Wednesday, January 2, 2019

2019

ASSALAMUALAIKUM

Sudah 4 hari kita melangkah ke tahun 2019... saya doakan keluarga saya, anak-anak dan semua yang mengenali diri ini akan terus sukses dalam melayari bagi tahun 2019.

Kalau ditanya saya apakah azam tahun baru ini... Azam saya tahun 2019 ini ialah untuk menjadi manusia yang lebih baik hubungannya dengan manusia dan juga dengan Allah SWT.

Bagi tahun 2019 ini, saya akan sambung belajar di peringkat PhD/EdD dimana ramai yang menyatakan bahawa jodoh saya dengan OUM (Open Universiti Malaysia) sangat kuat, banyak survey dilakukan semua universiti IPTA dan IPTS yang masa satu berkenan... akhirnya masalah dihadapi secara taknikal oleh sebuah universiti yang dipilih... menyebabkan pilihan saya kuat ke arah OUM... kerjasama yang diberikan oleh pihak OUM memudahkan dan menyenangkan segala urusan pendaftaran saya.

Doakan saya berjaya selesaikan 4 tahun di OUM ini... bukan untuk diri sendiri tetapi untuk anak-anak dan juga keluarga... bukannyalah saya seorang yang banyak duit buat PhD di universiti swasta... tetapi apabila saya mengira kos pergi balik, penginapan, makan minum dan sebagainya lebih kurang sama kosnya jika saya buat di OUM Melaka.

Dikira pula masa bersama anak-anak pasti kan menjadi terhad apabila saya belajar di universiti sama ada di Kuala Lumpur atau JB... berbanding di OUM ini... jaraknya yang hanya 20 minit dari rumah saya!

Saya juga telah bertanya dengan pelajar yang mengambil di OUM dan rata-rata mereka memberi kata positif, google subjek2 yang akan diambil dan sebagainya... semangat semakin kuat

Semoga dipermudahkan... Insyallah



No comments:

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...