Saturday, May 27, 2017

Nostalgia berbuka puasa...

Assalamualaikum...

Post ini dibuat selepas sahur puasa hari yang ke-2 semasa menunggu azan suboh... sesungguhnya dapat berpuasa di kampung merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nantikan... perasaan ini sentiasa mengimbau kembali zaman kanak-kanak dahulu. Teringat dahulu arwah ayah la yang akan mengejutkan semua kami lima beradik bersahur.

Ketika menunggu berbuka puasa... arwah ayah akan membawa kami menunggang motor pusing keliling kampung. Apabila besar sekolah rendah dan menengah... kami semua ada tugas masing-masing... saya ditugaskan menyusun pinggan cawan, along ditugaskan mengetuk ais batu, mak teh mengemas meja selepas berbuka... semua ini lah nostalgia yang boleh dicerita pada anak cucu kita nanti.

Kini... apabila telah mempunyai keluarga sendiri... saya cuba mencipta nostalgia yang boleh anak-anak kenang apabila besar kelak... antaranya kami akan berbuka puasa di taman kami... sungguh nyaman sambil makan menghirup udara petanģ dan mendengar azan dari masjid berdekatan...

Semua ini... kenangan yang kita akan rindui selamanya... untuk kita putar masa kembali ke zaman tersebut adalah sesuatu yang mustahil!... maka saat dan ketika yg ada sekarang kita nikmatinya dan kita hargainya... supaya nanti ia menjadi kenangan terindah kelak.












7 comments:

ina_zulkifli said...

nostalgia yang sangat2 indah untuk dikenang En khairul...dan berbuka puasa bersama keluarga tersayang merupakan saat2 yang paling bahagia..haiii..andai dapat kuundurkan putaran dunia...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Kan.. kalau boleh diputar... sangat membahagiakan...

Unknown said...

....dan saat2 ini juga lah yg ditunggu oleh ank2 dimna ini lah peluang ank2 meminta ibu bapa membelikan bunga api, sebab bunga api akan di mainkan bila bulan puasa kebanyakanya dan di saat ini lah kedengaran bunyi meriam buluh, berbeza di masa kini sgt kurang kita dgr bunyi meriam buluh di mainkan tetapi ank2 skrg lbh cenderung dgn teknologi sekarang iaitu table dan tel bimbit, tak mustahil akan dtg ank2 tidak mengenali apa itu meriam buluh

Unknown said...

*tablet

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul tu Sazalie

Unknown said...

Kenangan yg paling tak dapat dilupakan ketika nak menyambut bulan ramadan ialah... sehari sebelum puasa kena kejar ayam kampung utk dijadikan lauk bersahur nnt.. riuh sekampung kepong ayam... skrg mana ada dah.. Beli ayam kat pasar je..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

semua kenangan semasa kecil adalah memori yang terindah untuk kita semua

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...