Wednesday, January 2, 2019

ALANGKAH BAHAGIANYA....

Assalamualaikum...

Hari ini saya telah menghadiri malis persaraan sahabat di tempat kerja lama... seronok kerana dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama. yang lama tidak berjumpa... masing-masing sungguh excited kerana dapat bersua muka. terasa sayu melihat wajah-wajah sahabat yang semakin berusia 

Terkenang kenangan semasa bersama bertugas dahulu... memang kami macam adik beradik... kerja bersama-sama ...meluahkan apa yang tidak puas hati... tempat memberi pendapat dan sembang apabila sama-sama berehat... bila masa stress dan letih bergurau usik mengusik kami semua... alangkah bahagianya.

Hubungan kami semua bukan setakat kami sahaja bersahabat... tetapi dijalin dengan hubungan baik anak-anak dan keluarga... itu lah sebaiknya. pabila raya datang menziarah, group whatsupp sentiasa riuh dengan ucapan birthday jika ada yang meraikannya, dan jika ada yang kurang sihat sama-sama kami menziarahinya... nah lihat lah... bertapa kuat ikatan yang terjalin.

Teringat group orang otai seperti Kak Nurul, Abg Azman, Sir Norly, Kak Nik Salmy, Norliza, Yus dan ramai lagi yang sangat-sangat bersemangat dan bersatu hati dalam menjayakan satu-satu program. kesannya kita semua sentiasa di atas cemerlang menjadi ikutan yang lain

Sejujurnya saya sangat-sangat rindukan kalian semua... huhu...

Semoga hubungan ukhwah yang telah terjalin ini akan terus subur dan terjalin sampai bila-bila... Insyallah 



No comments:

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...