Wednesday, May 31, 2017

CONFORT ZONE...

Asalamualaikum...

kita hidup perlu ada variasi...

Inilah antara ayat yang tercetus dari bibir ini pagi tadi apabila berbual...


Bila difikirkan balik, bagi saya... kita perlukan variasi sepanjang kita menjalani hidup ini. bukan hanya statik 1 cara sahaja, perjalanan hidup bangun pagi hingga lelap mata rutin yang sama kita lakukan... pasti membosankan.


Kalau ditanya saya pula... hidup ini kadang-kadang perlukan perubahan untuk menguji kemahiran, ilmu dan memvariasikan hidup kita... maksudnya di sini cuba kita melakukan aktiviti yang di luar kebiasaan kita... Contohnya kita boleh sama-sama beraktiviti seperti bermain bowling, berkhemah dan membuat kuih/kek bersama-sama anak-anak... perkara yang tidak pernah atau jarang-jarang lakukan... itu yang saya teruja untuk mencuba!.

Kalau kita sentuh dari segi kerja kadang kala, mengapa ada kita dengar kawan-kawan beralih kerja, menerima tawaran kerja di tempat baru dan sebagainya... ini kerana kita telah sampai di tahap comfort zone!!!... pada kerja yang lama... inginkan perubahan dan pengalaman baru itu antara alasan kita dengar... 

 Tidak dinafikan yang ada juga antara kita yang selesa tidak mahukan perubahan dan berada di zone tersebut dalam satu jangka masa yang sangat lama... tetapi perkerjaan yang saya lakukan sekarang sangat saya cintai... i really love my job!... kerana sepanjang masa saya akan mempelajari perkara baru.




Bagi saya isu yang diketengahkan ini... terpulang kepada kita untuk menerimanya... tepuk dada tanya selera. Selamat berbuka puasa...




"move out of your comfort zone. you can only grow if you are willing to feel awkward and uncomfortable when you try something".




Monday, May 29, 2017

Terbaik....

Assalamualaikum...

Kita semua ingin menjadi yang terbaik... dari perjalanan hidup hingga lah ke untuk bekalan di akhirat kelak...

Apa yang saya ada ini... sudah cukup lengkap... saya tidak mahu lebih atau kurang.... kerana kita sentiasa ingin menjadi yang terbaik untuk siapa?... untuk diri kita atau pun untuk keluarga... hanya kita dan Allah swt yang tahu.

Kadang-kadang... perkara yang terbaik inilah perlu melalui fasa yang memeritkan... kadang kala orang tidak dapat mengikut cara dan kehendak kita...bagi diri ini...  biar la saya persembahkan yang terbaik walaupun ia kadang-kadang ia menyebabkan hati kita...

Perjalanan hidup ini... ada putaran nya terkadang ia di atas dibawah dan terkadang ia berada di sisi. Semua ini memberi panduan dalam perjalanan hidup yang belum tentu jauh... esok lusa kita yang pergi dahulu... siapa kita untuk menentukan.


Insyallah...







Saturday, May 27, 2017

Nostalgia berbuka puasa...

Assalamualaikum...

Post ini dibuat selepas sahur puasa hari yang ke-2 semasa menunggu azan suboh... sesungguhnya dapat berpuasa di kampung merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan... perasaan ini sentiasa mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu. Teringat dahulu arwah ayah la yang akan mengejutkan semua kami lima beradik bersahur.

Ketika menunggu berbuka puasa... arwah ayah akan membawa kami menunggang motor pusing keliling kampung. Apabila besar sekolah rendah dan menengah... kami semua ada tugas masing-masing... saya ditugaskan menyusun pinggan cawan, along ditugaskan mengetuk ais batu, mak teh mengemas meja selepas berbuka... semua ini lah nostalgia yang boleh dicerita pada anak cucu kita nanti.

Kini... apabila telah mempunyai keluarga sendiri... saya cuba mencipta nostalgia yang boleh anak-anak kenang apabila besar kelak... antaranya kami akan berbuka puasa di taman kami... sungguh nyaman sambil makan menghirup udara petanģ dan mendengar azan dari masjid berdekatan...

