Tuesday, January 24, 2017

YANG DEKAT ITU MATI YANG BERAT ITU AMANAH

Assalamualaikum...



SESUNGGUHNYA...

YANG DEKAT ITU MATI
YANG BERAT ITU AMANAH


Saya mendapat ayat ini dari slaid Dr Khodori Ahmad Dalam Ucap Utama Wacana Intektual Pentaksiran 2017, Beliau sangat hebat dalam menerangkan tentang pentaksiran yang sedangkan berjalan di negara kita, dengan penjelasan beliau ini, maka minda ini lebih terbuka dengan pentaksiran VS peperiksaan. Diharapkan agar pentaksiran ini dapat diterima oleh semua pihak. 

Hati ini cepat tersentuh dan tertangkap ayat-ayat yang begitu mendalam maksudnya. semua orang telah tertulis di Loh Mahfuz... rezeki, jodoh dan ajalnya. jadi kita sebagai hambanya cubalah mengumpul sebanyak-banyak kebaikan agar menjadi bekalan di sana nanti. 

Dari segi amanah... antara perkerjaan yang sangat menyentuh perasaan bagi diri ini ialah golongan pendidik dan juga yang bekerja sebagai jururawat.

Secara peribadi... mereka ini semua antara insan yang sangat istimewa serta pekerjaan yang mempunyai saham di akhirat kelak. Amanah yang diberikan kepada mereka juga sangat berat dan besar... cuba lihat guru yang mendidik kini penuh cabaran dimana mereka ini lah golongan yang membangunkan modal insan serta arkitek yang  memastikan satu bangsa dan  satu tamadun akan terus gemilang.

Bagi golongan nurse pula, teringat dulu ketika menjaga arwah ayahanda tercinta di dalam hospital melihat kegigihan dan kesabaran mereka, hati tersentuh... merasakan diri ini tidak segigih dan sesabar mereka melayan dan menjaga pesakit sebaik mungkin. Terpancar wajah keikhlasan menjalankan amanah yang telah diberikan tanpa mengira masa.  








  

Sunday, January 22, 2017

Perjalanan hidup ini sesuatu yang tidak dijangka

Assalamualaikum...


Perjalanan hidup ini sesuatu yang tidak dijangka... ada kala kita diduga sehinggakan kita hampir tersasar dari landasan yang ada... tetapi semua itu sesuatu yang sangat hebat!!!


Allah telah mengatur semuanya sebaik mungkin, walaupun kadang kala kita merasakan dugaan itu sangat pedih dan berat untuk ditanggung... tetapi semua yang berlaku pasti ada khidmah yang tersembunyi tanpa kita sedari.


Thursday, January 19, 2017

Dato Dr Fazilah Kamsah

Salam jumaat....

Bangun pagi ini minda direset untuk menjadikan hari jumaat penghulu segala hari ini... sebagai hari yang sangat cemerlang dan membahagiakan.... insyallah.

Kepada semua... didoakan agar kalian dalam keadaan tenang menjalani kehidupan dan kita sama-sama mendapat manafaat di atas keberkatan hari jumaat ini.

Kepada yang insan-insan yang tersayang dan dicintai... tiada apa yang boleh diberikan melainkan doa dan harapan agar kita menempuhi hari ini dengan aman dan dan bahagia...

Teringat kata-kata Dato Dr Fazilah Kamsah " untuk menjadi manusia yang lebih baik pada hari ini, kita perlu selalu mendoakan orang yang berada disekeliling kita tidak kira orang yang kita sayang atau musuh kita"... Insyallah










Wednesday, January 18, 2017

Assalamualaikum semua..

Post kali ini dibuat pada awal pagi yang sunyi dan tenang sekali. Alhamdulillah.... Allah memberi peluang dan ruang untuk diri ini menjadi khalifah di bumi ini pada hari ini.

Minda telah pun di reset agar hari ini akan ditempuhi dengan suasana bahagia dan membahagiakan. Supaya kerja dan hubungan antara satu sama lain akan lebih baik.

♡ Semoga hari ini menjadi lebih hebat dari hari semalam...

♡ Semoga pagi ini lebih baik dari hari semalam...

