Monday, January 9, 2017

Bonda ku

Assalamualaikum...

Setiap pagi antara rutin wajib yang biasa dilakukan semasa ke pejabat ialah menghubungi bonda yang tercinta. satu-satunya wanita yang banyak berkorban demi anaknya yang satu ini.... huhuhu.  wanita yang banyak berkongsi kisah suka duka dalam mengharungi hidup ini. Insan yang ikatannya tidak akan putus sampai bila-bila sehingga di akhirat kelak.


Bagi yang masih mempunyai mak dan ayah jagalah mereka sebaik mungkin, jikalau mereka tiada nanti janganlah sampai kita tercari-cari apa sumbangan bakti kita kepada mereka. Walau banyak sekalipun sumbangan kita kepada mereka, masih tidak memadai apa yang telah mereka berikan kepada kita semua... kasih sayang dan cinta, ibarat kebaikan kita umpama setitik nila di dalam lautan tidak memadai seperti mana yang telah mereka curahkan.




Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al Ahqaaf ayat 15:

Taksirnya: "Dan Kami perintahkan kamu bebruat baik kepada kedua ibu bapanya."

sebagai seorang anak, kita hendaklah mengutamakan ibu bapa kita berbanding orang lain. Ini kerana Islam meletakkan kemuliaan ibu bapa selepas Allah SWT dan RasulNya. Ketahuilah jika ibu bapa Redha kepada anaknya maka Allah SWT akan Redha kepadanya. sebaliknya jika ibu bapanya kecil hati atau marah kepada anaknya maka Allah SWT juga akan murka kepada anak tersebut



Buat Bonda ku tercinta Dunia dan Akhirat selagi kami ada... perjalanan hidup mu akan dihiasi dan diwarnai dengan rasa gembira, tenang dan bahagia selalu... itu janji anakmu ini... Insyallah.  







No comments:

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...