Semua ini... kenangan yang kita akan rindui selamanya... untuk kita putar masa kembali ke zaman tersebut adalah sesuatu yang mustahil!... maka saat dan ketika yg ada sekarang kita nikmatinya dan kita hargainya... supaya nanti ia menjadi kenangan terindah kelak.












Thursday, May 25, 2017

RAIKAN RAMADHAN

Assalamualaikum...

Esok 1 Ramadan 1438 kita semua akan menjalani ibadah puasa bagi tahun 2017... Alhamdulilah kita berjumpa lagi Ramadhan kali ini. Semoga kita semua menjalani ibadah puasa dengan tenang dan bahagia.  Setiap kali sahur, berbuka puasa pertama pastinya kami semua akan balik kampung di Segamat Johor untuk sama-sama berpuasa dengan Bonda tercinta... nikmat berbuka bersama dengan insan tersayang pastinya di tunggu-tunggu.






Di sini saya kongsikan info tentang fadilat berpuasa di sudut Sains dimana bagi mereka yang berpuasa para penyelidik ilmuan perubatan menyatakan bahawa puasa dapat membuang toksin dalam badan kita secara tidak lansung akan meningkatkan sistem imunisasi badan melawan penyakit. 

Menurut Dr. Mc Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut," Banyak kejayaan beliau yang berjaya mengubati pesakit-pesakit dengan menyarankan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit tetapi ia juga dapat menajamkan minda kita.




Dalam dunia Biologi, membuktikan bahawa perut dana usus melakukan proses pencernaan maka otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga pengaliran dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila  kita makan terlalu kenyang otak akan menjadi lemah, mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.



Semoga perkongsian ilmu ini akan membawa kebaikan kepada kita semua... saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa untuk semua yang mengenali diri saya, keluarga, dan sahabat semua. Sesungguhnya marilah kita sama-sama raikan Bulan yang penuh barakah ini... Insyallah




Tuesday, May 23, 2017

KULLU HUBBI MINNA LAHUM...

Assalamualaikum...

Pagi ini ketika memandu berulang kali masih lagi tidak puas mendengar lagu "Kullu Hubbi Minna Lahum" yang bermaksud "Setiap Kasih Dan Sayang Adalah Dari Kami Untuk Anda" yang dinyayikan oleh Faizal Tahir, Aizat, Noh dan Mu'adz.

Hati terasa tersentuh dengan lirik dan muzik yang saya merasakan ia bertaraf Antarabangsa... kali pertama mendengar terasa seperti penyanyi luar negara tetapi tidak sangka... ia merupakan produk lagu kita sendiri.



Lagu ini pun sangat diminati oleh anak-anak... hampir setiap lirik lagu dihafal oleh mereka. Saya difahamkan bahawa lagu ini diilhamkan untuk anak-anak pelarian Syria di Jordan kalau nak bercerita tentang pelarian Syria sangat-sangat menyedihkan kerana menjadi pelarian di bumi sendiri...

Kita di Malaysia boleh memberi bantuan kemanusiaan disaluran yang betul atas landasan kita bersaudara seagama dan seislam.


Di sini disertakan video klip lagu tersebut dan hayati lirik lagu ini... yang bermutu dan terkesan pada diri saya...




Adakah aku pemimpin yang baik...?

Assalamualaikum...

Sedang duduk berehat di ruang tamu... selepas balik dari kerja terasa sangat menyenangkan. Semua kerja alhamdulilah berjalan lancar dengan bantuan dari staf dan memang diakui yang mereka semua sangat membantu... tanpa mereka saya merasakan semua program tidak dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Saya cukup bersyukur mempunyai staf yang rajin dan komited yang tinggi dalam membuat kerja... kadang-kadang saya sendiri tidak segan silu untuk duduk belajar dari mereka.

Tidak semestinya kita yang berada di atas tidak boleh menoleh memandang yang berada di bawah. Bagi saya kita semua mahir dalam bidang masing-masing dan saling bergantung antara satu sama lain.


Sesungguhnya hubungan antara saya dengan staf sangat baik... kami boleh duduk makan semeja dan berbual gelak ketawa... bagi saya kita perlu profesional... masa berkerja kita berkerja, masa gembira kita gembira.

Pesan bonda selalu diingati... jika kita berada di atas ingat-ingat ketika pernah berada di bawah...





