Wednesday, January 11, 2017

kita bahagia dan saling membahagiakan

Assalamulaikum...


Hati ini terasa tersentuh apabila terkenang balik perjalanan hidup ini yang dipenuhi dengan kasih sayang dan cinta. insan-insan yang menghiasi perjalanan hidup diri yang serba kekurangan ini...


Untuk  insan yang dikasihi dan disayangi... tanpa anda semua diri ini pasti rebah ketika mengharungi dugaan hidup ini... anda la sumber aspirasi dan menjadi azimat dalam hidup ini. Mati hidup semula kita tetap akan bersama.

Untuk adik beradik semua... darah yang mengalir dalam tubuh kita merupakan simbol bertapa kuat hubungan ini dan ia tidak akan putus sampai bila-bila... insyallah kita pasti akan berjumpa di akhirat kelak.

Untuk ahli keluarga sedara mara sepupu semua.... walaupun kita pelbagai ragam pelbagai kepala, tetapi.... kita dari keturunan yang sama.... jarak antara kita sering merasakan jauhnya hubungan ini....tetapi apabila sesekali berjumpa... memang riuh bercerita.

Untuk sahabat semua... kalian sentiasa ada untuk memberi sokongan dan membantu ketika perlu.... ukhwah ikhlas yang terjalin ini semoga dirahmati.

Untuk rakan sekerja... yang sentiasa ceria dan sering membantu tanpa mengira wang ringgit dan masa.... semoga hari ini kita sama-sama akan menjadi pekerja yang lebih cemerlang dan produktif.

Untuk yang mengenali diri ini.... tetapi diri tuan punya badan sahaja yang tak mengenali anda semua... maaf dipinta... semoga kalian senang mengenali diri yang tidak sempurna ini.

Maaf dipinta jika diri ini tidak menjadi insan terbaik dalam diri kalian semua.... semoga kita bahagia dan saling membahagiakan. Insyallah...




No comments:

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...