Saturday, May 6, 2017

Bonda...

Assalamualaikum...

Demi memenuhi jemputan majlis perkahwinan bekas staf maka dapat berada di kampung hanya semalam sahaja... walaupun hanya semalam berada di kampung tetapi terasa puas kerana dapat juga menghirup udara segar yang telah membesarkan anak kampung ini.

Walaupun sekejap, pasti wajah bonda yang tercinta ini ditatap, ambil masa berbual-bual selepas suboh dan breakfast bersama.. kerana selalu teringat sepotong ayat di dalam sebuah buku yang menyatakan jenguk lah dan tataplah wajah ibubapa... kerana jika kita hanya menatap wajah mereka ini sahaja hidup kita pasti dipenuhi keberkatan... itu belum lagi besarnya kebaikan diperolehi jika kita menjaga mereka.




Sejujurnya saya sangat suka menghadiri majlis perkahwinan kerana dapat merasai suasana kemeriahan majlis tersebut, tidak kira sama ada majlis di buat di rumah atau pun di dewan semuanya saya suka. Jika banyak undangan dalam sehari sebolehnya saya akan cuba menghadirinya walaupun sekejap. Semua ini adalah cara untuk kita eratkan dan rapat kan ikatan hubungan dengan tuan rumah. Apabila kita dapat hadir ke majlis mereka pastinya tuan rumah berasa berbesar hati... mereka akan ingat sampai bila-bila yang kita pernah memenuhi undangan mereka.

Semoga hubungan erat antara kita semua... kita pelihara bersama-sama. Insyallah...









4 comments:

Unknown said...

Saya sangat setuju... tanpa ayahanda & bonda siapalah kita kan.. ibu bapa bukannya nak harta kita.. yang mereka mahukan kasih syg dari anak2..jenguk mereka kat kg dah memadai.. Saya pun tiap2 minggu balik jenguk.. walaupun jarak rumah agak jauh... kalu tak dpt balik..terasa mcm tak lengkap..

Unknown said...

Terima kasih en blogger handsome. Saya admire dgn semua yg en post

Unknown said...

Gud job...menjengah ibu bapa bermakna menjengah keberkatan n syurga kita...teruskan segala kebaikan itu...semoga segala yg baik dikongsikan di blog ini mjadi pemangkin juga inspirasi dlm segala kebaikan2 akan dtg..
#sahabatyangbaikadalahsahabatyangbermanfaat

ina_zulkifli said...

alhamdulillah en khairul...saya pun dapat melihat wajah2 syurga saya minggu ni...terasa tenang dan hilang rindu bila dapat bersama mereka walaupun sekejap...semoga ank2 pun akan ada perasaan yang sama apabila mereka berjauhan dari kita nanti...

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...