Tuesday, June 20, 2017

NUR YASMINE SEINDAH NAMANYA...

Assalamualaikum...

Hari ini genap 11 tahun puteri kesayangan penyeri dalam keluarga kami... keletahnya membuatkan semua yang melihat merasa senang hati...begitu juga dengan anak-anak yang lain.



Dari minggu lepas beliau dah membuat permintaan kepada saya tempat makan mana nanti menjadi pilihannya bagi meraikan hari jadi...



Semua anak-anak kami raikan keluar makan bersama... dah menjadi satu tradisi apabila sampai hari lahir semua. Saya tidak biasakan memberi hadiah ketika hari lahir anak-anak...
kerana bagi saya memberi hadiah lebih bermakna ketika antara mereka memperolehi atau mencapai sesuatu yang dibanggakan... contohnya memperolehi markah tertinggi, mewakili sekolah dan sebagainya.



Berbalik kepada Nur Yasmine cinta kasih saya ini.... wajahnya secantik seharum bunga yasmine seorang anak yang sangat menyenangkan... sangat mudah untuk menjaganya ketika kecil... saya apabila melihat yasmine pastilah akan melihat diri saya di dalamnya kerana saya dan yasmine anak ke 2... banyak perangai yang sama antara kami.

Yasmine...

Ayah doakan kamu akan terus menjadi anak yang sentiasa menjaga nama baik ibu dan ayah... ayah tidak akan lupa apa yang telah kamu capai...dari kecil lagi telah menunjukkan kecemerlangan contohnya memperolehi tokoh pelajar ketika di sekolah Jaim dan juga tokoh pelajar tahap 1 di sekolah rendah... ayah merasa sangat bangga dengan kamu... Yasmine...




Ayah sentiasa doakan Yasmine akan berjaya dalam semua yang diciptakan... selamat dunia dan akhirat... dimurah dan dipertambahkam rezeki... disihatkan tubuh badan... dan diperkukuhkan iman... Insyallah




Bagi ayah... tiada apa yang ayah mahukan dari anak-anak ayah cuma mengucapkan rasa bersyukur kerana kamu semua membesar di depan mata ayah ini... itu sudah mencukupi... sesungguhnya anak-anak ayah perlu tahu bahawa kamu semua adalah kekuatan dan semangat ayah...




10 comments:

Unknown said...

selamat hari jadi yasmin..
semoga menjadi anak yang solehah dan anak yg berjaya di dunia dan diakhirat..
always stay cute n beautiful dear!

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm uncle...

Unknown said...

Selamat Hari Lahir yasmin... semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan diakhirat...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm uncle Epol Png....

deqnoi said...

Selamat hari lahir yasmin... comel orangnya😊

kiwi said...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Buat Nur Yasmine

Bertambah satu tahun usia kamu
Bertambah juga satu tingkat tanggungjawap
Semoga redha Allah mengiringi kamu selalu

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm... aunty noi...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm atas doa ini... aaminn

Unknown said...

Patut la smlm 'terkeluar' dr mulut ni bertanya kan psl dia rupanya hr ni hr jadi dia, slmt ulang tahun Yasmine, nnt uncle bg hadiah senyap2 ya jgn bgtau ayah...😬😬

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tq uncle...

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...