begitu mulianya tempat yang Allah akan berikan kepada adik beradik yang saling berkasih sayang


Ya Allah... jadikanlah kami adik beradik yang akan bersama dalam Syurga nanti 
Ya Allah... rapatkanlah kami adik beradik
Ya Allah... rahmatikanlah kami adik beradik
Ya Allah... ampunkanlah dosa kami adik beradik... Aaminn.










4 comments:

Unknown said...

semoga kita dilimpahi rahmat Allah keatas diri dan keluarga kita..amin

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Insyallah...mr momo... aaminn

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Insyallah...mr momo... aaminn

ina_zulkifli said...

Aminnn...walaupun saya hanya mempunyai seorang sahaja adik...dan masing2 sudah mempunyai kehidupan sendiri..setiap hari mesti kena contact..sedangkan hubungan dengan org lain kita jaga...inikan pula dengan darah daging sendiri..

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...