Wednesday, June 28, 2017

MEMBAWA KELUAR DOSA-DOSA TUAN RUMAH...

Assalamualaikum

Salam 5 Syawal 1438...


Hari ini hari ke- 2 saya bekerja... jalan masih lagi lengang, bayangkan kalau hari-hari biasa saya mengambil masa 50 minit ke sejam untuk sampai ke pejabat tetapi hari ini saya hanya mengambil masa 20 minit sahaja untuk sampai!!... alangkah seronoknya kalau begini selalu. Di pejabat masih ramai lagi staf dan pegawai yang bercuti raya... ialah ini lah masa untuk kita berjumpa ahli keluarga kalau  hari-hari biasa memang tiada kesempatan lah.

Teringat tradisi keluarga kami akan berkumpul pada hari raya ke-2 di mana paginya pukul 9 kami semua ke kubur untuk membuat tahlil kepada semua arwah yang telah tiada. kalau dulu arwah ayah yang akan mengetuai bacaan tahlil tetapi kali ini di ganti dengan Tok Chu. lepas habis 3 tempat bertahlil ringkas kami semua akan berkumpul di rumah atok... makan bersama-sama. Biasa menu kami ialah menu kampung... inilah masa saya dapat merasai lauk kampung seperti masak sayur pisang, masak lemak nangka, masak lemak umbut kelapa dan sebagainya... paling saya tak lupa ialah masak lemak umbut kelapa yang sangat jarang-jarang jumpa... kalau dingat boleh telan air liur...hihi

Balik sahaja ke Melaka mulalah kami menerima banyak undangan rumah terbuka (Open House)... 2 malam berturut sejak balik ni ada rumah terbuka... dah dijemput kalau tak hadir terasa bersalah... sebolehnya saya akan cuba hadir untuk semua undangan. Anak-anak pun dah mula mencari hari-hari yang sesuai untuk mereka menjemput kawan-kawan datang ke rumah... saya sangat suka kalau anak-anak menjemput kawan-kawan datang ke rumah kerana ini lah masa kita kenal siapa kawan anak-anak serta keluarganya sekali... 

Ada juga yang memberi idea untuk saya membuat rumah terbuka sekali gus, jadinya tidak perlu menjemput banyak hari... tetapi bagi saya sendiri bukan saya tidak suka untuk membuat rumah terbuka sekali gus menjemput rakan-rakan, sedara mara dan rakan sekerja tetapi saya sendiri nanti merasa tidak puas melayan semua tetamu yang hadir... secara peribadi saya lebih suka menjemput dengan memanggil beberapa keluarga dalam satu malam... saya akan dapat melayan tetamu dengan lebih baik.

Kepada sesiapa yang ingin datang ke rumah dijemput datang... Rumah kami terbuka kepada sesiapa sahaja... bukan setakat hari raya sahaja tetapi rumah saya ini terbuka sepanjang masa... Arwah ayah sendiri sangat suka kalau ada tetamu datang ke rumah kerana beliau selalu berpesan kepada anak-anak... bahawa tetamu yang datang ke rumah kita akan membawa keluar dosa-dosa yang ada di dalam rumah dan mereka akan membawa keberkatan kepada tuan rumah...

Rasullah saw ada bersabda,

"Sesungguhnya seorang tetamu yang datang mengunjungi seseorang, akan membawa rezeki untuk tuan rumah tersebut dari langit, apabila ia makan sesuatu, Allah SWT akan mengampuni penghuni rumah yang dikunjungi tersebut" 

Semoga kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan selalu... Insyallah










Friday, June 23, 2017

MAAF ZAHIR BATIN...

 
ASSALAMUALAIKUM

Saya memohon maaf sepanjang saya menulis di sini jika ada yang terasa sesungguhnya semua yang ditulis di sini merupakan gambaran ikhlas hati nurani saya menjalani hidup ini... 



sesungguhnya kita semua tidak lepas dari melakukan dosa... kita bukanlah manusia yang sempurna tidak melakukan kesilapan

Tetapi 

Kita diberi akal dan perasaan untuk menimbang baik buruk dalam mengatur corak hidup kita... 

Bagi semua yang mengenali saya... saya menyusun sepuluh jari meminta maaf segalanya... sila jemput datang ke rumah... pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk semua... akhir kata berhati-hati di jalan raya... semoga kita semua dilindungi di bawah rahmatNya... Insyallah.


