Thursday, March 23, 2017

Bahagia dengan yang dimiliki kini

Assalamualaikum...

Lama rasanya tidak menulis di dalam blog ini.... ialah banyak perkara dan peristiwa yang telah berlaku sepanjang masa antara post sebelum ini dan saat post ini ditulis.

Ramai insan yang mewarnai perjalanan hidup ini...

Teruatamanya pelajar di OUM yang sentiasa ceria walaupun belajar sambil bekerja. pelbagai pahit getir luah rasa mereka disepanjang menyiapkan tugasan mereka. di dalam hati ini sentiasa berdoa agar mereka semua terus tabah mengharungi pelbagai dugaan... Insyallah anda semua akan berjaya mengenggam segulung ijazah. saya hanya mampu mengucapkan syukur ketika itu.    

Kepada insan yang disayangi dan dicintai... anda pembakar semangat dan memberikan rasa bahagia dan ceria  dalam mengharungi hidup ini.

Baru-baru ini saya membaca sebuah buku dimana ada bait-bait ayat yang saya merasakan sangat-sangat terkesan dengan pepatah...

KITA JANGAN SIBUK MENCARI YANG SEMPURNA
JIKA 
YANG SEDERHANA MAMPU MEMBUAT MU 
BAHAGIA 


Maksud disini sangat jelas dengan menyatakan bahawa kita jangan mengejar sesuatu kesempurnaan dengan mengharapkan ia memberi kepuasan kepada kita sedangkan apa yang ada di depan mata kita... hak kita... sebenarnya mampu membuat kita senyum bahagia... bersyukur dengan apa yang ada. Tiada yang sempurna dalam dunia ini.... itu pasti!

Setiap hari... setiap pagi... diri ini sentiasa niat untuk memberikan 

Kebahagiaan... 
Melimpahkan rasa cinta
Menyuburkan rasa kasih sayang 

Semoga aura ini akan terus kekal abadi selamanya... Insyallah


















8 comments:

Anonymous said...

test

Unknown said...

Alhamdulillah diberi kesempatan membaca entrt terbaru tuan..
Terkesan dgb kesederhanaan dan kebahagiaan.
Semoga diberi kekuatan dan kelapangan utk entry seterusnya.. cant wait!!

ina_zulkifli said...

very inspiring......terima kasih kerana berkongsi rasa dan kebahagiaan....luv your writing en khairul....izinkan saya utk terus mengikuti.....

Unknown said...

beban yg di pikul tidak semua org yang tau kejayaan tak dtg begolek.pegorbanan dan usaha menjandi tanga mengapai bintang di langit.tq cek khairul

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Ya betul... apa-apa pun semangat perlu kuat jangan mudah rebah

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm zarina ... anda memberi saya semangat utk terus berkongsi rasa kepada semua

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Terima kasih banyak2 shahir kerana terus mengikuti blog saya. Ambil mana yang baik utk dijadikan pedoman

ina_zulkifli said...

sama2 en khairul.....selama ni hanya blog2 HIV positif yg saya baca....kerana saya seorg HIV nurse counsellor....saya ingin explore cara kehidupan mereka dan apa yg mereka rasa....tapi penulisan en khairul lain....more to family...rasa sayang pd family...ank2....ibu bapa....dan yg paling terkesan....hari2 telefon mak....i'm doing the same thing...sejak 17 thn saya di negeri org...its my dly routine till now en khairul....

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...