Monday, May 15, 2017

MAKAN TEBU...!!!

Assalamualaikum...


Semalam petang sedang membersihkan bahagian belakang rumah... tebu yang ditanam dengan penuh kasih sayang diserta dengan doa yang diajar oleh arwah ayah sangat menjadi...!!!. Hasilnya buah tebu yang besar dan telah boleh dimakan... nampakkan tanaman pun memerlukan perhatian dan kasih sayang inikan pulak kita.


Anak-anak semua dah mula bising-bising mengikut saya ke belakang rumah apabila saya mengambil parang menebang pokok tebu... macam-macam soalan yang ditanya... macam mana nak makan tebu, nak makan bahagian mana dan sebagainya.

Teringat masa kecil... saya pernah makan tebu dengan menggunakan gigi sahaja untuk membukanya dan pengalaman makan tebu ini saya ingat sampai bila-bila dan kini saya inginkan anak-anak saya juga merasai pengalaman ini... pengalaman yang bukan boleh dipelajari di dalam kelas. (setakat pergi pasar malam beli air tebu itu semua biasa) 

Alhamdulilah... semua anak-anak dapat merasai dan menikmati pengalaman makan tebu. Sesungguhnya pengalaman ini semua bukan boleh dipelajari di dalam kelas tetapi dari pengalaman hidup seharian kita.

Nur Insyirah dan Nur Muhammad kali pertama nak makan tebu

Salam sayang untuk semua....


2 comments:

ina_zulkifli said...

So sweet...pendedahan suasana dan apa yang pernah kita lalui pada zaman kecil kita pada ank2..adalah sesuatu yang sgt membanggakan untuk kita kongsi..supaya mereka tahu betapa indahnya zaman kecil kita sewaktu di kampung dulu..nice sharing en khairul..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Most Walcome Zarina... saya seorang yang sangat percaya bahawa kenangan yang diperolehi dari pengalaman lebih berharga dan lekat dihati... itu yang saya cuba praktikkan pada anak-anak saya.

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...