Saturday, May 20, 2017

Berbumbungkan bintang...

Assalamualaikum...

Malam tadi aktiviti makan di luar rumah ini dilakukan sekali lagi... kami telah melakukan aktiviti sebegini beberapa kali sebelum ini sangat menyeronokkan kerana ia merupakan peluang dan ruang untuk kita bersama satu keluarga.

Bermula mohd dan yaya bersungguh-sungguh untuk makan di luar rumah... kata mereka " ayah... dah lama kita tak makan di taman...". Permintaan anak-anak ini sangat sukar saya tolak.

Untuk tidak menghampa anak-anak... maka dibuat selepas maghrib... nampak diwajah mereka perasaan yang sangat bahagia dan gembira. Sebenarnya proses untuk membuat semua ini yang sangat berharga dari petang lagi.... semua orang sama-sama membantu... seperti biasa pembahagian tugas dilakukan. Adam sudah pandai menghidupkan bara maka tugas itu diberikan kepadanya, yasmine mengemas meja, yaya dan mohd membersihkan halaman.

Seingat saya aktiviti sebegini paling tidak dilupakan dimana dijalankan dengan siap khemah didirikan dan ada unggun api pada tahun lepas... semua dilakukan adalah untuk memberi pengalaman kepada anak-anak agar mereka tidak menjalani kehidupan yang sama setiap hari sehinggakan mereka sendiri tiada memori manis untuk dikenang apabila besar kelak.

Di sini saya kongsikan beberapa gambar...





Berkhemah di luar rumah tahun lepas 2016


















2 comments:

ina_zulkifli said...

Moment yang terindah bersama anak2 kan en khairul....mencipta kenangan bersama mereka...kredit untuk en khairul kerana sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik pada anak2...kebaikan yang patut dicontohi...

Unknown said...

Best... aktiviti yg sangat berharga untuk anak2 menyimpan kenangan dimasa akan datang... Saya cukup minat aktiviti mcm ni en.khairul.. berkhemah.. Buat unggun api.. menikmati keindahan mlm... fuhh.. Best sangat..

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...