Saturday, May 20, 2017

Berbumbungkan bintang...

Assalamualaikum...

Malam tadi aktiviti makan di luar rumah ini dilakukan sekali lagi... kami telah melakukan aktiviti sebegini beberapa kali sebelum ini sangat menyeronokkan kerana ia merupakan peluang dan ruang untuk kita bersama satu keluarga.

Bermula mohd dan yaya bersungguh-sungguh untuk makan di luar rumah... kata mereka " ayah... dah lama kita tak makan di taman...". Permintaan anak-anak ini sangat sukar saya tolak.

Untuk tidak menghampa anak-anak... maka dibuat selepas maghrib... nampak diwajah mereka perasaan yang sangat bahagia dan gembira. Sebenarnya proses untuk membuat semua ini yang sangat berharga dari petang lagi.... semua orang sama-sama membantu... seperti biasa pembahagian tugas dilakukan. Adam sudah pandai menghidupkan bara maka tugas itu diberikan kepadanya, yasmine mengemas meja, yaya dan mohd membersihkan halaman.

Seingat saya aktiviti sebegini paling tidak dilupakan dimana dijalankan dengan siap khemah didirikan dan ada unggun api pada tahun lepas... semua dilakukan adalah untuk memberi pengalaman kepada anak-anak agar mereka tidak menjalani kehidupan yang sama setiap hari sehinggakan mereka sendiri tiada memori manis untuk dikenang apabila besar kelak.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar...





Berkhemah di luar rumah tahun lepas 2016


















Friday, May 19, 2017

SETIA ITU MAHAL!!

Assalamualaikum...

Dua hari sibuk dengan tugasan harian menyebabkan tiada masa untuk berblog. dah mula ada yang bertanya "kenapa lama tidak update status dalam blog"...? "tidak sihat ke:...?, "sibuk sangat ke"...?
apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga atas perhatian dari anda semua.

Malam tadi saya mendapat whatsupp dari seorang sahabat jauh bertanya khabar lama tidak berjumpa...

Seronok bercerita... seperti biasa saya banyak berbual mengenai anak-anak... tetapi mood gembira terus hilang dan terkejut apabila diberitahu yang hubungan ikatan suci antara beliau dengan isteri tidak tiada lagi...huhu.

Kita hanya insan yang merancang yang terbaik hanya Allah yang menentukan.

Kita hanya insan yang mengharapkan sinar mentari biarlah sampai ke petang jika hujan ditengahari... perlu kita redha dan kuat menempuhnya

Kita hanya insan yang impikan buih-buih indah sentiasa dalam hidup kita tetapi jika ada buih yang berkarat jangan kita pasrah bangkit...!.

Kita hanya insan yang sentiasa ingin bahagia, kasih sayang, cinta dan perhatian... bagi saya jika tiada ini semua ibarat hidup umpama...

Kapal berlayar tanpa Nakhodanya
Makan nasi tanpa lauknya
Bunga cantik tanpa harumannya

Tiada apa yang boleh saya bantu hanya doa dari seorang sahabat dan sedikit semangat kerana dalam satu hubungan dan ikatan itu perlulah kesetiaan. Jika ditanya tentang setia bagi saya...

"Kesetiaan itu sangat mahal bagi yang merasainya dan tinggi kehormatan bagi yang menjagainya".












Monday, May 15, 2017

PERASAAN HARI GURU SANGAT ISTIMEWA UNTUK SEMUA GURU...

Assalamualaikum...


Selamat hari Guru kepada semua pendidik tidak kira dimana anda berada... setiap kali apabila sampai hari guru perasaan bercampur baur... pastinya saya akan teringat guru-guru yang pernah mendidik saya dahulu... dari sekolah tadika hingga la di peringkat tertinggi saya masih terbayang setiap wajah mereka terpancar keikhlasan dan kesungguhan mereka mendidik.  

Walaupun saat dan masa berlalu sudah, semua itu kenangan... kerana pernah menjadi pendidik... perasaan hari guru sangat istimewa untuk semua yang pernah menjadi guru ia tetap terpahat kukuh di sanubari sampai ke akhir hayat.


Saya sangat suka dengan nukilan Almarhum Usman Awang...


