Wednesday, September 29, 2021

TEPUK DADA TANYA SELERA...

 ASSALAMALAIKUM...

Sebenarnya dah lama hobi ini terpendam disebabkan banyak sebab.. antaranya fokus belajar, komitmen kerja dan sebagainya, tetapi apabila dalam keadaan yang memaksa kita semua hanya beriadah di dalam negeri dan elakkan dari kawasan yang bersesak-sesak saya merasakan aktiviti camping merupakan aktiviti yang terbaik untuk saya meluangkan masa bersama anak-anak.

Saya mula mengumpul barang-barang camping sedikit demi sedikit, kalau nak beli sekali gus memang la tak mampu... banyak yang saya beli barang-barang secara online dari shopee dan lazada kerana harga yang berbaloi dan juga lebih selamat kerana semuanya berada dihujung jari kita sahaja... atas katil pun boleh shoping... hihihi.



Banyak blog dan web camping saya layari dan baca untuk jadikan panduan dan menambahkan ilmu tentang dunia camping. setakat ini dah beberapa kali saya bawa anak-anak pergi tepi pantai untuk merasa pengalaman camping, seronok dan merasa tenang... masak, berborak dan mandi laut kenangan yang saya sengaja cipta untuk anak-anak semua... dengan harapan semoga apabila saya telah tiada kelak mereka akan buat benda yang sama bawa cucu-cucu saya kelak... "dulu atok, bawa ayah pergi camping sama macam mana ayah bawa awak semua sekarang"... Insyallah 



Banyak lagi sebenarnya barang camping yang masih belum ada.. tetapi part basic semuanya sudah cukup... dan apabila melihat kawan-kawan bercerita tentang carvan mula lah terbayang kalau ada carvan sendiri syok ni dapat keliling satu Malaysia tanpa perlu cek in mana-mana hotel... hihihi. Saya percaya satu hari nanti trend bercuti dengan menggunakan carvan ini pasti popular. sekarangpun dimana-mana sahaja trend khemah kita nampak di tepi-tapi pantai berbanding dahulu.

Kalau ditanya apa yang seronoknya camping ini... saya akan jawab yang utama ialah kerana seronok dapat masa bersama keluarga .... disamping kita dapat belajar tentang ilmu survival dan dekat dengan alam... saya selalu impikan semua anak-anak duduk keliling unggun api sambil masing-masing bercerita pada waktu malam sambil panggang ikan atau minum teh panas... alangkah bahagianya ketika itu... bagi saya sekarang masanya kita sendiri mencari aktiviti yang selamat untuk kita sekeluarga selain duduk dirumah sahaja, banyak lagi aktiviti bukan sahaja camping... tepuk dada tanya selera. 

DUNIA BARU LEMBARAN BARU ILTIZAM BARU CERITA HIDUP BARU...

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini buat kali pertamanya saya menulis blog ini dari pejabat yang baru dan suasana yang baru... rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana limpah rahmatnya saya dapat beralih angin dari sektor yang menguruskan bahan-bahan sulit kepada urusan pentadbiran sumber bakat manusia. 

Saya masuk ke dalam keluarga besar yang mempunyai staf seramai 23 orang dengan pelbagai ragam dan gaya. lebih besar dari yang sebelum ini hanya 10 orang tetapi tidak semestinya keluarga besar ini hubungannya tidak erat... dari segi pengamatan saya, mereka lebih menjaga hubungan kekeluargaan kerana mereka sedar bahawa suasana erat itulah yang akan mengwujudkan satu organisasi lebih kuat dan bersatu.

Saya melangkah bukan membawa semangat semata-mata tetapi juga dibawa sekali dengan jiwa dan hati bersama bekerja dalam keluarga baru ini... semoga semua yang baik dari tempat lama akan dijadikan panduan manakala yang kurang manis akan disimpan jadi kenangan sampai bila-bila.

Doakan saya semoga dapat mentadbir dan pekerja yang menyenangkan semua pihak dan ikhlas dalam menjalankan ibadah ini... Insyallah




Monday, September 27, 2021

LAYAK ke... JaDi PeMimPin

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Semoga hari-hari anda semua diberkati dan bahagia menjalani kehidupan... Insyallah. kadang-kadang kita mempunyai kehidupan yang hampir tenang... ada anak-anak yang sedang membesar, aset-aset yang cukup buat hidup lebih sempurna, dan hubungan sosial yang sangat baik antara jiran-jiran dan rakan sekerja... tetapi ya la... Allah akan memberi dugaan kepada setiap insannya dengan pelbagai bentuk dan cara antaranya dugaan kesihatan, dugaan pasangan kita, dugaan di tempat kerja dan sebagainya.

