Wednesday, April 26, 2017

ROTI GARDENIA...

Assalamualaikum...

Hari ini penerbangan ke labuan akan berlepas di jangkakan dalam pukul 2.30 petang. Terasa berat nak meninggalkan kekasih hati yang asyik mengingatkan... "ayah kat sana jangan lupa beli coklat nanti".. hihi

Rasa teruja juga nak ke labuan kerana dapat lah berjumpa dengan anak buah Aysya, Arysa, Amyra dan Alyna yang baru setahun lebih menetap di sana. Tunggu pak ngah sampai ya sayang... rasanya kali terakhir berjumpa mereka pada awal tahun lepas mereka balik ke semenanjung.

Tiada apa yang akan dibawa untuk mereka selain daripada roti Gardenia yang tiada di sana... teringat tiba-tiba Tokey roti gardenia Syed Mokhtar Syah Bin Syed Nor Bukhary yang merupakan antara insan menjadi idola diri ini dan sekarang beliau antara 10 jutawan terkaya di Malaysia dan sifat beliau yang sangat perahsia. Yang menarik tentang beliau ialah latar belakang pendidikan yang tidak tinggi dan tidak sempat mengambil SPM kerana disebabkan kemiskinan tetapi kegigihan beliau... kini berada di puncak... ini yang perlu kita ikut... sifat gigih dan tidak pernah putus asa!.


Insyallah... pasti ada post saya di Labuan nanti.... tungguuuuu!!..hihi

Doakan saya semoga diberi kekuatan dan idea bagi berkongsi info di dalam blog ini.

Salam sayang untuk semua... Muahhhhhh










7 comments:

Izzuddin said...

Btl 2 sir.mencari ilmu punyai pelbagai kaedah dan cara mengikut kemampuan dan kesesuaian seseorg.ijazah terbaik datangnya dari jalanan Dari pengalaman bercakap dan bersalaman

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm syed... saya suka statment ijazah terbaik dtg dari pengalaman

Unknown said...

Betul en.khairul... Saya juga kagum dengan kejayaan syed bukhari.. sebagai anak melayu yg berjaya mencipta nama dalam dunia perniagaan..

LIS RASITA said...

enjoy ur trip ..moga dapat pengalaman dan manfaat...setiap peristiwa yg berlaku mempunyai nilai tersendiri untuk difahami...pembelajaran wujud daripada setiap yang dipandang , dikongsi,dilakukan didengar dan didepani...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul Epol Png... beliau boleh dijadikan contoh

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Tqvm datin seri...

alifreyes or said...

nak jugak coklat labuan hehehe

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...