JIKA HARI INI SEORANG PERDANA MENTERI BERKUASA
JIKA HARI INI SEORANG RAJA MENAIKI TAHTA
JIKA HARI INI SEORANG PRESIDEN SEBUAH NEGARA
JIKA HARI INI SEORANG ULAMA YANG MULIA
JIKA HARI INI SEORANG PEGUAM MENANG BICARA
JIKA HARI INI SEORANG PROFESOR PETAH BERSYARAH
JIKA HARI INI SEORANG PENULIS TERKEMUKA
JIKA HARI INI SEORANG DOKTOR PAKAR SEGALA
JIKA HARI INI SEORANG AKAUNTAN HEBAT KIRA-KIRA
JIKA HARI INI SEORANG EKSEKUTIF SYARIKAT TERNAMA
JIKA HARI INI SEORANG JURUTERA YANG BERJAYA
JIKA HARI INI SIAPA SAHAJA MENJADI DEWASA

SEJARAHNYA DIMULAKAN OLEH SEORANG GURU BIASA
DENGAN LEMBUT SABARNYA MENGAJAR TULIS BACA!  



Kepada semua insan yang pernah saya curahkan ilmu di mana jua anda berada... Doa saya agar anda semua akan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat... Insyallah.










MAKAN TEBU...!!!

Assalamualaikum...


Semalam petang sedang membersihkan bahagian belakang rumah... tebu yang ditanam dengan penuh kasih sayang diserta dengan doa yang diajar oleh arwah ayah sangat menjadi...!!!. Hasilnya buah tebu yang besar dan telah boleh dimakan... nampakkan tanaman pun memerlukan perhatian dan kasih sayang inikan pulak kita.


Anak-anak semua dah mula bising-bising mengikut saya ke belakang rumah apabila saya mengambil parang menebang pokok tebu... macam-macam soalan yang ditanya... macam mana nak makan tebu, nak makan bahagian mana dan sebagainya.

Teringat masa kecil... saya pernah makan tebu dengan menggunakan gigi sahaja untuk membukanya dan pengalaman makan tebu ini saya ingat sampai bila-bila dan kini saya inginkan anak-anak saya juga merasai pengalaman ini... pengalaman yang bukan boleh dipelajari di dalam kelas. (setakat pergi pasar malam beli air tebu itu semua biasa) 

Alhamdulilah... semua anak-anak dapat merasai dan menikmati pengalaman makan tebu. Sesungguhnya pengalaman ini semua bukan boleh dipelajari di dalam kelas tetapi dari pengalaman hidup seharian kita.

Nur Insyirah dan Nur Muhammad kali pertama nak makan tebu

Salam sayang untuk semua....


Saturday, May 13, 2017

IKHLAS MEMBANTU...

Assalamualaikum...

Sedang duduk berehat di hujung minggu... letih semalam masih terasa tetapi kenangan terindah apabila dapat bersama staf dan pelajar saya menyumbang bakti sebagai sukarelawan di Convocation OUM kali yang ke 20 di MITC Melaka.

Jasa baik anda semua sangat saya hargai kerana dapat meluang masa dan tenaga... tanpa anda semua majlis besar ini tidak akan berjalan lancar dan berjaya.

Bukan semua orang dapat merelakan diri bagi meluangkan masa... dimana pada hari tersebut sepatutnya bersama keluarga tercinta tetapi kerana anda mempunyai hati yang luhur dan ikhlas membantu... anda berada di MITC




Thursday, May 11, 2017

Disebalik senyuman pengubat derita...

Assalamualaikum...

Selamat hari jururawat Sedunia kepada semua jururawat seluruh dunia secara umumnya dan di Malaysia secara khususnya... ia juga dituju khas untuk pelajar saya oum.... walaupun di mana anda bertugas sama ada di bandar ataupun di luar bandar cabarannya tetap sama. Apa-apapun anda semua patut bangga memilih dan terpilih dengan kerja yang lebih banyak kepada keikhlasan dalam berkerja.


