Lagi 2 minggu umat Islam akan menyambut 1 syawal... ini bermakna bulan Ramadhan akan meninggalkan kita... perasaan sayu mulai terasa... rindunya saya ketika bulan puasa ialah kita sekeluarga dapat berkumpul berbuka bersama-sama... itu lah saat yang saya nantikan setiap kali berbuka.
Di dalam televisyen sudah mula adanya iklan-iklan hari raya... pastikan saya teringat iklan pada tahun lepas yang sangat menyentuh perasaan... simple dan sangat bermakna, tidak silap saya ia berjudul "SIBERTURAHIM" yang berkisar tentang ikatan kekeluargaan dimana hubungan adik beradik yang regang sebelum ini. Hubungan yang keruh ini kembali bertaut setelah sekian lama masing-masing menjauhkan diri... dipertemukan kembali melalui aplikasi Whatsapp dimana admin ialah bapa mereka sendiri.
Diakui bahawa iklan merupakan cara paling berkesan untuk memberi kesedaran kepada semua... buktinya iklan di atas ini. Bagi
saya konflik yang diketengahkan di dalam komersial ini begitu dekat
dengan kita dan mungkin kena sediakan tisu sebelum menonton iklan
Aidilfitri dari Samsung Malaysia ini.
5 comments:
iklan dulu dulu lagi best.. :-)
mcm iklan adibah nor jadi pemandu teksi..
alah tak ingat plak iklan apa... haaa iklan tv3 :-p
mendalam kesan iklan ni..
terutama antara keluarga sendiri..
beralah, mengakui kesilapan dan memohon maaf adalah kunci utama silaturrahim walaupun diakui sukar utk kita mengucapkan maaf.
salam ramadhan mr. blogger
Kan... kiwi... byk iklan dahulu menyentuh emosi kita semua
Salam ramadhan mr momo..juga.. iklan yg beremosi kan...
Betul... banyak iklan yg menyentuh perasaan.. dan mengamik kenangan manis raya zaman kanak2..
Post a Comment