Sunday, April 29, 2018

SEMBILU

Assalamualaikum...

Hari ini 30 hb April 2018 bersamaan 14 Syaaban 1439.. jalan ke pejabat cukup tenang kerana mungkin ramai yang menyambung cuti esok 1 hb Mei 2018 cuti umum hari pekerja... kalau sampai masa hari pekerja ini pasti saya akan mengingati hari lahir sahabat saya di zaman sekolah menengah... Masini pelajar melayu yang berada dalam rangking no 2 dalam sekolah ketika keputusan SPM ketika itu diumumkan yang kini menjadi pendidik di sebuah sekolah di Johor Baharu.

Biasanya dalam group Whasupp saya orang pertama yang akan memberikan kata-kata ucapan hari lahir... teringat dahulu masa zaman persekolahan kami memang berkawan baik seorang sahabat yang kepala gila-gila tetapi cerdik dan disayangi oleh semua termasuk guru-guru... dan lagipun beliau merupakan bekas pelajar arwah ayah saya seronok mendengar cerita beliau ragam arwah ayah yang sangat disenangi oleh pelajar-pelajarnya ketika itu.





Teringat masa persekolahan dahulu... kami pernah beramai-ramai masuk pawagam selepas kelas tambahan sains hari sabtu... hahaha... ikutkan peraturan mana boleh pelajar dengan pakaian seragam sekolah masuk pawagam!!!... tapi masa itu... cerita Sembilu lakonan pelakon hebat dan sangat popular zaman 90an... dengan melihat peningkatan kutipan berjuta setiap hari di akhbar serta gandingan pelakon Awie, Era Fazira dan Ziana Zain tahun 1994 membuatkan kami semua beria-ria untuk menontonnya... kenangan manis yang saya tidak akan lupakan sampai bila-bila.




Kini dengan usia begini... ia akan menjadi kenangan yang boleh dikenang sampai bila-bila. Bagi saya secara jujur... saya sangat seronok bila berada di zaman persekolahan menengah... kerana ketika zaman inilah banyak yang saya lakukan dan memberi kesan hingga la sekarang... pemikiran yang mulai matang serta pada zaman inilah saya dapat mengesan kelebihan dan apakah kecenderungan saya... ketika itulah saya mula sedar bertapa pentingnya ilmu dan saya memperolehi keputusan bagi saya sangat memuaskan iaitu ketika SRP tahun 1992 dan juga SPM tahun 1994.







Friday, April 27, 2018

ZON UNTUK DIRI KITA SAHAJA...

Assalamualaikum...


Semua orang perlu mempunyai masa untuk dirinya... dimana ketika itulah zon kita merasakan apabila kita bersendirian hati akan merasa tenang dan damai... ikut kata hati untuk membuat apa saja yang kita sukai... masa bersama orang-orang tersayang telah dipenuhi dan inilah masa untuk diri kita... 





Bagi saya masa untuk diri saya ialah ketika saya pergi dan pulang dari pejabat di dalam kereta... ketika itulah saya akan buka lagu yang saya sukai, saya dapat bercakap dengan orang yang saya sayangi bertanya khabar... di kampung pastinya buah hati saya... bonda akan menunggu panggilan... bonda tahu jam berapa anakanda dia yang seorang ini akan bertanya khabar dan berbual pelbagai isu sehinggalah berkaitan dengan pilihanraya... hihi.

inilah zon yang saya rasa sangat tenang dan dapat melegakan sebarang masalah... 

Thursday, April 26, 2018

BILA ALLAH MENGURNIAKANMU UJIAN

Assalamualaikum...

Sejak akhir ini terasa banyak idea nak dikongsi dan diluahkan dalam blog ini... dengan niat untuk berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup bersama semua.. semoga ia akan menjadi panduan kepada kita semua... semoga yang baik dapat dikongsi bersama dan yang buruk itu menjadi tauladan.


Alhamdulilah gembira melihat semua ahli keluarga dan sahabat semua dalam keadaan sihat dan bahagia di samping yang tersayang. semuanya menjalani kehidupan dengan tenang... Di sini saya ingin berkongsi sedikit rasa dimana insan yang dimata kita sangat mulia dan hebat sebelum ini... tetapi apabila mendapat sedikit kuasa maka hilanglah segala yang selama ini kita sendiri menjadi panduan dan insan yang boleh dicontohi.




inilah yang dinamakan dugaan dalam kehidupan... setiap insan akan diberikan dugaan dengan pelbagai bentuk ada yang bentuk ditimpa bencana dan ada juga dugaan dalam bentuk kesenangan, kekayaan dan juga kuasa. terpulang pada cara kita menerimanya satu-satu dugaan itu... kalau semua itu membawa kelalaian dan juga mengubah prinsip dan juga sikap kita yang baik maka kita berada dalam golongan yang rugi.