Tuesday, June 20, 2017

NUR YASMINE SEINDAH NAMANYA...

Assalamualaikum...

Hari ini genap 11 tahun puteri kesayangan penyeri dalam keluarga kami... keletahnya membuatkan semua yang melihat merasa senang hati...begitu juga dengan anak-anak yang lain.



Dari minggu lepas beliau dah membuat permintaan kepada saya tempat makan mana nanti menjadi pilihannya bagi meraikan hari jadi...



Semua anak-anak kami raikan keluar makan bersama... dah menjadi satu tradisi apabila sampai hari lahir semua. Saya tidak biasakan memberi hadiah ketika hari lahir anak-anak...
kerana bagi saya memberi hadiah lebih bermakna ketika antara mereka memperolehi atau mencapai sesuatu yang dibanggakan... contohnya memperolehi markah tertinggi, mewakili sekolah dan sebagainya.



Berbalik kepada Nur Yasmine cinta kasih saya ini.... wajahnya secantik seharum bunga yasmine seorang anak yang sangat menyenangkan... sangat mudah untuk menjaganya ketika kecil... saya apabila melihat yasmine pastilah akan melihat diri saya di dalamnya kerana saya dan yasmine anak ke 2... banyak perangai yang sama antara kami.

Yasmine...

Ayah doakan kamu akan terus menjadi anak yang sentiasa menjaga nama baik ibu dan ayah... ayah tidak akan lupa apa yang telah kamu capai...dari kecil lagi telah menunjukkan kecemerlangan contohnya memperolehi tokoh pelajar ketika di sekolah Jaim dan juga tokoh pelajar tahap 1 di sekolah rendah... ayah merasa sangat bangga dengan kamu... Yasmine...




Ayah sentiasa doakan Yasmine akan berjaya dalam semua yang diciptakan... selamat dunia dan akhirat... dimurah dan dipertambahkam rezeki... disihatkan tubuh badan... dan diperkukuhkan iman... Insyallah




Bagi ayah... tiada apa yang ayah mahukan dari anak-anak ayah cuma mengucapkan rasa bersyukur kerana kamu semua membesar di depan mata ayah ini... itu sudah mencukupi... sesungguhnya anak-anak ayah perlu tahu bahawa kamu semua adalah kekuatan dan semangat ayah...




Wednesday, June 14, 2017

LEBIH 100 KAD HARI RAYA....!!!

Assalamulaikum

Buat kali pertamanya saya mendapat kad hari raya buat tahun 2017 ini, rasa teruja ketika membukanya... terima kasih kepada yang menghantar, sungguh nostalgia apabila melihat kad raya tersebut kerana teringat ketika kecil dahulu, arwah ayah yang sangat banyak menerima kad hari raya pernah setahun dia mendapat kad hari raya lebih daripada 100 kad... 

Kalau dahulu ada bermacam-macam jenis kad, ada yang biasa sehinggalah apabila dibuka akan memainkan muzik... bagi ahli politik inilah masa untuk mereka memperkenalkan ahli keluarga masing-masing dengan menyelit gambar keluarga serta ucapan... pernah ayah mendapat kad dari Menteri Besar Johor, Perak dan Sarawak... tetapi banyak-banyak kad, yang saya tidak akan lupa ialah kad yang ayah terima dari badan kebajikan masyarakat dimana kad yang dihantar oleh mereka gambarnya dihasilkan oleh pelukis istimewa yang melukis menggunakan kaki dan ada juga menggunakan siku...

Apa yang dilakukan kepada kad-kad tersebut ialah kami akan mengantungnya di ranting yang diambil di belakang rumah... kemudian kami akan meletak gabus kecil-kecil di dahan tersebut... dah macam pokok krismas rasanya... hihi.

Tetapi kini teknologi seperti WhatsApp, Telegram, Tweeter dan sebagainya pengganti kad ucapan... rata-rata akan menyatakan ia lebih mudah, menjimatkan dan cepat berbanding kad ucapan. Baru semalam saya postkan dalam blog menyentuh tentang iklan raya yang mengaplikasi WhatsApp dalam iklan mereka...

Apa-apapun kata-kata yang bermakna sangat memberi kesan kepada saya tidak kira cara bagaimana ia dihantar... pastinya menggunakan kad akan kekal sampai bila-bila berbanding di dalam WhatsApp yang mungkin akan di delete...


