Friday, January 4, 2019

KIRI DENGKI, KANAN LAWAN, BELAKANG TIKAM, DEPAN BERLAKON

ASSALAMUALAIKUM...

Dalam hidup kita pastinya kita akan berjumpa dengan ramai orang... pelbagai ragam dan perangai. yang pastinya semua tidak akan menunjukkan sikap buruk yang disedari atau tanpa disedari.

Secara peribadi... saya sangat takut dengan insan yang di depan kita sangat baik tingkah laku tetapi apabila di belakang kita sangat suka lepas cakap sampai bercanggah dengan pendirian sebelum ini.

Bagi organisasi besar sebelum ini staf sehingga 70 orang mungkin saya tidak terasa dengan fenomena ini... but apabila kini saya berada di organisasi kecil... pasti akhirnya saya akan tahu cakap-cakap belakang tentang kita...betul tak.

Gerun saya melihat ada yang hendak semua orang melihat dirinya hebat sentiasa...

Semoga kita semua akan menjadi insan yang baik luaran dan dalamanya.



Wednesday, January 2, 2019

2019

ASSALAMUALAIKUM

Sudah 4 hari kita melangkah ke tahun 2019... saya doakan keluarga saya, anak-anak dan semua yang mengenali diri ini akan terus sukses dalam melayari bagi tahun 2019.

Kalau ditanya saya apakah azam tahun baru ini... Azam saya tahun 2019 ini ialah untuk menjadi manusia yang lebih baik hubungannya dengan manusia dan juga dengan Allah SWT.

Bagi tahun 2019 ini, saya akan sambung belajar di peringkat PhD/EdD dimana ramai yang menyatakan bahawa jodoh saya dengan OUM (Open Universiti Malaysia) sangat kuat, banyak survey dilakukan semua universiti IPTA dan IPTS yang masa satu berkenan... akhirnya masalah dihadapi secara taknikal oleh sebuah universiti yang dipilih... menyebabkan pilihan saya kuat ke arah OUM... kerjasama yang diberikan oleh pihak OUM memudahkan dan menyenangkan segala urusan pendaftaran saya.

Doakan saya berjaya selesaikan 4 tahun di OUM ini... bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak dan juga keluarga... bukannyalah saya seorang yang banyak duit buat PhD di universiti swasta... tetapi apabila saya mengira kos pergi balik, penginapan, makan minum dan sebagainya lebih kurang sama kosnya jika saya buat di OUM Melaka.

Dikira pula masa bersama anak-anak pasti kan menjadi terhad apabila saya belajar di universiti sama ada di Kuala Lumpur atau JB... berbanding di OUM ini... jaraknya yang hanya 20 minit dari rumah saya!

Saya juga telah bertanya dengan pelajar yang mengambil di OUM dan rata-rata mereka memberi kata positif, google subjek2 yang akan diambil dan sebagainya... semangat semakin kuat

Semoga dipermudahkan... Insyallah



ALANGKAH BAHAGIANYA....

Assalamualaikum...

Hari ini saya telah menghadiri malis persaraan sahabat di tempat kerja lama... seronok kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama. yang lama tidak berjumpa... masing-masing sungguh excited kerana dapat bersua muka. terasa sayu melihat wajah-wajah sahabat yang semakin berusia 

Terkenang kenangan semasa bersama bertugas dahulu... memang kami macam adik beradik... kerja bersama-sama ...meluahkan apa yang tidak puas hati... tempat memberi pendapat dan sembang apabila sama-sama berehat... bila masa stress dan letih bergurau usik mengusik kami semua... alangkah bahagianya.

Hubungan kami semua bukan setakat kami sahaja bersahabat... tetapi dijalin dengan hubungan baik anak-anak dan keluarga... itu lah sebaiknya. pabila raya datang menziarah, group whatsupp sentiasa riuh dengan ucapan birthday jika ada yang meraikannya, dan jika ada yang kurang sihat sama-sama kami menziarahinya... nah lihat lah... bertapa kuat ikatan yang terjalin.

Teringat group orang otai seperti Kak Nurul, Abg Azman, Sir Norly, Kak Nik Salmy, Norliza, Yus dan ramai lagi yang sangat-sangat bersemangat dan bersatu hati dalam menjayakan satu-satu program. kesannya kita semua sentiasa di atas cemerlang menjadi ikutan yang lain

Sejujurnya saya sangat-sangat rindukan kalian semua... huhu...

Semoga hubungan ukhwah yang telah terjalin ini akan terus subur dan terjalin sampai bila-bila... Insyallah 



19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...