Sejak kebelakangan ini banyak isu yang melibatkan warga Hospital tetapi bagi saya "pasti ada buah yang buruk di dalam setandan pisang" dan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" itu semua saya percaya tidak akan menjejaskan motivasi dan semangat kalian semua untuk terus berbakti... Insyallah

Sepanjang pengalaman saya berada di Hospital sama ada di swasta dan kerajaan... melihat wajah jururawat yang bertugas terpancar rasa tanggungjawab dan kejujuran mereka dalam menjalankan tugas.

Terima kasih semua... sesungguhnya anda semua mempunyai senyuman pengubat derita.


Jadikan lah diri ini orang yang selalu menjauhi larangan Mu...

Assalamualaikum


Hati ini tak sabar untuk balik dari pejabat kerana banyak Whatsupp diterima mengingatkan malam ini hari Khamis 11 Mei 2017 malam Nisyfu Sya'ban...  terima kasih semua. 
Jadi sebelum terlambat saya ingin menyusun sepuluh jari jika ada salahlaku baik disengajakan atau pun tidak. 

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: " barang siapa yang mengingati kedatangan bulan ini, haram api neraka baginya..."

Disini saya kongsikan antara info malam Nisyfu Syaaban... 
dimana ia dipanggil juga:

Lailatul Mubarakah (Malam Keberkatan)
Lailatul Baraah (Malam Pelepasan)
Lalilatul Qismah wal-taqdir (Malam Pembahagian/Penentuan)
Lailatul Takfir (Malam Mengkifarah dosa)
Lailatul Ijabah (Malam Diperkenankan dosa)
Lailatul Syafaah (Malam Syafaat)
Lailatul Idil Malaikah ( Malam Raya Malaikat)
Lailatul Hayat ( Malam Hidup) iaitu malam yang tidak akan mati apabila seseorang menghidupkan malamnya


"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
Jika engkau takdirkan panjang usiaku
Tetapkan lah aku di jalan Mu
Agar aku istiqamah menjejaki keredhaan Mu
Teguh menjalankan perintah Mu, tunduk pada ketentuan Mu.
Jadikan lah diri ini orang yang selalu menjauhi larangan Mu.
Agar tidak sia-sia umurku berlalu... 










































Monday, May 8, 2017

NOSTALGIA LAMA.....

Assalamualaikum...


Semasa duduk di kampung sambil mengemas almari buku terjumpa album lama... belek punya belek terjumpa gambar yang sangat mencuri perhatian iaitu gambar saya bersama abang long dan sepupu Hafiz yang mana kami bergambar di hadapan rumah atok ayah di Pontian, Johor.


Melihat gambar ini teringat sepupu yang sebaya sangat rapat ketika kecil... rindu terasa melihat tiang rumah atok ayah kerana inilah rumah yang kami akan datang ketika cuti sekolah ataupun hujung tahun. Sesungguhnya gambar ini sangat mengimbau nostalgia, saya sangat bernasib baik masih dapat melihat gambar ini.

Saya rasa ini lah satu-satu gambar yang masih ada usia saya paling muda... rasanya yang lain tiada lagi. Muka hampir sama mengikut saya ketika kecil ialah Nur Muhammad... hihi



Semoga  Nur Muhammad menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat dan mempunyai sifat menyenangkan kedua ibubapanya.. aaminn







Sunday, May 7, 2017

Baru tahu seksa menunggu...




Assalamualaikum...


Malam tadi sebelum tidur saya tertarik dengan pantun yang dicipta oleh seorang kawan... Dia bab pantun dan madah kata ini memang tak pernah kalah. Meluah rasa lama menunggu pun dalam bentuk puisi... hihi


Anak cina main sepak raga,
Terlebih seronok jatuh tersadung,
Kata dan tutur harus di jaga,
Takut ada hati tersinggung.

Terkinja-kinja mengalahkan kera,
tercungap-cungap tak petah berdiri,
kalau sedar, mohon lah maaf segera,
kalau tidak muhasabah lah diri.


 ini pantun dari saya membalasnya...


Anak cina duduk bertinggung,
Mendengar burung berkicau lagu,
Biar ada hati tersinggung,
Baru tahu seksa menunggu.

 Kera terkinja tak petah berdiri,
  Penat duduk di atas belati,
 Kalau tidak muhasabah diri,
Sifat buruk dibawa ke mati.