Untuk setiap kata yang tidak terjaga
Untuk hati yang disakiti
Untuk janji yang tidak dipenuhi
Untuk kesalahan yang tidak disengajakan
Untuk khilaf yang tidak disangka






Tuesday, June 13, 2017

TAK PANDAI MASAK....

Assalamualaikum...


Pagi tadi yaya memberitahu yang dia teringin makan kek batik yang ayah buat... saya hanya memberi senyuman tanpa mengiyakan atau menidakkannya... inilah saya kalau untuk anak-anak memang saya kalah...dulu masa mula-mula buat kek batik, terpaksa melakukan video call dengan mak teh yang berada di Pasir gudang untuk memastikan ia jadi dan sedap.

Saya jenis lelaki yang tidak pandai masak... sehinggakan nak masak nasipun kadang-kadang kurang berjaya... tetapi kalau difikirkan balik memang saya sangat rugi kerana tidak memperolehi ilmu memasak ini... zaman sekarang sesuatu yang perlu dan tidak pelik jika seorang lelaki pandai masak...lihat sahaja chef-chef di hotel-hotel terkenal semuanya lelaki kerana memasak ini bukanlah satu perkerjaan yang mudah sebenarnya.

Disini buat pertama kalinya diberikan resepi kek batik paling mudah di dunia... hihihi, bagi sesiapa nak ingin mencuba silakan... ilmu kita kongsi bersama untuk kebaikan semua...

Bahan-bahan...

1) 1 buku buttercup
2) 1 biji telur
3) 1 peket kecil milo
4) 1 tin susu pekat
5) 3 sudu besar serbuk koko
6) 2 bungkus biskut merry 

Cara membuatnya ialah...

- Cairkan buttercup dalam kuali (guna api dapur paling kecil)
- Masukkan kesemua bahan di atas dan pastikan biskut merry diletak terakhir 
- Setelah semua digaul sekata, masukkan ke dalam bekas (mampatkan)

Siap!!!... sedap dimakan ketika sejuk...

Saya akan pastikan kek ini akan menjadi kek yang sangat disukai oleh anak-anak... saya nak mereka akan berkata..."sedap lagi kek batik ayah buat" jika dia orang beli kek ini di luar... hihihi.



Monday, June 12, 2017

SIBERTURAHIM

Assalamualaikum...


Lagi 2 minggu umat Islam akan menyambut 1 syawal... ini bermakna bulan Ramadhan akan meninggalkan kita... perasaan sayu mulai terasa... rindunya saya ketika bulan puasa ialah kita sekeluarga dapat berkumpul berbuka bersama-sama... itu lah saat yang saya nantikan setiap kali berbuka.

Di dalam televisyen sudah mula adanya iklan-iklan hari raya... pastikan saya teringat iklan pada tahun lepas yang sangat menyentuh perasaan... simple dan sangat bermakna, tidak silap saya ia berjudul "SIBERTURAHIM" yang berkisar tentang ikatan kekeluargaan dimana hubungan adik beradik yang regang sebelum ini. Hubungan yang keruh ini kembali bertaut setelah sekian lama masing-masing menjauhkan diri... dipertemukan kembali melalui aplikasi Whatsapp dimana admin ialah bapa mereka sendiri.




Diakui bahawa iklan merupakan cara paling berkesan untuk memberi kesedaran kepada semua... buktinya iklan di atas ini. Bagi saya konflik yang diketengahkan  di dalam komersial ini begitu dekat dengan kita dan mungkin kena sediakan tisu sebelum menonton iklan Aidilfitri dari Samsung Malaysia ini.










Wednesday, June 7, 2017

HILANGLAH RAHMAT ALLAH KE ATAS KELUARGA ITU...

Assalamualaikum...

Selepas balik dari melihat kawasan... peh! macam YB pulak...hihi. terus call Adam dan Yasmine bertanya khabar yang kini berada di kampung. Tahun ini puasa dijalani ketika cuti sekolah... maka mereka sendiri yang meminta untuk meneman nenek di kampung, sambil-sambil tu boleh lah neneknya menyemak bacaan ketika mereka mengaji. 


Selalu Adam yang akan menawarkan diri untuk duduk di kampung... tetapi kali ini Nur Yasmine juga ingin ikut meneman nenek dan merasai berpuasa di kampung. Biar mereka merasa bagaimana berpuasa di kampung seperti mana ayah mereka jalani semasa kecil. kalau di rumah semuanya selesa contohnya panas boleh terus pasang penghawa dingin tetapi di kampung tu lah kipas tangan sahaja yang ada... hihi.