♡ Semoga jadual hidup hari ini lebih tersusun dari hari semalam...

♡ Semoga hubungan yang terjalin hari ini lebih erat dari hari semalam...

♡ Semoga rasa kasih sayang dan cinta ini lebih kuat dari hari semalam...

Ayuh semua kita mulakan hari ini hari khamis 19hb Januari 2017 ini akan menjadi hari yang terbaik untuk kita semua

Insyallah...






Tuesday, January 17, 2017

17/1/2017 bersamaan 18 Rabiulakhir 1438 H

Assalamualaikum...

Alhamdulilah... permulaan tahun ini banyak berita yang menggembirakan, diharapkan akan terus bahagia dan gembira sampailah ke akhir tahun... Insyallah. Antara berita yang tidak disangka ialah pada 17/1/2017 bersamaan 18 Rabiulakhir 1438 H hari selasa... salah sebuah Universiti ternama di Malaysia telah memberi tawaran untuk menjadi salah seorang tenaga pengajar di sana... inilah yang dikatakan rezeki.

Kalau diimbas kembali, dari menjadi pelajar di sana dan kini menjadi pula sebahagian warga pengajar pula, memang ini dinamakan jodoh.




Selepas ini banyak masa akan dipenuhkan dengan mencari dan membaca sumber dan kajian yang telah dibuat untuk persediaan sebelum masuk ke bilik kuliah. Walaupun sebelum ini pernah memberi taklimat dan ceramah kepada individu yang lebih berumur dan berpengalaman tetapi kali ini gementarnya sangat berlainan... kerana bakal pelajar dari pelbagai latarbelakang.


Teringat masa menjadi pelajar universiti dahulu, memang semua pensyarah yang mengajar akan ada kategorinya... hihihi. Ada pensyarah yang menjadi kesukaan pelajarnya, ada juga yang suka berlawak dan ada juga yang sangat cerewet... inilah yang dinamakan banyak orang banyak ragam  

Kepada semua yang mengenali diri ini, doakanlah semoga dapat menjadi pendidik yang terbaik dan disenangi oleh semua pelajarnya, Insyallah... rezeki yang diperolehi akan dikongsi bersama dengan insan-insan tersayang dan dipermudahkan untuk semua urusan. 


Aaminn






   

Monday, January 16, 2017

Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas


Assalamualaikum...

Sesungguhnya rezeki Allah itu sangat luas

Bukan setakat rezeki dalam bentuk duit sahaja tetapi rezeki dalam bentuk kesihatan, kelapangan masa, kasih sayang, dicintai dan mencintai, kemudahan, keluarga yang kita tak terhitung banyaknya dari Allah untuk seisi alam ini.





Rezeki yang dianugerahkan ini, sentiasa diingatkan dalam diri bukan untuk kita seorang sahaja, tetapi untuk dikongsi bersama, bersama semua yang tersayang... 
ketika menulis untuk post ini hati berasa sangat bahagia dan gembira disamping orang-orang yang tersayang dan ini juga merupakan satu bentuk rezeki yang telah dikurniakan. 
Alhamdulilah 

kepada semua yang selalu singgah membuka Blog ini, terima kasih diucapkan,
semoga kalian semua dianugerahkan juga rezeki yang melimpah ruah dan bahagia disamping orang-orang yang membahagiakan.









Sunday, January 15, 2017

Dalam hidup ini penuh dengan dugaan

Assalamualaikum...

Dalam hidup ini penuh dengan dugaan... tidak kiralah dugaan yang diberikan oleh Allah SWT sama ada dalam bentuk baik atau buruk dan dugaan ini diberikan kepada semua tidaklah jauh melampaui dari batas kemampuan seseorang.

Contohnya ada yang diduga dalam menjalani kehidupan, kewangan, hubungan dan sebagainya. Semua itu terpulang kepada kita cara untuk menguruskan dan menyelesaikannya.

