Thursday, June 7, 2018

MISI MENCARI BAJU RAYA...

Assalamualaikum...

Kali ini saya akan bercerita tentang pengalaman berbelanja kelengkapan raya di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)... memang sangat meriah setiap tahun bila tiba menjelang hari raya... bayangkan hotel yang saya menginap penuh begitu juga dengan hotel-hotel yang lain... sedaya upaya saya akan mencari hotel yang berdekatan kerana tidak perlu menempuh jem, kami hanya jalan kaki sahaja... dan saya memang tidakkan menginap di mana-mana hotel lebih dari sekali... inilah perangai saya walaupun hotel yang sama masih mempunyai bilik kosong... ialah ingin merasai suasana dan servic hotel yang berlainan.

Disebabkan kesesakan lalulintas yang teruk agak lambat kami sampai di Summit Hotel kerana anak-anak ingin pergi ke GM Klang dahulu... mencari barang di sana.. sampai hotel dalam pukul 3.30 petang dengan terpaksa pula menunggu hampir 30 minit kerana ramai yang mendaftar masuk... selepas menerima kunci, baru lah kami dapat masuk ke bilik... rehat dalam 1 jam kami terus keluar meninjau gerai di bangunan Mara dan sekitarnya... 

Memanglah, sesiapa sahaja pasti mengakui bahawa baju-baju di sini lebih banyak pilihan berbanding di tempat lain... hanya perlu sediakan kewangan yang mencukupi barulah dapat berbelanja dengan selesa...  sebelum kami ke jalan TAR, sampai waktu berbuka seperti yang dijanjikan pada entry sebelum ini, inilah peluang kami merasai berbuka beramai-ramai di sini... selesai mencari makanan di sekitar Sogo dan Pertama Kompleks, kami pun duduk menunggu berbuka puasa.. pengalaman yang sangat berbeza dan menyeronokkan. berbuka di atas jalan raya!










Selepas Solat Maghrib kami terus kan misi mencari kelengkapan raya... alhamdulilah hampir semua dapat yang diinginkan...  dan memang dari segi harga diakui agak tinggi tetapi saya merasa berbaloi kerana pilihan yang sangat banyak hingga rambang mata ni... akhirnya saya sendiri dapat membeli dua baju melayu rasa sangat memenuhi citarasa saya dan secara rasmi warna tema baju raya pertama kami pada tahun ini ialah warna pupple... 

Meriahnya suasana di sini ialah adanya live band atau buskes yang banyak di sepanjang jalan... memang sangat-sangat meriah dengan jerit pekik dari anak-anak muda mempromosikan barangan masing-masing... macam-macam gaya. dalam pukul 11.00 malam baru kami pulang ke hotel itupun bila kaki masing-masing mulai sengal... 



Esok paginya kami sekali lagi ke jalan TAR untuk cuci mata di mana saya masih mencari butang baju melayu. lebih kurang 2 jam kami merayau... Mohd dan Yaya mula merungut letih berjalan barulah kami balik ke hotel untuk siap-siap cek out dan masuk sahaja tol sungai besi orang rumah minta singgah di Nilai 3... katanya saja mencari alas meja jika ada... ke Nilai 3 kami pula...hihi.

Alhamdulilah, kami selamat sampai ke Melaka pukul 5.00 petang dan kami terus singgah ke bazar membeli juadah berbuka... melihat wajah anak-anak gembira dengan semua telah disediakan hati terasa puas... bukan harga satu barang itu yang saya ukur tetapi nilai kekeluargaan dan kebahagian anak-anak yang saya utamakan.





















19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...