Friday, May 19, 2017

SETIA ITU MAHAL!!

Assalamualaikum...

Dua hari sibuk dengan tugasan harian menyebabkan tiada masa untuk berblog. dah mula ada yang bertanya "kenapa lama tidak update status dalam blog"...? "tidak sihat ke:...?, "sibuk sangat ke"...?
apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga atas perhatian dari anda semua.

Malam tadi saya mendapat whatsupp dari seorang sahabat jauh bertanya khabar lama tidak berjumpa...

Seronok bercerita... seperti biasa saya banyak berbual mengenai anak-anak... tetapi mood gembira terus hilang dan terkejut apabila diberitahu yang hubungan ikatan suci antara beliau dengan isteri tidak tiada lagi...huhu.

Kita hanya insan yang merancang yang terbaik hanya Allah yang menentukan.

Kita hanya insan yang mengharapkan sinar mentari biarlah sampai ke petang jika hujan ditengahari... perlu kita redha dan kuat menempuhnya

Kita hanya insan yang impikan buih-buih indah sentiasa dalam hidup kita tetapi jika ada buih yang berkarat jangan kita pasrah bangkit...!.

Kita hanya insan yang sentiasa ingin bahagia, kasih sayang, cinta dan perhatian... bagi saya jika tiada ini semua ibarat hidup umpama...

Kapal berlayar tanpa Nakhodanya
Makan nasi tanpa lauknya
Bunga cantik tanpa harumannya

Tiada apa yang boleh saya bantu hanya doa dari seorang sahabat dan sedikit semangat kerana dalam satu hubungan dan ikatan itu perlulah kesetiaan. Jika ditanya tentang setia bagi saya...

"Kesetiaan itu sangat mahal bagi yang merasainya dan tinggi kehormatan bagi yang menjagainya".












7 comments:

Chedd eddie Yusoff said...

Jaga hubungan dengan mana yang ada. Kita tak tau hari esok macam mana

ina_zulkifli said...

Bagi saya..setia itu satu amanah en khairul...jika kita seorang yang amanah, insyaallah kita akan jaga amanah itu sehingga ke hujung nyawa..dekat ke jauh ke bukan alasan utk tidak setia...kerana matlamat kita hanya satu..ingin kekal dan berbahagia bersama hingga ke syurga...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Ya betul Chedd Eddie Yusof...Tqvm

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm zarina... kita jaga amanah itu

Unknown said...

Bak kata ziana zain dalam lagunya setia ke akhir hayat..hihi

Unknown said...

#setiahinggahujungnyawa
#kekalbahagiahinggasyurga
#perasaanituanugerahNya
#punyarasapunyajiwapunyaperasaan

Unknown said...

Rulll...# bagaiii...

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...