Dugaan dalam satu hubungan, lebih kepada cara pasangan masing-masing tersebut menangani, pasti kedua pihak ada egonya, tetapi satu-satu konflik boleh dapat diselesaikan jika kedua-dua pihak dapat menurunkan sedikit ego masing-masing. Kenanglah selalu saat manis bersama dan memori indah tercipta yang tidak dapat dilupakan. Semua itu azimat untuk diingati ketika saat-saat sukar bergini.

Ya la... diakui bahawa warna dalam satu hubungan perlu samada ketika senang atau susah dan sebagainya.  jika dalam satu hubungan hanya statik sahaja sehinggakan ia menjadi hambar dan akhirnya.... mmmm, itu yang kita tidak mahukan. Insyallah didoakan kepada semua.... agar dalam hubungan kita akan sentiasa kukuh dan erat.. walaupun di duga bagaimana hebat sekalipun... insyallah...







Thursday, January 12, 2017

Sinar FM

Assalamualaikum...

Ketika balik dari pejabat semalam, antara siaran radio yang biasa dibuka untuk mengurangkan stress seharian lelah berkerja ialah Sinar FM, sedang asyik memerhatikan lampu isyarat... tiba-tiba lagu yang merasakan sangat menyentuh perasaan ini diputarkan, lagu apa?....

Kalau sekali imbas memang ia dituju khas kepada sang kekasih. tetapi kalau difikir skop yang lebih luas, nampak lagu ini juga boleh ditujukan kepada keluarga kita dan juga kepada Sang Pencipta.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degup jantung
Aku selalu memikirkan mu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkan mu


Terasa sangat menyentuh perasaan dengan lirik yang tinggi nilainya serta muzik yang membuai perasaan sehingga kita tidak jemu mengulang dengarnya. satu yang boleh kita belajar dari lagu ini ialah lagu yang berkisar dengan kehidupan di dunia ini yang ada suka, ada duka, ada tawa, dan ada tangisnya. 


Dikala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


Kepada insan yang dikasihi dan disayangi, diri ini tidak minta lebih... tetapi hanya meminta sedikit rasa kasih sayang dan perhatian.  bait-bait lagu ini sangat kena dengan apa yang dirasai ketika menulis kali ini.  






Wednesday, January 11, 2017

kita bahagia dan saling membahagiakan

Assalamulaikum...


Hati ini terasa tersentuh apabila terkenang balik perjalanan hidup ini yang dipenuhi dengan kasih sayang dan cinta. insan-insan yang menghiasi perjalanan hidup diri yang serba kekurangan ini...


Untuk  insan yang dikasihi dan disayangi... tanpa anda semua diri ini pasti rebah ketika mengharungi dugaan hidup ini... anda la sumber aspirasi dan menjadi azimat dalam hidup ini. Mati hidup semula kita tetap akan bersama.

Untuk adik beradik semua... darah yang mengalir dalam tubuh kita merupakan simbol bertapa kuat hubungan ini dan ia tidak akan putus sampai bila-bila... insyallah kita pasti akan berjumpa di akhirat kelak.

Untuk ahli keluarga sedara mara sepupu semua.... walaupun kita pelbagai ragam pelbagai kepala, tetapi.... kita dari keturunan yang sama.... jarak antara kita sering merasakan jauhnya hubungan ini....tetapi apabila sesekali berjumpa... memang riuh bercerita.

Untuk sahabat semua... kalian sentiasa ada untuk memberi sokongan dan membantu ketika perlu.... ukhwah ikhlas yang terjalin ini semoga dirahmati.

Untuk rakan sekerja... yang sentiasa ceria dan sering membantu tanpa mengira wang ringgit dan masa.... semoga hari ini kita sama-sama akan menjadi pekerja yang lebih cemerlang dan produktif.

Untuk yang mengenali diri ini.... tetapi diri tuan punya badan sahaja yang tak mengenali anda semua... maaf dipinta... semoga kalian senang mengenali diri yang tidak sempurna ini.

Maaf dipinta jika diri ini tidak menjadi insan terbaik dalam diri kalian semua.... semoga kita bahagia dan saling membahagiakan. Insyallah...




Monday, January 9, 2017

Bonda ku

Assalamualaikum...

