Friday, January 26, 2018

PERJALANAN TENANG DAN NYAMAN DI KOTA MADINAH AL MUNAWARAH

Assalamualaikum...

Alhamdulilah seribu nikmat yang telah Allah berikan kepada diri ini keranaa berkesempatan untuk mengunjungi rumahNya Baitullah. Kali pertama memandang Kaabah tanpa disedari air mata keluar terasa diri ini kerdil dan banyak dosa telah dilakukan rasa tidak tertanggung... hanya mengharap Dia memperkenankan doa agar semua dosa diampunkan dan akan menjadi manusia yang lebih baik. 


Saya dan adik beradik serta insan yang paling saya sayangi Mak... Pn Muhibbah Mamon berkesempatan melakukan ibadah umrah dengan selalu mengharapkan dan berdoa agar Allah memberikan RahmatNya agar diterima ibadah umrah kami di sana. Insyallah

Kredit diberikan kepada pihak Andalusia Travel kerana telah memberikan pengurusan yang terbaik terutama sekali pujian kepada Ustaz Fahmi Mutawif kami sepanjang kami di sana... seorang anak muda yang sangat bertanggungjawab menjaga semua jemaah di bawahnya dan segala kesulitan dan keraguan dijawab dengan pantas. Sehinggakan rakan saya sudah kali-kali pergi umrah dengan mengikuti banyak agensi travel memberitahu bahawa pakej umrah Andalusia yang terbaik setakat ini... wah promosi plak...hihi


Dari KLIA terus ke Madinah Al Munawarah selama 7 jam dengan penerbangan Mas sewa khas... sampai di Prince Mohammed Bin Abdul Aziz Int. Airport tidak terasa penat dek kerana teruja dengan suasana baru bagi saya... hawa sejuk yang sangat menyegarkan membuatkan saya lagi tidak sabar ingin melihat sendiri Masjid Nabawi dan mengunjungi makam Rasullah SAW dan Raudha... selesai mengambil bagasi kedatangan kami dialu-alukan dengan pemberian buah kurma dan air zam zam. siap ada tabur bunga kepada kami... sebanyak 7 bas membawa rombongan kami ke hotel dan berehat. 


Di dalam perjalanan tenang dan nyaman di Kota Madinah ini... Rasullah pernah berdoa yang bermaksud "Ya Allah berikan kecintaan kami kepada madinah seperti mana Engkau berikan kecintaan kepada Mekkah, atau lebih daripada itu dan bersihkan lah ia serta berkatilah kepada kami dalam makanan dan bekalkan dan gantikan wabak penyakit dengan juhfah." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 






Antara kelebihan dan keistimewaan Madinah ialah buminya yang subur dan makmur dimana bumi madinah telah mengeluarkan tamar Ajwah yang mempunyai khasiat lebih daripada khasiat pada tamar-tamar yang lain. Dimana  Rasullah SAW bersabda: "Barang sesiapa yang pada waktu pagi makan TUJUH biji kurma Ajwa, pada hari itu dia tidak akan terkena racun mahupun sihir."
KURMA AJWA


Pahala solat di masjid Nabawi ialah sabda Rasullah SAW: "Pahala solat di masjidku ini ialah 1000 kali lebih baik daripada solat di mana-mana masjid kecuali di Masjidil Haram," (Riwayat Bukhari dan Muslim) 



Untuk post akan datang saya akan bercerita tentang Mekkah Al Mukaramah pula... tungguu..

















 

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...