Friday, March 24, 2017

Halal segalanya...



Post hari ini khusus untuk semua pelajar OUMH1103 semester Januari 2017


Hari ini merupakan kelas terakhir anda semua bersama saya. Doa saya akan terus bersama agar kamu semua lebih kuat dan cekal menjalani hidup sebagai pelajar dan bekerja. Diharap agar semua akan terus menuju kehadapan jangan berpaling lagi... ini adalah pilihan tepat untuk anda semua memilih untuk terus belajar. 

"Kalau tidak berani dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai..."

Saya sangat yakin anda semua tersemat semangat berani dan tidak putus asa
Buktikan kepada saya!!!


Allah telah susun cantik-cantik 
jalan hidup kita
jadi...
 jangan risau
teruskan melangkah walaupun 
berkali kau jatuh.


Pastinya rasa rindu akan terbit dalam diri kita kerana selama hampir 3 bulan kita berinteraksi semua meluahkan rasa keluh resah dan masalah... its ok... saya ibarat bapa kepada anda semua paham dan menjadi pendengar yang setia mana yang boleh diselesaikan saya akan sedaya upaya selesaikan.

Sesungguhnya percaya lah bahawa anda semua banyak mengajar dan membuka mata hati saya erti hidup ini yang penuh dengan warna

Hubungan dan ukhwah yang terjalin ini jangan kita putuskan biarlah sampai bila-bila, ada masa dan panjang umur kita akan jumpa lagi... mungkin di sem. akan datang mana tau saya akan menjadi tutor anda lagi kan..?

Akhir kata...

Saya memohon maaf jika sepanjang kita bersama banyak kelemahan yang ada. Saya telah cuba berikan yang terbaik kepada anda dan saya halalkan ilmu saya segalanya... 





 Assalamualaikum...





6 comments:

ina_zulkifli said...

terima kasih en khairul...jasa en khairul akan saya kenang ke akhir hayat...jutaan terima kasih juga sbb sentiasa bg semangat..pernah terfikir nk quit..dgn ank yg masih kecil..baru naik pangkat..study lg..mmg struggle..tapi syukur ada suami yg sgt2 memahami..cuma satu yg buat saya terkesan..pic en khairul time ambil skroll ngan ank2..saya pun nk mcm tu..doakan saya..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Saya hanya bantu mana yang perlu... sebagai tutor saya mahukan u all semua berjaya sampai konvo nanti.. insyallah jika ada kemahuan anda akan berjaya... Zarina... semuanya berbalik kepada kita sama ada nak tau tak nak...

Unknown said...

tq cek khairul.x terbalas ilmu yg di curahkn.

Unknown said...

harap hubungan kite tidak terputus disini.mungkin susah lagi nk dpt pensyarah mcm cek khairul lagi.di harap lepas ni klu kite semua ade masalah nk assimen blh rujuk n cek khairul lagi hihi.

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Memang tanggungjawab saya.. Rizuan Avy

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Insyallah...boleh kita wasupp shj...

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...