Setiap pagi antara rutin wajib yang biasa dilakukan semasa ke pejabat ialah menghubungi bonda yang tercinta. satu-satunya wanita yang banyak berkorban demi anaknya yang satu ini.... huhuhu.  wanita yang banyak berkongsi kisah suka duka dalam mengharungi hidup ini. Insan yang ikatannya tidak akan putus sampai bila-bila sehingga di akhirat kelak.


Bagi yang masih mempunyai mak dan ayah jagalah mereka sebaik mungkin, jikalau mereka tiada nanti janganlah sampai kita tercari-cari apa sumbangan bakti kita kepada mereka. Walau banyak sekalipun sumbangan kita kepada mereka, masih tidak memadai apa yang telah mereka berikan kepada kita semua... kasih sayang dan cinta, ibarat kebaikan kita umpama setitik nila di dalam lautan tidak memadai seperti mana yang telah mereka curahkan.




Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Ahqaaf ayat 15:

Taksirnya: "Dan Kami perintahkan kamu bebruat baik kepada kedua ibu bapanya."

sebagai seorang anak, kita hendaklah mengutamakan ibu bapa kita berbanding orang lain. Ini kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas Allah SWT dan RasulNya. Ketahuilah jika ibu bapa Redha kepada anaknya maka Allah SWT akan Redha kepadanya. sebaliknya jika ibu bapanya kecil hati atau marah kepada anaknya maka Allah SWT juga akan murka kepada anak tersebut



Buat Bonda ku tercinta Dunia dan Akhirat selagi kami ada... perjalanan hidup mu akan dihiasi dan diwarnai dengan rasa gembira, tenang dan bahagia selalu... itu janji anakmu ini... Insyallah.  







Ilmu merupakan kuasa yang terhebat

Assalamualaikum...

Ilmu merupakan kuasa yang terhebat yang boleh mengubah dunia dan perjalanan hidup seseorang.
Dengan ilmu seseorang dipandang tinggi...
Dengan ilmu kita akan merubah taraf hidup kita agar lebih baik...
Dengan ilmu juga akan menjadikan sebuah negara berkuasa...





Selalu dalam perjalanan balik ke kampung... lalu di lebuhraya akan lalu kereta yang besar-besar, anak-anak akan menjerit... wahhh!!! cantiknya kereta tu ayah... masa itulah sedikit motivasi diberikan kepada mereka dengan harapan agar mereka sedar bertapa pentingkan kita menuntut ilmu setinggi yang boleh. 

Saya akan kaitkan tentang jika kita mempunyai ilmu kita akan memperolehi kerja yang baik dan bila kita ada kerja yang baik, maka kita akan mendapat gaji yang banyak, dan apabila kita mempunyai gaji yang banyak maka kita berkemampuan untuk memiliki apa saja termasuk bulan dan bintang di angkasa... hihihi.




Untuk anak-anak ayah... ayah mengharapkan kamu semua menjadi insan yang berilmu dan boleh dimanafatkan terutama untuk dunia mahupun akhirat... bagi ayah cukup la ilmu yang ayah perolehi untuk dijadikan semangat dan pemangkin untuk kamu semua. Sekarang sampailah masa giliran kamu semua untuk mencari ilmu... carilah setinggi yang boleh. Ayah akan doakan... Insyallah






Sunday, January 8, 2017

Aku bukanlah seorang yang hebat, tetapi aku ingin belajar dari orang yang hebat-hebat.

Assalamualaikum semua...

Pagi ini ketika memandu ke tempat kerja, tiba-tiba teringat insan-insan tercinta... terasa diri ini masih banyak yang perlu dilakukan untuk menjadi seorang insan yang bahagia dan membahagiakan, Rasa sangat-sangat bersyukur dengan apa yang telah dikurnaikan oleh Allah dari segi kesihatan, rezeki dan juga orang-orang tersayang. kata-kata bonda yang sentiasa terpahat di hati sentiasa menjadi pedoman. "Bahagiakan lah orang diseliling kita... insyallah hidup kita akan bahagia juga...".   

"Aku bukanlah seorang yang hebat, tetapi aku ingin belajar dari orang yang hebat-hebat,
aku hanyalah orang yang biasa tetapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa, 
dan 
aku bukan lah orang yang istimewa tetapi, aku ingin menjadi seorang yang istimewa".