Disini saya ingin menyentuh dugaan di tempat kerja dimana hubungan kita dengan bos yang tidak baik, sentiasa keruh dan lost communication... saya akan melihat perspektif sebagai seorang pekerja bawahan... kerana sebagai seorang pekerja perlu sentiasa melihat siapa peneraju organisasi.... jika kita mempunyai seorang bos yang baik, memahami dan profesional... alangkah seronoknya kita bekerja dan semua sasaran kerja tahunan akan tercapai dengan jayanya... tetapi jika berada dibawah pimpinan bos yang sangat bermasalah maka tak banyak sedikit ia akan mengganggu kehidupan semua orang dalam organisasinya

Saya pernah sahaja bekerja dengan pemimpin yang terbaik, dedikasi dan ciri seorang pemimpin yang selayaknya... jujur sampai sekarang saya masih mengingati cara beliau bekerja dan ia menjadi ikutan semua orang yang pernah bekerja dibawahnya... tetapi ada juga yang bekerja dengan orang yang tidak layak dipanggil ketua... sangat-sangat mengikut perasaan... dendam kesumat dalam hati disimpan sehinggakan mencari kesalahan semua pekerjanya... apabila masalah disiasat untuk dibaiki... didapati hanya kerana stafnya bergambar antara ketua dengan kerani bawahannya (pastinya bergambar dalam keadaan bersopan dan bukan bercium bagai) dan gambar beramai2 dalam majlis organisasi contohnya sambutan hari raya... dan gambar mereka dicrob disimpan untuk tujuan menyakitkan hati dan merendah-rendahkan maruah orang.

Ini belum lagi kes dimana staf dimarah dan ditegur di depan orang ramai, tanpa sedikitpun rasa kasihan dan sebenarnya dia menampakkan kelemahan kepimpinan diri sendiri (boleh sahaja panggil berjumpa menegur dengan cara profesional)... tetapi menegur dengan rasa ego yang terlalu tinggi. sehingga hilang rasa hormat semua staf... jangan ingat apabila kita dilayan oleh staf dengan baik selepas itu ia telah melupakan apa yang dilakukan... memaafkan boleh tetapi melupakan tidak sama sekali...

Lost communication... masalah ini sangat bahaya jika wujud dalam satu organisasi antara ketua dan staf... semua arahan oleh ketua ada pula orang tengah yang akan menyampaikannya... semua kerja menjadi carca marba dan output yang tidak baik dan gerak kerja menjadi pincang.

Bos menjadi stalker wasupp semua stafnya (dah tiada kerja dan saje nak cipta kesalahan pekerjanya) ... part ini saya merasakan sebagai seorang pekerja ia sudah sampai tahap melampau, mengganggu privacy stafnya... bila online bila offline... staf yang last seen,setiap hari pada pukul 5.00 pagi, 12.30 tgh malam terus dituduh sebagai tidak baik dan ada scandal... sedangnya ketua inilah yang bermasalah sebenarnya (masalah pada hati dan jiwanya sakit)... ingatlah ya... kita jangan mencari kesalahan sehingga menimbulkan fitnah...kerana kita ada anak-anak yang sedang membesar dan meningkat remaja... jangan sampai apa yang difitnah kita akan terpalit oleh perangai anak-anak kita pula... ketika itu dimana nak letak muka....

Sehinggakan apabila staf bersua topik utamanya ialah apa masalah bos buat hari ini... bukannya perbincangan berkaitan kerja... kalau orang luar melihat dan membacanya nampak macam stafnya la teruk mengumpat bos setiap hari... sedangkan kita manusia ada perasaan dan hati...  siapa yang tidak stress apabila setiap hari dicari kesalahan, menyakit hati setiap kata dan arahan yang keluar dari mulutnya (menyindir dan cakap lepas menjadi identitinya)... pasti semua rasa stress... kita perlu salurkan supaya tidak sampai satu tahap akan menyebabkan keluar tindakan tidak sepatutnya...





19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...