Saturday, May 13, 2017

IKHLAS MEMBANTU...

Assalamualaikum...

Sedang duduk berehat di hujung minggu... letih semalam masih terasa tetapi kenangan terindah apabila dapat bersama staf dan pelajar saya menyumbang bakti sebagai sukarelawan di Convocation OUM kali yang ke 20 di MITC Melaka.

Jasa baik anda semua sangat saya hargai kerana dapat meluang masa dan tenaga... tanpa anda semua majlis besar ini tidak akan berjalan lancar dan berjaya.

Bukan semua orang dapat merelakan diri bagi meluangkan masa... dimana pada hari tersebut sepatutnya bersama keluarga tercinta tetapi kerana anda mempunyai hati yang luhur dan ikhlas membantu... anda berada di MITC




8 comments:

ina_zulkifli said...

pengalaman yang sgt2 berharga en Khairul....sekurang2 nya dapat menaikkan semangat kami yang sedang berperang dengan pengajian ni...manis rasanya dapat berkongsi hari besar graduan2 semua..doakan yer supaya ada harinya untuk kami nanti...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Insyallah... saya selalu doakan untuk pelajar saya.

Unknown said...

Tahniah...en.khairul kerana berjaya melaksanakan tugas dengan jayanya..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm... Epol Png kalau bukan kerana dia orang majlis tidak berjalan lancar saya mempunyai sukarelawan terbaik dan sangat rajin.

ZZ said...

terima kasih daun keladi
lain kali tolong lah lagi
jangan serik membantu kami
ada jodoh bertaut kembali

ZZ

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Terbang melayang si burung hantu
Merenung tajam di bendang padi
Insyallah kami sedia membantu
Dengan hati seikhlas budi

Zz said...

Dagang pak malau tumpang beradu
Beradu kami beralas jerami
Orang yang jauh jangan dirindu
Ada kesempatan jenguklah kami

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...


Akar bangsa perlu ditatang
Gazhal bergema di pekan rokan
Ucapan kami selamat datang
Kehadiran semua kami raikan

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...