Saturday, March 25, 2017

Aku budak kampung

Assalamualaikum...

Rasa tenang dan damai pagi ini. Hari ini sambil melihat pokok dikeliling rumah... terpikir apa nak buat masa berkualiti untuk anak-anak. Rasanya nak buat aktiviti out door di rumah shj.. cthnya breakfast dan lepak-lepak sama-sama di luar rumah.. apa yang ada di sekeliling kita lakukan bersama rasanya dengan aktiviti ini sudah memadai. Biasanya bab membersihkan ruang luar untuk bersantai memang tugas Yasmine dan yaya... tugas adam dan mohd bentang tikar dan letak meja...

Gambar masa bersantai diruang luar waktu malam

Teringat dulu-dulu masa kecil... dimana saya merupakan anak orang kampung yang membesar dekat dengan alam semula jadi, dimana saya banyak melakukan aktiviti di luar rumah... contohnya mandi perigi, main hujan, buat pondok di atas pokok dan sebagainya. Sayang sekali... anak-anak tidak merasainya kini dan sebab itu lah bila pulang ke kampung anak-anak diharamkan membawa ipad dan mereka akan lepas bebas main diluar rumah...

Semoga aktiviti hari ini memberi ruang dan masa untuk anak-anak berkongsi cerita, masalah dan apa sahaja dengan ayah mereka ini yang bila waktu bekerja selalu tiada banyak masa untuk bersama, diharap aktiviti hujung minggu ini akan menambah rasa erat dan kasih antara kita...

Insyallah...




4 comments:

Unknown said...

Alhamdulillah..
Teringin sgt ada suasana mcm ni bersama anak2.. insyaAllah satu hari nanti. Amin..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Insyallah.. kita boleh cipta sendiri memori tersebut...

Unknown said...

Beriadah adalah satu cara untuk mengeratkan lagi silaturahim dgn org2 yang tersayang...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Ya betul... kita boleh mengeratkan hubungan kita dengan keluarga yg tercinta

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...