Diri ini sentiasa takut jika ada dugaan yang kita sendiri tidak sedar itulah dugaan sehingga ia melalaikan... semoga kita semua dirahmati dan berada dalam keadaan yang beriman dan tenang dibawah lindungan yang Maha Esa...

Tuesday, April 24, 2018

Payahnya cari lilin....Huhuhu

Assalamualaikum...

Baru dapat download gambar sambut birthday Yaya kat atas Bukit Beruang.. baru la saya dapat masukkan ke dalam blog ini... pagi sabtu 14 April 2018... saya dah berpakat dengan Yasmine dan Mohd untuk sambut birthday yaya lain dari yang lain.

Pagi-pagi dan bangun... bersemangat mohd nak panjat bukit beruang... tu pun berkali dia tutup mulut guna tangan nak elak terpecah rahsia... memang tak boleh nak simpan rahsia mohd ni...hihi 

Banyak-banyak persiapan hanya lilin sahaja yang tiada..huhu gigih la mencari lilin... masa tu pukul 8.30 pagi masih banyak kedai yang tutup... tawakal sahaja la mencari... itu pun yaya dah mula bertanya... ayah nak pergi cari apa ni...? saya dengan yang lain hanya buat-buat tak dengar... hihi.

Akhirnya... yehhhhh! dapat juga lilin di kedai bahan-bahan kuih di Bukit Beruang... dalam hati... alahai payahnya la cari lilin... tetapi puas kerana akhirnya dapat juga. seperti biasa yaya bertanya lagi ayah beli apa tadi...? saya hanya senyum sahaja... nampak riak wajah dia macam tak puas hati... hihi





Sampai di puncak kami sambut birthday yaya... bertambah meriah plan mengejut ini dihadiri Uncle Syah dan Aunty Umi... loving couple 💙💙... joint sekali sambut birthday yaya... terima kasih banyak-banyak aunty Umi hadiahkan brouch rama-rama warna pink... cantik sangat!  dan juga uncle Syah sponsor cup kek...




Puas rasanya dapat melihat yaya happy dan senyumnya meleret sampai turun bawah kaki bukit beruang.... walaupun hanya setakat cup kek dan lilin sahaja.. bagi saya secara peribadi ia satu memori yang sangat indah dan akan dikenang sampai bila-bila.








YA ASYIQAL MUSTHOFA

Assalamualaikum...


Kali pertama mendengar selawat ini ketika secara tidak sengaja melihat youtube perkahwinan di negara jiran kita Indonesia... saya dapati mereka di sana mempunyai himpunan selawat yang sangat indah dan sedap di dengar.

Di sana mereka sangat mengemari menjadikan selawat ini latar bagi kebanyakan video perkahwinan di sana... saya terus Google mencari maksud selawat tersebut... tidak banyak maklumat berkaitan dengan selawat ini... tetapi dari beberapa sumber menyatakan bahawa selawat ini adalah karya dari Syaikh Ali Assa'adi di dalam Album Selawat Religius Islam yang bermaksud "WAHAI PERINDU NABI"

Kali pertama mendengarnya terasa serasi dengan jiwa... lirik dan lagunya sangat indah untuk didengari pasti mengetarkan hati pendengarnya... rasanya beratus kali saya ulang dengar selawat ini. dimana saja saya akan pastikan selawat ini didownload... di rumah, dalam kereta, pejabat, ring tone handfone saya semuanya selawat ini.


WAHAI PERINDU NABI
BERGEMBIRALAH DENGAN MEMPEROLEH HARAPAN
TELAH BERSINAR BUKIT SHOFA
DAN BAHAGIA GOLONGAN YANG MEMPUNYAI NASAB YANG RENDAH
CAHAYA KEINDAHAN MUNCUL
DENGAN WAJAH UMPAMA MATAHARI
NABI YANG DENGAN PERTEMUAN
IA MENDAPAT KEBERUNTUNGAN SAAT NAIK ISRAK MIKRAJ
IAITU ORANG YANG KEUTAMAANYA TERMASUK KITA
DAN DIPUNCAK IA DEKAT DI SISI TUHANNYA









Monday, April 23, 2018

28 REJAB 1439..... HAPPINESS TOGETHER

Assalamualaikum...