Mohd dan Yaya pula yang asyik bertanya bila abang dan akak Yasmine nak balik?... itulah kan kata orang-orang tua... "dekat-dekat bau busuk, jauh-jauh bau wangi" maksudnya sesiapa yang selalu jumpa mudah sangat nak bergaduh tetapi mana yang jarang jumpa semuanya baik... macam adik beradik.

Kita adik beradik umpama air yang tidak akan putus walaupun dicincang... itu hakikat yang tidak boleh kita pertikaikan... tiba-tiba teringat kata-kata bonda..."jika mak tiada nanti jangan la kau orang bergaduh... pakat baik-baik." tergiang-giang kata tersebut sampai sekarang. 

Ingatlah bahawa apabila adik beradik bergaduh tidak bertegur sapa maka hilanglah rahmat Allah ke atas keluarga itu.

Kalau dulu kecil-kecil saya sendiri selalu bergaduh terutama dengan along ada sahaja benda yang tidak puas hati antara kami sampai saya bernekad untuk belajar sungguh-sunguh dapat masuk sekolah asrama ataupun universiti tak perlu nak bergaduh lagi...huhu tetapi apabila masing-masing keluar belajar dan dah berkeluarga memang kami sangat rapat selalu bergurau dan gelak apabila berjumpa... Ingat lagi pernah saya potong tali beg sekolah along kerana tidak puas hati... sampai begitu sekali... angah minta maaf along... huhuhu. Pastinya semua tu jadi kenangan bila berjumpa. 

Ramai yang gagal menyayangi adik beradik sendiri kerana leka dengan duniawi dan pentingkan diri sendiri... inilah hakikiat yang berlaku sekarang.

Hadis Nabi SAW  yang bermaksud " pada hari kiamat kelak, Arasy Allah dikelilingi kerusi-kerusi yang sangat mulia." Sahabat bertanya siapa yang akan duduk di kerusi tersebut. lalu jawab Nabi SAW, "mereka adalah adik beradik yang saling sayang-menyayangi antara mereka." begitu mulianya tempat yang Allah akan berikan kepada adik beradik yang saling berkasih sayang


Ya Allah... jadikanlah kami adik beradik yang akan bersama dalam Syurga nanti 
Ya Allah... rapatkanlah kami adik beradik
Ya Allah... rahmatikanlah kami adik beradik
Ya Allah... ampunkanlah dosa kami adik beradik... Aaminn.










Sunday, June 4, 2017

KUIH-KUIH...!!!

Assalamualaikum...


Hari ini merupakan hari ke-10 umat islam sedang menunaikan ibadah puasa... pastinya Bazar Ramadhan meriah dimana-mana. sebab itulah bulan ini juga bulan seribu rahmat kerana banyak sekali kerahmatan yang ditebarkan kepada umat manusia...

Keuntungan berganda kepada sesiapa yang beribadah dan juga keuntungan luar biasa kepada yang berniaga... cuma kadang-kadang apabila membeli kuih terasa harga tidak berpatutan dengan rasa bagi makanan tersebut... itu yang sangat mengecewakan.

Bulan puasa ini... tekak saya lebih gemar mencari makanan tradisional seperti kuih bongkok, puteri mandi, pulut inti, kuih lompang, kuih ku dan beberapa lagi kuih tradional... kalau di kawasan bandar Melaka ini... Bazar yang terkenal ialah Bazar Ramadhan menjual juadah berbuka seperti di Taman Peringgit dan di Taman Cempaka menjadi pilihan... kalau jauh sedikit Bazar di Pekan Masjid Tanah juga mudah untuk mendapat kuih-kuih tradisional ini.

Maaf ya... jika gambar-gambar di bawah menyebabkan anda kurang senang... ya la... sekarang masa berpuasa... dengan niat pembaca yang tidak mengenali kuih-kuih ini akan mengetahui bagaimana rupa bentuknya.

Semoga kita semua menjalani ibadaah puasa dengan tenang dan sempurna... Insyallah

Pulut Inti

Kuih Puteri Mandi
 
Kuih Bongkok


Kuih Lompang

 
Kuih Ku




Thursday, June 1, 2017

DALAM HATI ADA TAMAN KE..?

Assalamualaikum...


