Thursday, March 30, 2017

Rindu ayah...

Assalamualaikum

Pagi tadi semasa melakukan pemantauan di sekolah kawasan merlimau berbual dengan seorang guru yang mengajar subjek sains... lama berbual baru ingin bertanya asal dari mana

Apabila dia berkata dari Segamat, Johor hati terdetik bertanya kawasan mana... kawasan buluh kasap dan dulu lancar sahaja dia berkata mengajar sekolah disana

Saya terus bertanya adakah kenal dengan arwah ayah saya bernama Cikgu Wahled.. terus dia tiba-tiba terdiam. Kata nya itu la cikgu yang banyak mengajar dia ilmu menjadi seorang manusia.

Berkaca matanya berkata tidak sangka di hadapan kini ialah anak kepada guru yang amat dia sayangi. Di dalam hati terus berkata kecilnya dunia ini Ya Allah.

Beliau banyak bercerita bertapa hebatnya arwah ayah yang mendidik dengan menggunakan jiwa sehinggakan semua anak didiknya berjaya kini.

Rasa bangga terus kekal sampai la ke saat post ini di buat, dimana hati ini sentiasa mengakui bahawa memang arwah ayah seorang insan hebat bagi ramai pelajarnya termasuk anak-anaknya

Ayah... angah tidak sehebat ayah.

Tetapi diri ini akan cuba untuk menjadi seperti arwah ayah sehingga di saat akhir masih ramai pelajarnya yang menziarah beliau dan ada yang meminta izin untuk mengucup dahi arwah ayah sebelum ayah pergi meninggal semua.

Bertapa hebatnya ayah...  Masyaallah

Alfatihah untuk ayahanda tercinta... Wahled Bin Hj Idon

Perginya seorang ayah terhebat
Perginya seorang penasihat terbaik
Perginya seorang insan berjaya di dunia dan di akhirat...
Perginya seorang insan yang banyak mengajar erti hidup bersyukur.

Insyallah kita akan berjumpa nanti yah... di sana...

10 comments:

Unknown said...

Alfatihah
Semoga rohnya sentiasa di tempatkan dikalangan org2 yg beriman dah beramal soleh..
Alhamdulillah.. berbanggalah kerana ayah tuan mmg seorang yg sgt boleh dibanggakan. Semoga kebaikan arwah menjadi contoh utk kita semua. InsyaAllah

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Insyallah... hebatnya sampai kini masih diperkatakan...

ina_zulkifli said...

al fatihah..semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman dan beramal soleh...saya percaya en khairul pun akan menjadi seseorang yang akan dibanggakan suatu hari nanti....insyaallah....

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm zarina... saya pun doakan awak akan berjaya apa yg diimpikan... insyallah

Unknown said...

Al fatihah.. semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yg beriman.. dan en.khairul akan terus berjaya serta menjadi kebanggaan org tersayang..

ina_zulkifli said...

amin....ya rabb....doa seorg guru tu mustajab utk anak muridnya.....insyaallah.....

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Terima kasih Epol... alfatihah...

alifreyes or said...

Al fatihah...

LIS RASITA said...

AL FATIHAH..kehebatan ayahnya akan diwarisi oleh anaknya secara tidak langsung dan tanpa disedari..kerana..
"ANAK-ANAK AKAN MENILAI DAN MELIHAT DIRIMU MELALUI KELAKUANMU,..BUKAN DARI NASIHATMU.."

#kitaadalahcerminanak-anak

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm... atas nasihat ini. Sesungguhnya semua anak-anak menjadikan ibubapa mereka idola mereka sendiri.

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...