Wednesday, May 31, 2017

CONFORT ZONE...

Asalamualaikum...

kita hidup perlu ada variasi...

Inilah antara ayat yang tercetus dari bibir ini pagi tadi apabila berbual...


Bila difikirkan balik, bagi saya... kita perlukan variasi sepanjang kita menjalani hidup ini. bukan hanya statik 1 cara sahaja, perjalanan hidup bangun pagi hingga lelap mata rutin yang sama kita lakukan... pasti membosankan.


Kalau ditanya saya pula... hidup ini kadang-kadang perlukan perubahan untuk menguji kemahiran, ilmu dan memvariasikan hidup kita... maksudnya di sini cuba kita melakukan aktiviti yang di luar kebiasaan kita... Contohnya kita boleh sama-sama beraktiviti seperti bermain bowling, berkhemah dan membuat kuih/kek bersama-sama anak-anak... perkara yang tidak pernah atau jarang-jarang lakukan... itu yang saya teruja untuk mencuba!.

Kalau kita sentuh dari segi kerja kadang kala, mengapa ada kita dengar kawan-kawan beralih kerja, menerima tawaran kerja di tempat baru dan sebagainya... ini kerana kita telah sampai di tahap comfort zone!!!... pada kerja yang lama... inginkan perubahan dan pengalaman baru itu antara alasan kita dengar... 

 Tidak dinafikan yang ada juga antara kita yang selesa tidak mahukan perubahan dan berada di zone tersebut dalam satu jangka masa yang sangat lama... tetapi perkerjaan yang saya lakukan sekarang sangat saya cintai... i really love my job!... kerana sepanjang masa saya akan mempelajari perkara baru.




Bagi saya isu yang diketengahkan ini... terpulang kepada kita untuk menerimanya... tepuk dada tanya selera. Selamat berbuka puasa...




"move out of your comfort zone. you can only grow if you are willing to feel awkward and uncomfortable when you try something".




4 comments:

kiwi said...

Kalau tanya saya..saya mencari variasi semasa berkelana..boleh keluar dari rutin dan boleh juga mendapat ilmu..
Saya baru selasai membaca sebuah buku..Dr Fauziah, aktivis daripada MyCARE, tidak pandai berenang tetapi keluar dari zon selasa beliau, berlayar ke gaza daripada Barcelona atas nama bantuan kemanusiaan dan solidariti beliau ke atas pembebasan Palestin..walhal tugas beliau sebagai seorang doktor di Malaysia adalah sangat selesa.. satu inspirasi yg kuat kepada saya... :-)

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

tqvm... Atas perkongsian pembacaan anda... nak cari lah buku tu

Unknown said...

Betul en.khairul... benda baru yg kita buat akan menghasilkan satu pengalaman yg baru...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Benda baru ini lah yang menvariasikan hidup kita... Epol Png

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...