Wednesday, May 23, 2018

WARNA BAJU MELAYU SAMA TEMA...

Assalamualaikum...

Catatan ini dibuat ketika umat islam di Malaysia sedang menjalani ibadah puasa pada hari ke 7 Ramadhan sungguh cepat masa berlalu dan pastinya bulan Puasa ini masa yang ditunggu-tunggu ialah ketika berbuka puasa tanya siapa sahaja yang berpuasa nikmat pasti mereka rasai ketika berbuka puasa. bagi saya puasa merupakan masa untuk kita semua duduk makan bersama sekeluarga jika selama ini kita amat sukar mencari masa yang sesuai untuk bersama dalam satu keluarga ini lah masanya... 

Ketika ini lah saya akan bertanya dengan semua anak-anak masalah mereka di sekolah, selain dengan siapa mereka berkawan sekarang, perkembangan pelajaran mereka serta ingatan dan nasihat yang boleh diberikan sambil menjamu selera... mungkin ada sesetengah keluarga ketika makan hanya untuk makan sahaja tetapi bagi saya itulah waktu untuk saya mendekati anak-anak.

Seperti biasa Adam ditugaskan untuk membaca doa makan, Yasmine ditugaskan untuk membantu menyediakan juadah setiap kali berbuka puasa, Yaya pula mengemas semua makanan selepas selesai makan dan Mohd ditugaskan mengatur pinggan dan cawan ketika berbuka puasa... sedikit tanggungjawab untuk mereka supaya mereka tahu pentingnya peranan mereka di dalam keluarga ini. Ketika saya kecil juga dulu semua kami 5 beradik mempunyai tugas masing-masing yang telah ditetapkan oleh mak... itulah juga yang saya praktik ke atas anak-anak. 

Tahun ini... Insyallah semua telah bersetuju untuk ke area Masjid India dan di Sogo  membeli kelengkapan hari raya seperti mana tahun lepas... warna baju melayu kali ini saya turutkan permintaan anak-anak untuk memakai baju yang sama tema warna... warna apa? masih lagi mencari-cari... terutama melihat baju kurung Yasmine dan Yaya yang sukar untuk dicari... maknanya baju mereka berdua dah di beli barulah kemudian mencari baju saya, adam dan mohd... 

Satu yang saya sangat seronok apabila ke KL mencari baju raya ialah kami berkesempatan berbuka puasa stail orang KL berbuka... kali pertama dulu saya agak terkejut melihat mereka berbuka puasa... mereka boleh berbuka dengan membentang tikar yang disediakan oleh pihak Pengurusan SOGO di tepi-tepi jalan... penuh duduk semua ketika berbuka... satu pengalaman bagi saya yang sangat berbeza dan menarik... tahun ini sekali lagi saya ingin merasai suasana berbuka di sana. nanti saya share kan suasana ketika berbuka di sana... Insyallah















Sunday, May 20, 2018

SHELL OUT

Assalamualaikum...


Hari ini saya nak bercerita tentang pastinya ada individu dalam adik beradik yang sangat aktif dan selalu banyak idea dia... betul tak?. Dia lah orang yang mengatur aktiviti jika telah lama masing-masing buat hal sendiri, dia lah juga orang yang banyak idea hinggakan adik yang lain kalau ada apa-apa akan rujuk dia, dia lah juga yang tidak berkira demi memastikan keluarga semua dapat berkumpul dan gembira... 

Saya rasa bersyukur kerana di dalam keluarga saya, ramai yang berperwatakan begitu... sehinggakan keluarga kami tidak lekang dengan aktiviti contohnya kami akan pastikan dapat berbuka bersama-sama adik beradik... dah berkumpul maka banyak lah cerita gurau senda dan gelak ketawa antara anak-anak buah dengan pakcik dan makcik mereka. 

Memang saya akan pastikan anak-anak akan rapat dengan pak cik-pak cik dan makcik mereka...  jangan nanti besar canggung segan untuk bertegur sapa dengan saudara rapat mereka. bulan puasa kali ini, kami baru mengadakan program berbuka bersama-sama dengan tema Shell Out kami dapat duduk berkumpul semua adik beradik yang pasti apabila melihat wajah mak sangat happy sambil riuh dia berbual dengan cucu-cucunya. 