Pagi jumaat yang penuh barakah ini dijalani dengan penuh ketenangan. terbit rasa rindu yang amat sangat dengan kawan-kawan di zaman persekolahan bagi saya zaman di sekolah menengah merupakan zaman yang sangat indah dan menceriakan kerana pada ketika itu kebolehan saya dicungkil, minat saya kepada dunia sains timbul, bakat kepimpinan saya diasah... SMK Buluh Kasap di Segamat Johor Darul Takzim inilah sekolah yang telah menjadikan saya lebih matang... sebenarnya saya seorang murid lemah di sekolah rendah tetapi apabila saya menjejakkan kaki di sekolah menengah keputusaan saya dalam peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) tahun 1992 kini diganti dengan PT3 antara yang terbaik di sekolah. begitu juga dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1994 saya mendapat pangkat 1 dengan 14 aggregate semuanya kerana suntikan motivasi dari guru ketika itu.

Saya masih ingat guru yang telah melantik saya sebagai pengawas sekolah Cikgu Ismail... dia lah yang memakaikan tie ke leher saya buat kali pertamanya di mana saya tidak pernah merasa memegang jawatan ini di sekolah rendah... Cikgu Salmah Bte Saari satu-satunya guru yang masih saya berhubung sampai sekarang kini berada di SMK Seri Mahkota, Jasin Melaka. beliau merupakan seorang guru Bahasa Melayu saya tingkatan 4 dan 5 yang banyak menarik minat saya kepada mata pelajaran ini ramai lagi guru-guru yang masih saya ingat... Cikgu Hjh Khalidah (Sains), Cikgu Natrah (Bahasa Inggeris), Cikgu Syarani (Matematik) anda semua insan-insan yang masih berada di memori saya hingga kini.

Di dalam kelas... saya rapat dengan kesemua kawan-kawan yang seramai 27 orang... kelas ke-2 di tingkatan 5 dan semua masih berhubung kerana adanya group Whatsupp "SMBK kelas 5B". Ikatan yang ada ini kami pelihara bersama-sama sampai bila-bila dan diharap agar satu hari nanti anak-anak kami akan meneruskan ukhwan ini... Insyallah. Berkat ikhlas pengajaran guru dan kami semua sangat hormat mereka... alhamdulilah kami kini menjadi manusia yang berguna, ada antaranya berkedudukan dan berpangkat tinggi... nah!...lihatlah kesan dari kami meletak guru-guru di tempat tertinggi... hidup kami diberkati...

Rindu sungguh dengan u all semua... inilah saya, seorang yang suka mengenang zaman ketika masih kanak-kanak dan remaja... ada kawan yang memberitahu yang saya ini seorang "dalam hati ada taman!"...hahaha. ya ke...?









BUDAK LUAR KOTAK...

Assalamulaikum...


Hari ini sedang duduk berehat terpandang buku yang sangat istimewa untuk dibaca bagi semua golongan... tidak sangka saya dapat berkenalan dengan penulis buku ini... pemenang Anugerah "My Hero" 2.0 Dr Abdol Aziz Bin Sahat berasal dari Bumi Hang Tuah merupakan seorang yang sangat bermotivasi dan sentiasa memotivasi orang di sekelilingnya... sehinggakan lahirlah naskah BUDAK LUAR KOTAK "Mutiara Dalam Lumpur".

Buku ini membuktikan bahawa semua individu mempunyai kelebihan dan potensi dalam diri hanya tunggu diserlahkan sahaja... paling utama di sini ialah adanya insan yang selalu memberi peluang, semangat dan motivasi dalam hidup kita. 

Buku yang mengesahkan Dr Abdol Aziz yang mempunyai 6 orang anak angkat... Apabila bakat diserlahkan dengan motivasi maka mereka yang pada mulanya mempunyai perjalanan hidup memeritkan di zaman kanak-kanak kini mereka menjadi insan yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Bagi saya... mereka ibarat Metamorfosis rama-rama tiada rupa di peringkat ulat beluncas tetapi akhirnya menjadi rama-rama yang sangat cantik... Ada antara mereka sehingga menjadi juruterbang, pengarah, artis dan sebagainya.



Saya tidak perlulah ulas buku ini dengan lebih lanjut kerana bagi saya lebih manis kita sendiri membacanya... bacaan begini saya sangat menyukainya kerana disamping mengetahui perjalanan hidup orang lain secara tidak lansung boleh memotivasi diri saya sendiri.


19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...