Sunday, May 7, 2017

Baru tahu seksa menunggu...




Assalamualaikum...


Malam tadi sebelum tidur saya tertarik dengan pantun yang dicipta oleh seorang kawan... Dia bab pantun dan madah kata ini memang tak pernah kalah. Meluah rasa lama menunggu pun dalam bentuk puisi... hihi


Anak cina main sepak raga,
Terlebih seronok jatuh tersadung,
Kata dan tutur harus di jaga,
Takut ada hati tersinggung.

Terkinja-kinja mengalahkan kera,
tercungap-cungap tak petah berdiri,
kalau sedar, mohon lah maaf segera,
kalau tidak muhasabah lah diri.


 ini pantun dari saya membalasnya...


Anak cina duduk bertinggung,
Mendengar burung berkicau lagu,
Biar ada hati tersinggung,
Baru tahu seksa menunggu.

 Kera terkinja tak petah berdiri,
  Penat duduk di atas belati,
 Kalau tidak muhasabah diri,
Sifat buruk dibawa ke mati.

Saya bukan lah seorang yang hebat berpantun tapi adalah pengalaman dari segi pertandingan dan pembacaan... orang dahulu kalau kita lihat menegur atau ingin menampakkan emosi masih lagi dalam beradap, ada kias dan santunnya manakala teguran dan sindirin dalam bentuk yang tidak memalukan dan tinggi pula laras bahasa yang digunakan... inilah keindahan bahasa melayu yang sebenarnya.






9 comments:

Chedd eddie Yusoff said...

Membina rumah berdinding bata
Tingkap terlupa dipasang langsir
Kias dan santun pengganti kata
Dari terkesan dek tegur dan sindir

Sakit digigi disapu gambir
Tersalah calit tersapu cuka
Biar berlapik keluar dibibir
Jangan sampai bermasam muka

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm Eddie yusof... pantun yg hebat

Unknown said...

Yg kurik itu kundi
Yg merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yg indah itu bahasa..

Tegak istana kerana sendi,
Runtuh sendi istana binasa,
Segak bangsa kerana budi,
Luntur budi merana bangsa..

Olahan berbahasa dan berbicara menunjukkan siapa kita,keluarga kita,pergaulan kita,peribadi kita dan label sebenar kita...Orang yg baik akan bercakap yg baik2..bersangka yg baik2..mendoakan yg baik2 dan mendominasi kpd segala yg baik2...
#jomjadibaik

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Wahhhh.. datin seri dah berpantun kena la saya membelinya...

Unknown said...

Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan

Unknown said...

Hehehe..sila2..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm Sazalie Cha... pantun ilmu yang sangat baik.

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Sambil menempa mendengar rebat
Besi ditempa dengan suasa
Kerana budi tinggi martabat
Martabat terukur ketinggian bangsa

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Penat sudah menanam lada
Sejuk berteduh suasana redup
Penuhkan ilmu di dalam dada
Untuk menjadi pedoman hidup

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...