Kalaulah arwah ayah ada pasti bertambah bermakna dan gamat dengan suara dia mengarah itu ini. mak teh beritahu ayah dah pernah rasa shell out ni... di rumah along ini juga lah kami makan bersama-sama sebelum dia sakit teruk selepas itu... walaupun begitu saya adik beradik berasa puas kerana arwah dapat merasa semua makanan yang dihajatinya... kami sanggup mencari apa saja untuk beliau walaupun ada makanan yang dia perlu berpantang... kata orang untuk membuang kempunan... Alfatihah untuk arwah ayah semoga beliau sentiasa tenang di bulan Ramadhan ini.

Sedikit gambar dikongsi bersama ativiti Shell Out pada bulan puasa 2018 ini.











Thursday, May 17, 2018

RAMADHAN SERIBU BARAKAH

Asalamualaikum...

Hari ni 18 Mei 2018 bersamaan 2 Ramadhan 1439 merupakan hari ke 2 kita umat islam menjalani ibadah puasa... begitu banyak azam ketika mejalani ibadah puasa ini... antaranya tidak akan tinggal sehari pun solat sunat Tarawih, mengurangkan perbelanjaan di bazar dan juga berazam untuk menurunkan sedikit berat badan yang saya rasakan telah bertambah... huhu.




Saya sangat mudah mengesan berat dan dan inci bertambah iaitu dengan melihat keselesaan saya memakai tali leher... jika saya rasa sempit ketika mengenakan tali leher itu menunjukkan saiz pinggan telah pun bertambah!!!... inilah peluang saya untuk mendapatkan kembali saiz pinggang saya... insyallah.

Langkah yang saya ambil ialah hanya bersahur dengan kurma dan susu sahaja... tetapi saya memberi kebebasan ketika berbuka... untuk memastikan badan saya mendapat zat yang mencukupi... selain pengambilan supliment tambahan.



Selain dari itu juga saya elakkan pengambilan nasi ketika berbuka puasa dan juga lebihkan air. cuma anak-anak semua telah paham yang ayah dia sangat suka makanan seperti begedel, kuih lopis dan air tebu... antara menu yang perlu ada ketika berbuka puasa.

Pada kali ini juga, Nur Muhammad diminta untuk memastikan puasanya penuh tidak separuh hari sahaja seperti mana tahun-tahun lepas, anak-anak yang lain diminta untuk memperbanyakkan mengaji dan solat sunat




Apa-apa pun, saya doakan kita semua akan menjalani ibadah puasa pada kali ini dengan tenang dan barakah... mari kita rebut peluang mencari sebanyak pahala pada bulan ramadhan ini... 







Tuesday, May 15, 2018

JUTAWAN AKHIRAT

Assalamualaikum...

Pagi yang penuh indah dan tenang... saya menuju pejabat sambil melihat anak-anak ke sekolah dengan di pintu pagar berdiri seorang guru mengawasi kehadiran mereka ... tiba-tiba teringat semua guru-guru yang pernah saya kenal dan saya pernah menagih ilmu dari mereka...sekolah rendah, sekolah menengah, di kolej dan juga sesiapa sahaja yang pernah memberikan ilmu kepada saya... walaupun sepotong ayat...semu itu saya anggap guru saya...

pastinya mereka semua telah meniti usia dan ada yang telah tiada... Alfatihah untuk semua guru yang telah tiada... sesungguhnya jasa dan ilmu yang diberikan akan membawa 1000 manafaat dan pastinya pekerjaan mereka ini akan menjadikan mereka Jutawan Akhirat dan semoga mereka semua berada di bawah RahmatNya.




Tarikh 16 Mei setiap tahun akan menjadi tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik... sesungguhnya saya dilahirkan dari keluarga pendidik bermula dengan atuk saudara, pakcik, makcik, ayah, adik, ipar, semuanya bergelar guru. lagu guru malaysia menjadi lagu keramat dan diingati oleh semua guru.... akhir kata saya doakan SELAMAT HARI GURU kepada semua pendidik...

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...