Saya bukan lah seorang yang hebat berpantun tapi adalah pengalaman dari segi pertandingan dan pembacaan... orang dahulu kalau kita lihat menegur atau ingin menampakkan emosi masih lagi dalam beradap, ada kias dan santunnya manakala teguran dan sindirin dalam bentuk yang tidak memalukan dan tinggi pula laras bahasa yang digunakan... inilah keindahan bahasa melayu yang sebenarnya.






Saturday, May 6, 2017

Bonda...

Assalamualaikum...

Demi memenuhi jemputan majlis perkahwinan bekas staf maka dapat berada di kampung hanya semalam sahaja... walaupun hanya semalam berada di kampung tetapi terasa puas kerana dapat juga menghirup udara segar yang telah membesarkan anak kampung ini.

Walaupun sekejap, pasti wajah bonda yang tercinta ini ditatap, ambil masa berbual-bual selepas suboh dan breakfast bersama.. kerana selalu teringat sepotong ayat di dalam sebuah buku yang menyatakan jenguk lah dan tataplah wajah ibubapa... kerana jika kita hanya menatap wajah mereka ini sahaja hidup kita pasti dipenuhi keberkatan... itu belum lagi besarnya kebaikan diperolehi jika kita menjaga mereka.




Sejujurnya saya sangat suka menghadiri majlis perkahwinan kerana dapat merasai suasana kemeriahan majlis tersebut, tidak kira sama ada majlis di buat di rumah atau pun di dewan semuanya saya suka. Jika banyak undangan dalam sehari sebolehnya saya akan cuba menghadirinya walaupun sekejap. Semua ini adalah cara untuk kita eratkan dan rapat kan ikatan hubungan dengan tuan rumah. Apabila kita dapat hadir ke majlis mereka pastinya tuan rumah berasa berbesar hati... mereka akan ingat sampai bila-bila yang kita pernah memenuhi undangan mereka.

Semoga hubungan erat antara kita semua... kita pelihara bersama-sama. Insyallah...









Friday, May 5, 2017

hati ini setiap hari sentiasa berbunga-bunga....

Assalamualaikum...

Terima Kasih kerana memberikan rasa bahagia pada hari ini
Perjalanan hari ini dipenuhi dengan harum mewangi rasa kasih sayang
 yang sentiasa segar
Walaupun setiap hari dipenuhi dengan tanggungjawab yang memerlukan fokus yang tinggi... 
sentiasa diiringi dengan semangat dan kasih sayang dari insan istimewa disekeliling

♡♡♡

hati ini setiap hari sentiasa berbunga-bunga
 entah kenapa...
mungkin kerana anugerah terindah yang diberikan untuk diri ini
supaya dapat membahagiakan orang lain...

♡♡♡

Biarlah diri ini ibarat seperti lilin yang sentiasa 
menerangi dan membahagiakan orang lain
itu sudah cukup mendamaikan...

♡♡♡

Biarlah diri ini ibarat seperti matahari yang pasti akan terbit esoknya
dengan setia menyinari seluruh alam
 walaupun kadang-kadang 
ada 
yang mencemuh rasa panasnya

♡♡♡

Biarlah diri ini ibarat hujan 
yang 
membawa seribu rahmat 
walaupun kadang-kadang 
ada 
yang marah walaupun baru guruh yang berbunyi







Wednesday, May 3, 2017

ANTARA IKLAN TERHEBAT...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah kembali semua ke pejabat selepas sehari bercuti kerana demam dan selesema... sakitnya dah beransur pulih tapi manja mengadanya belum kurang lagi...hihihi.

Sambil duduk berehat sebentar, tangan terus membuka blog kerana saya ingin berkongsi bersama anda semua iaitu YouTube yang diulang berkali-kali semalam semasa berehat di rumah. Hati sangat tersentuh dengan iklan dari negara jiran ini... saya dapati bahawa negara luar terutama Thailand banyak menghasilkan iklan-iklan yang sangat berkualiti serta mempunyai message yang tersirat dan tersurat.

Negara kita saya lihat sangat jarang menghasilkan iklan yang benar-benar terkesan kecuali iklan ketika nak raya!. Sepatutnya kita perlu menghasilkan iklan yang dapat menyalurkan kesedaran dan nasihat terutama golongan muda.

