Monday, September 17, 2018

KEK PISANG MOIST

Assalamualaikum...


Hari ini saya ingin bercerita tentang aktiviti bersama anak-anak ketika cuti panjang 4 hari baru-baru ini... duduk pagi isnin kepala berlegar-legar pikir nak buat apa... sabtu dan ahad selesai mengemas rumah dalam dan luar... selesai sudah memangkas pokok pagar yang ditanam 7 tahun lepas... kini konsep taman di luar rumah ialah kemas  dan lapang sahaja...

Tangan laju menekan Youtube untuk mencari resepi Kek Pisang yang paling mudah dan cepat... dan saya sangat tertarik dengan resepi Dapur Berasap Utube  kredit Sis Noorastella Muhammad. Cepat dan mudah difahami... terus-terus saya meminta Yaya menyalin resepi dan kami mula mencari bahan yang tersedia di dapur untuk mengelakkan terbeli bahan yang telah ada.





Yaya saya lihat sangat berminat dan suka membantu saya kalau didapur... begitu juga Yasmine... saya rasa sangat bersyukur kerana mereka berdua berminat dengan kerja-kerja dapur dan sudah pandai mengemas... saya sentiasa pegang kata-kata orang tua... "hebat macam mana pun seorang perempuan dalam kerjaya dan akademik kerja-kerja dapur mereka wajid tahu"... saya tidak mahu dilabelkan kemudian hari sebagai ayah yang tidak pandai mengajar anak-anak daranya hal rumah tangga...




Di sini saya kongsikan resepi Kek Pisang Moist yang boleh semua cuba... Insyallah... kali pertama buat pun menjadi... hihi


1) 8 biji telur
2) 2 cawan gula kastad
3) 2 cawan minyak masak
4) 10 biji pisang
5) 3 cawan tepung gandum
6) 1 sudu teh Baking Powder
7) 1 susu teh Soda Bikarbonat
8) Sedikit Esen Vanila/garam

cara membuatnya

1) Lenyek pisang dan masukkan sedikit garam, 
2) Satukan telur, minyak dan gula kastad, pukul adunan sehingga kental lebih   
    kurang 5 minit
3) Kemudian masukkan pisang yang telah dilenyek tadi... jaul sehingga sebati
4) Ayak tepung + Baking Powder + Soda Bikarbonat
5) Masukkan tepung yang diayak ke dalam adunan pisang tadi dan gaul... last
    baru masukkan Esen Vanila.
6) Masukan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170 Darjah Celcius
    selama 60 minit


Inilah hasilnya...


ilmu yang membawa manfaat kita kongsi bersama...

























Wednesday, September 12, 2018

PERCAYA 200%

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ini saya ingin menyentuh bab PERCAYA

PERCAYA PADA KATA-KATA
PERCAYA PADA SATU HUBUNGAN
PERCAYA PADA INSAN YANG KITA SAYANGI DAN CINTAI

Saya seorang yang sangat mudah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan serta siapa orang itu sebenar... dan pastinya hubungan silaturahim yang telah terjalin akan menjadi landasan untuk saya terus percaya seseorang... dan sesiapa sahaja yang saya percaya pastinya masa, tenaga dan wang ringgit tidak akan saya berkira.

Malangnya jika rasa percaya itu mulai nipis dalam diri ini, pasti satu hubungan itu akan mula diragui dan dipersoal sampai bila-bila. inilah saya... ada yang menyatakan bahawa saya ini seperti kaum cina yang "kalau percaya, mereka percaya 200% tetapi jika tidak percaya, sampai matipun mereka tidak akan percaya".

Mungkin saya perlu ubah dan lembutkan sedikit perasaan dalam diri ini, yang menyatakan bahawa manusia boleh berubah menjadi lebih baik bila telah melakukan kesalahan kerana kesalahan itu menjadi pedoman dan panduan untuk mereka lebih matang menjalani kehidupan...  dan saya perlu ingat bahawa "Orang yang melakukan kesalahan belum tentu mereka akan ke Neraka dan orang yang tidak sesekali melakukan kesalahan belum tentu akan terjamin ke Syurga".


Thursday, September 6, 2018

PT3/UPSR 2018

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak update Blog ini... hari ke sehari teringat nak update tetapi bila banyak masa fokus kepada kerja dan keluarga kalau tidak dikuatkan hati memang lagi lamalah bersarang blog ini...hihi.

Hari dijalani dengan tenang seperti biasa cuma semakin hampir tarikh Adam dan Yasmine akan menduduki peperiksaan penting dalam hidup mereka. Tahun ini Yasmine akan menduduki Peperiksaan UPSR manakala Adam akan menempuh Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)...

Semua aktiviti keluarga akan dibekukan pada bulan 9 dan 10 ini kerana memberi laluan kepada UPSR pada 24 hingga 27 September manakala PT3 akan berlansung pada 1 hingga 4 Oktober 2 bulan ini nampaknya memang kami semua tidakkan kemana-mana. 

Insyallah... ayah doakan anak-anak ayah berdua ini akan menjalani ujian dan pentaksiran dengan tenang, dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Aaminn



19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...