Wednesday, May 3, 2017

ANTARA IKLAN TERHEBAT...

Assalamualaikum...

Alhamdulilah kembali semua ke pejabat selepas sehari bercuti kerana demam dan selesema... sakitnya dah beransur pulih tapi manja mengadanya belum kurang lagi...hihihi.

Sambil duduk berehat sebentar, tangan terus membuka blog kerana saya ingin berkongsi bersama anda semua iaitu YouTube yang diulang berkali-kali semalam semasa berehat di rumah. Hati sangat tersentuh dengan iklan dari negara jiran ini... saya dapati bahawa negara luar terutama Thailand banyak menghasilkan iklan-iklan yang sangat berkualiti serta mempunyai message yang tersirat dan tersurat.

Negara kita saya lihat sangat jarang menghasilkan iklan yang benar-benar terkesan kecuali iklan ketika nak raya!. Sepatutnya kita perlu menghasilkan iklan yang dapat menyalurkan kesedaran dan nasihat terutama golongan muda.

Di sini saya kongsikan sebuah iklan yang sangat menyentuh perasaan... tentang pengorbanan seorang bapa untuk anak perempuannya yang tercinta... sanggup buat apa saja demi mengembirakan buah hatinya dan saya sangat terusik apabila si anak mengetahui bagaimana keadaan bapanya yang mencari rezeki tanpa bapanya menunjukkan sedikitpun rasa penat hanya wajah gembira dan ceria ditunjukkan di depan anaknya. 

Sejujurnya  saya sendiri sangat memerlukan ruang untuk saya berehat... apabila letih pulang dari pejabat tetapi apabila melihat betapa besarnya cinta dan luasnya sayang si bapa kepada anaknya dalam iklan ini menyedarkan saya bahawa saya belum cukup sempurna sebagai seorang bapa.... huhu.


Sebagai seorang manusia yang banyak kekurangan... saya akan cuba menjadi ayah yang terbaik untuk anak-anak agar mereka satu hari kelak akan sedar bertapa beruntungnya mereka mempunyai ayah seperti saya... Insyallah







4 comments:

Unknown said...

Terharu tgk iklan ni..Kasih sayang bapa terhadap anak tak dpt diukur dgn wang ringgit..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Ya Epol... saya sampai mata masuk habuk...

ina_zulkifli said...

Sampai tahap tak tau nk komen apa....speechless.....
Sebak....thanks en khairul....
Kadang2 sharing yg mcm ni boleh membuka mata dan hati kita....utk menjadi parents yg terbaik pada ank2 tersayang......

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul zarina... niat saya utk share benda yang baik pada semua

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...