Di sini saya kongsikan sebuah iklan yang sangat menyentuh perasaan... tentang pengorbanan seorang bapa untuk anak perempuannya yang tercinta... sanggup buat apa saja demi mengembirakan buah hatinya dan saya sangat terusik apabila si anak mengetahui bagaimana keadaan bapanya yang mencari rezeki tanpa bapanya menunjukkan sedikitpun rasa penat hanya wajah gembira dan ceria ditunjukkan di depan anaknya. 

Sejujurnya  saya sendiri sangat memerlukan ruang untuk saya berehat... apabila letih pulang dari pejabat tetapi apabila melihat betapa besarnya cinta dan luasnya sayang si bapa kepada anaknya dalam iklan ini menyedarkan saya bahawa saya belum cukup sempurna sebagai seorang bapa.... huhu.


Sebagai seorang manusia yang banyak kekurangan... saya akan cuba menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak agar mereka satu hari kelak akan sedar bertapa beruntungnya mereka mempunyai ayah seperti saya... Insyallah







Tuesday, May 2, 2017

Lelaki lebih manja apabila sakit.... ye ke....?

Assalamualaikum...

Hari ini... dari pagi rasa dah tak larat nak pergi office... lama duduk termenung mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan hidup hari ini. Terus call Pn Nora kerani di office maklumkan terpaksa ambil cuti hari ini... dengan senang hati beliau cakap... "Its ok En Khairul cuti en banyak lagi, rehat la tau...". Hari ini masa untuk berehat sepuasnya!!

Hati tersentuh dengan banyak whatsupp dan panggilan masuk bertalu-talu dari keluarga tercinta, rakan sekerja dan insan-insan tersayang bertanyakan keadaan kesihatan dan ada juga yang sempat memberi tips mengelakkan demam dan selesema tidak bertambah teruk...

Terima kasih... segala perhatian dan kasih sayang dari anda semua membuatkan hati tersentuh terharu dan terasa ramai yang mengambil berat tentang saya. Hanya Allah yang akan membalas semua kebaikan kalian semua... Aaminn.

Rasa kasih sayang yang ada kini membuatkan tertanam rasa janji untuk membahagia semua orang sehingga sanggup menjadi seperti lilin.

Kalian semua antara insan terbaik untuk dikongsi rasa kasih sayang yang pernah hadir dalam diri ini... wahhh.. ayat bukan main lagi!!!.

Ayat orang sakit... lain macam sikit kann?. Hihihi...

Tertarik dengan satu kajian yang dijalankan oleh pertubuhan kesihatan dan pengguna Engage Mutual melaporkan 57% lelaki sangat mengharapkan perhatian apabila sakit... mmmmmmm... ada benarnya.



Terima kasih semua... perhatian dan kasih sayang yang diberikan.










Monday, May 1, 2017

Kasih sahabat menjaga sahabatnya yang cacat bagai nyawa sendiri

Assalamualaikum...

Sedang duduk berehat, seorang sahabat telah menghantar sebuah video kisah seekor kucing yang sanggup menjaga kucing lain yang cacat kedua kaki belakangnya lebih dari dirinya sendiri di Negara Korea... video pendek ini telah menjadi tular di sana sangat menyentuh perasaan. Di sini saya share kan link untuk kita sama-sama sedar bahawa bukan hanya kasih sayang untuk manusia sahaja tetapi ia juga berjiwa kepada makhluk lain seperti kucing.

http://kisahdunia.com/2017/04/30/kasih-sahabatkucing-ini-menjaga-sahabatnya-yang-cacat-bagaikan-nyawa-sendiri/


Bagi sesiapa yang singgah dan ikuti blog ini dipersilakan untuk share link ini bersama-sama... agar kita semua setiap detik dan setiap denyut nadi kita dihiasi dan dipenuhi dengan cinta kasih sayang... insyallah

Kalau haiwan juga ada sifat kasih sayang apa lagi kita manusia... saya seorang insan yang sangat pentingkan kasih sayang dan ikatan hubungan kepada semua orang bukan untuk kepentingan diri tetapi ini lah saya... kepada yang merasai kasih sayang saya pasti akan dapat melihatnya penuh seperti lautan yang luas terbentang.

Love u all so much... muahhhh!!!

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...