Thursday, May 25, 2017

RAIKAN RAMADHAN

Assalamualaikum...

Esok 1 Ramadan 1438 kita semua akan menjalani ibadah puasa bagi tahun 2017... Alhamdulilah kita berjumpa lagi Ramadhan kali ini. Semoga kita semua menjalani ibadah puasa dengan tenang dan bahagia.  Setiap kali sahur, berbuka puasa pertama pastinya kami semua akan balik kampung di Segamat Johor untuk sama-sama berpuasa dengan Bonda tercinta... nikmat berbuka bersama dengan insan tersayang pastinya di tunggu-tunggu.






Di sini saya kongsikan info tentang fadilat berpuasa di sudut Sains dimana bagi mereka yang berpuasa para penyelidik ilmuan perubatan menyatakan bahawa puasa dapat membuang toksin dalam badan kita secara tidak lansung akan meningkatkan sistem imunisasi badan melawan penyakit. 

Menurut Dr. Mc Fadon, seorang doktor dari Amerika, "Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut," Banyak kejayaan beliau yang berjaya mengubati pesakit-pesakit dengan menyarankan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat-ubat moden dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit tetapi ia juga dapat menajamkan minda kita.




Dalam dunia Biologi, membuktikan bahawa perut dana usus melakukan proses pencernaan maka otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga pengaliran dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila  kita makan terlalu kenyang otak akan menjadi lemah, mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.



Semoga perkongsian ilmu ini akan membawa kebaikan kepada kita semua... saya dan keluarga mengucapkan selamat berpuasa untuk semua yang mengenali diri saya, keluarga, dan sahabat semua. Sesungguhnya marilah kita sama-sama raikan Bulan yang penuh barakah ini... Insyallah




2 comments:

ina_zulkifli said...

Selamat menjalani ibadah puasa En Khairul....semoga amalan kita diterima dan memperoleh pahala berganda....insyaallah

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Terima kasih zarina... lagi berganda juga kita niat ibadah semasa bekerja

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...