Ya... kita manusia biasa yang banyak kekurangan dan kelemahan, tetapi kita boleh menjadikan diri ini sesempurna yang boleh dalam hubungan kekeluargan, dalam hubungan silaturahim antara manusia dan juga sesempurna dalam memberikan kasih sayang dan cinta.

Tiada yang diharapkan selain, bahagia  disamping yang tercinta dan tersayang... 





Thursday, January 5, 2017

setia itu mahal

Assalamulaikum...

Ya Allah semoga sahabat-sahabat ku selamat di dunia dan diakhirat seperti mana kata Dato Dr Mohd Fadilah Kamsah pagi ni bersiaran di Sinar FM bahawa doa dari sahabat untuk sabahatnya sangat makbul... insyallah

Baru tadi juga berita diterima yang seorang sahabat sedang dalam kesedihan yang teramat kerana telah terlerai ikatan yang sah..berpunca dari tiada kesetiaan dalam hubungan. huhuhu...

Sabar banyak-banyak sahabat... Allah menduga hambanya dengan ujian yang hambanya mampu mengatasinya.... sebab kita mampu mengatasinya maka kita diuji...

Kesetiaan dalam hubungan merupakan kunci utama dalam satu ikatan. walau bagaimana kita jaga pasangan kita sekalipun. Contohnya kita tahu ke mana dia pergi, apa yang dia buat, apa yang dia inginkan... kalau dia nak curang atau mencari orang lain... boleh sahaja kan...






Bagi pasangan yang bahagia kini... jagai hubungan anda, bila hati telah pudar rasa sayang dan cinta.... pasti perpisahan yang perit akan berlaku.


Satu ayat di ambil dari blog negara jiran kita yang saya rasa sangat mendalam maknanya...




Wednesday, January 4, 2017

Solat Dhuha

Assalamulaikum...

Hari ini terasa sangat tenang dan bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada diri ku, terutamanya dikelilingi oleh orang tersayang dalam hidup ini.

Mungkin kerana kesan daripada Solat Dhuha yang dibuat kali pertama tahun baru 2017 ini. kalau bab solat sunat ini kalau diikutkan kita yang mengaturnya... nak tak nak sahaja melakukannya kerana tak la lama sangat... tapi kesan daripada solat ini... sangat-sangat terasa terutama dari segi hati menjadi sangat tenang dan aman...Subhanaallah

Di sini dikongsi kelebihan mengerjakan solat Sunat Dhuha yang rata-rata antara kita dah tahu... sama-sama kita mendapat manafaatnya. Insyaallah









Monday, January 2, 2017

Nur Muhammad

Assalamulaikum.

Buat kali pertamanya hantar anakanda bongsu ke sekolah. semasa perjalanan hati ini sentiasa berdoa agar Nur Muhammad akan menjadi seorang anak yang bijak dan dengan kebijaksanaan beliau nanti mudah-mudahan dapat membantu bangsa, agama dan negara.

Ayah sebagai seorang bapa sentiasa berdoa agar semua anak-anak ayah selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat.




Untuk anak-anak ayah...

Assalamualaikum..

Rasa syukur yang amat sangat kerana masih diberi kesempatan untuk melihat cinta hati iaini anak-anak membesar di depan mata. Melangkah sahaja masuk tahun 2017 ini bermakna berganjak setahun umur kita. Terasa masih banyak lagi benda yang belum tertunai pada tahun lepas perlu ditunaikan. Insyallah...

Untuk anak-anak ayah...

Ayah doakan kamu semua akan dilimpahi rahmatNya dengan...

Menjadi anak yang soleh dan soleha,
Rezeki yang melimpah,
Kesihatan yang berpanjangan,
Kebahagian yang berkekalan,
Dipermudahkan menerima ilmu pelajaran, dan ditetapkan imannya.

Walau apapun dugaan yang datang pada tahun ini, ayah akan kuat melindungi kamu semua, kita akan tetap bersama-sama hingga keakhir hayat.

Kerana kamu semua, hari ini ayah masih kuat...


19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...