Ikutkan sebenarnya saya ingin bercerita tentang majlis kahwin sahabat saya yang telah berlansung pada 15 April 2017 bersamaan 28 Rejab 1439 sebaik sahaja habis majlis mereka. tetapi baru sekarang saya mempunyai masa yang sesuai untuk bercerita sedikit tentang majlis bagi saya ringkas tetapi penuh kemanisan dan sangat bermakna.

Tarikh yang kami semua tunggu-tunggu selama ini menjadi kenyataan... akhirnya terbina masjid yang diharapkan akan bahagia selamanya. saya sebagai sahabat yang kenal baik dengan En Roslan berasa bersyukur beliau bertemu jodoh dengan seorang yang sangat baik perwatakannya... budi bahasa dan tutur kata yang sentiasa terjaga 


 MAY YOU FOREVER FIND JOY IN EACH OTHERS EYES, WARMTH IN EACH OTHERS ARMS, LOVE IN EACH OTHERS HEARTS.
 
 ðŸ’› 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛 💛


Minta maaf kerana saya tidak dapat postkan sekali gambar pengantin di dalam blog saya ini... kerana menghormati pengantin yang inginkan potret mereka untuk tatapan peribadi sahaja.

Tetapi apa yang saya ingin kongsikan bersama dan saya tidak boleh lupa sampai sekarang ialah majlis yang berkonsepkan nostalgia kita kecil-kecil dahulu... dengan sarung telur yang saya rasa sangat rear... tidak lagi dijumpai dimana-mana majlis perkahwinan pada masa kini... Ia sangat mengimbau kembali kenangan dulu-dulu.






Begitu juga dengan kad kahwin yang saya masih simpan hingga kini... sentuhan evergreen yang boleh saya katakan... banyak sekali kad kahwin yang saya dapat tetapi yang ini... betul-betul membuatkan saya sangat sayang untuk membuangnya. bukan harga yang diperkatakan tetapi kenangan sentimental itu yang sangat mahal dan bernilai.




Anak-anak semua suka dengan menu yang dihidangkan semuanya enak-enak belaka... tidak pernah saya bertambah nasi jika di majlis kahwin tetapi saya bertambah kali ini!...hihi. yang sangat menarik perhatian saya ialah air sirap bandung yang dihidangkan... semua ini hanya saya jumpa dulu-dulu ketika mengikut mak ayah ke majlis kahwin. sampaikan anak-anak bertambah berkali-kali air... adam yang sangat memilih bab makan pun mengakui kesedapan makanan dan kesegaran air sirap bandung mereka.

Akhir kata, saya sekeluarga doakan En Roslan dan isteri akan bahagia sampai kehujung nyawa...


WISHING YOU A LIFETIME OF HAPPINESS TOGETHER AND A LOVE THAT GROWS STRONGER WITH EACH PASSING DAY

💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗 💗







Friday, April 20, 2018

NIKS

Assalamualaikum...

Hari ini nak share cerita tentang birthday Nur Insyirah aka yaya... lagi sebulan nak sambut birthday dia, dia dah ingatkan semua... apakah hadiah yang diinginkan dan dimana tempat yang nak diraikan. Bertarikh 16 April 2018 bersamaan 29 Rejab 1439 kami semua telah meraikan birthday yaya dengan suasana yang meriah. Hati berasa sangat gembira dan tenang memandang wajah yaya dengan gelak ketawanya bergurau serta senyuman yang sentiasa dipipi... 



Nur Insyirah...

Ayah doakan agar kamu yaya akan menjadi anak yang solehah, anak yang sentiasa menyenangkan hati ayah dan mama dia, anak yang akan berjaya dunia dan akhirat... Insyallah



kalau diimbas kembali yaya seorang anak yang tidak menyusahkan kami dari lahir hinggalah sekarang dan masih diingat lagi yang yaya antara anak yang sangat mudah kami jaga ketika dalam pantang lagi, sangat berdikari dan sangat berminat untuk membantu kerja-kerja mengemas dan membuat kuih.




Nur Insyirah...

Birthday yang ke 10 tahun ini... ayah melihat kamu dari sebesar tapak tangan sehingga sekarang menjadi kanak-kanak riang rasa bersyukur yang amat sangat... sesungguhnya kehadiran anak yang bernama Nur Insyirah akan sentiasa membawa rezeki melimpah ruah kepada kami sekeluarga dan kegembiraan kepada semua. 











19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...