Monday, May 17, 2021

"Aku ibu, kau anak tak ikut cakap aku... Neraka jawabnya!"

Assalamualaikum semua...

Walaupun sudah 5 Syawal, tidak terlambat kiranya saya mengucapkan Selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya... Semoga kita terus diberkati dengan menjalani kehidupan dengan tenang dan bahagia disamping keluarga tercinta.

Hari ini saya ingin berkongsi luah rasa mengenai seorang ibu yang keluar kata anak-anak mengabaikannya sehingga terpaksa duduk di rumah orang tua... sampai masyarakat mengeluarkan kata hina kepada anak-anaknya yang tidak tahu apa berlaku sebenarnya... tetapi apabila telah keluar kenyataan dari ahli keluarga bagaimana sebenar perangai mak mentuanya... barulah semua sedar... 

Dari mula saya tertarik kisah ini kerana saya melihatkan kini ramai sudah ibu yang berada di luar sana suka menerakakan anak masing-masing!!!, hakikatnya kelompok ibu begini sebenarnya yang paling sayang anak semasa kecil!!... inilah kenyataan, ramai yang sedar tetapi tidak pernah dinyatakan secara umum kerana berpegang status ibu yang sangat tinggi darjatnya... sehinggakan secara mudah/senang jenis ibu ini keluar kenyataan "aku ibu, kau anak tak ikut cakap aku neraka jawabnya!"... "aku ibu... apa kau orang tau!", "aku doakan kau tidak akan bau pintu syurga!".... semata-mata memaksa anak patuh dan menghalalkan segala perbuatannya walaupun salah!.

Bagi pihak anak-anak pula...  cuba kita pikir secara rasional... mereka bukan malaikat yang patuh dan penyabar.. hanya manusia biasa seperti kita semua... kadang kala rasa tidak puas hati, kecik hati, marah, sedih, kecewa apabila diperlakukan, dihendik, dihina, diejek dan ada sampai anak bercerai berai kerana sang ibu... tidak dipatuhi Neraka jawabnya!!... 

Pastinya anak-anak cuba berlapang dada, sudah dipujuk hati, berdoa setiap hari kerana kita sedar status ibu tu dimana dalam agama... tetapi anak-anak ini sudah kering hati, merajuk hati sehinggakan sudah tidak mahu ambil tahu ibu mereka... dan saya percaya rasa ini timbul bukan sehari dua tetapi apa yang berlaku memakan masa yang sangat lama... bertahun-tahun!...  Penderaan secara mental sebenarnya lebih sakit dan perit... masyarakat di luar kena paham, kita tidak berada di tempat mereka yang mempunyai ibu kejam sebegini... beruntunglah sesiapa yang mempunyai ibu yang sangat penyayang, utamakan didikan agama dan masih menegur jika anak membuat kesalahan...

Saya juga mempunyai anak yang akan berumah tangga nanti... apabila mereka besar perlu ingatkan mereka bahawa ilmu berumah tangga itu sangat penting dalam melayari kehidupan suami isteri... sebagai ibu bapa berdoalah semoga anak-anak hidup aman dan bahagia membina keluarga masing-masing... cukuplah masalah mereka sendiri jangan dibeban dengan perangai dan masalah kita pula....dan jangan la kita jadi penyokong kuat/punca yang meruntuhkan rumah tangga mereka... atas alasan melindungi dan sayangkan anak sehingga terlupa dimana kedudukan isteri disamping suami sedangkan ibu bapa sebegini lah yang paling kejam dalam diam!

Apa-apa pun semua yang berlaku.. hanya Dia sahaja yang maha mengetahui.. sebagai seorang hamba yang hanya hidup di dunia tidak lama... diberi akal dan hati untuk timbang baik buruk.




 


19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...