Wednesday, April 5, 2017

Tinggi Sahamnya....

Assalamualaikum... semua

Semasa duduk berehat melepaskan lelah selepas seharian bekerja... terasa ingin menulis di dalam blog ini berkaitan dengan imej di usia tua....yang sentiasa perlu dijaga terutama umur yang telah mencecah 40/50an...

Dari pengamatan... didapati ada insan yang apabila semakin meningkat usia dari segi penampilan semakin mempersonakan dan segak... contoh paling tepat ialah Profesor Muhaya cuba la baca bukunya yang bertajuk "Sejernih Mata Mu" di situ kita dapat lihat perubahan imej prof dari muda hingga kini... dan ada juga yang semakin tidak bermaya dan tidak menjaga penampilan.

Semuanya terpulang kepada kita... diri kita dimana sekarang... adakah semakin menjaga penampilan atau pun sebaliknya...

Bagi diri yang telah bertambah usia selalu mengingatkan diri ini supaya terus menjaga penampilan dan kesihatan antara caranya ialah menjaga permakanan supaya seimbang, menitik berat cara pemakaian dan sebagainya... ada pastinya berfikiran semua itu daya penarik untuk orang tertarik... pokok pangkal niat kita kearah mana...


Di dalam majalah maskulin majalah untuk lelaki masakini juga ada menyatakan bahawa lelaki di usia 40 ini semakin hebat dalam bergaya...

Ramai yang menyatakan bahawa lelaki semakin tua semakin tinggi sahamnya... kenyataan ini tiada lelaki tidak menyukainya... tetapi menjadi bahan bualan di pihak kaum hawa... kita cuba la fikir membawa penyataan itu ke sudut yang positif...

Tinggi sahamnya

Kerana ilmu duniawi dah akhirat yang penuh di dada dan menjadi idola sesiapa sahaja.

Tinggi sahamnya

Kerana banyak pengalaman dalam menjalani kehidupan dan lebih tenang dalam menghadapi cabaran dan membuat keputusan

Disini... bukan setakat lelaki sahaja... kaum hawa juga boleh menjadi persona dan tinggi sahamnya di usia tua... pokok pangkal hati kita...









10 comments:

Unknown said...

Setuju..
Kaum hawa mohon terasa.. hehe
By the way.. ada sesetengah lelaki yg kurang menyedari cara penampilan diri.. hope jadi panduan untuk kaum2 adam yer.. keep it up..
For admin.. good entry..👍👍

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Sebenarnya kaum hawa lebih menjaga penampilan dan sangat-sangat menjaga kesihatan

ina_zulkifli said...

life begin at 40....en khairul..
of course semua kaum adam setuju...betul kan..
tetapi..harus beringat penyakit pun akan datang pada umur2 begini kalau kita tak jaga pemakanan dan kesihatan...
so..the most important is...balancekan antara kesihatan dan penampilan...
kalau segak bergaya..tapi x sihat..xde gunanya juga kan...
#peringatanbersama....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Mmg betul.. org lelaki akan lebih bergaya apabila dah masuk 40an ni.. bukan apa.. Nak jaga penampilan dan keyakinan diri apabila berada di khalayak ramai...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul tu... zarina.. apa2 pun kesihatan paling utama...

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Semua tu bergantung kepada niat...kalau penampilan dan keyakinan sahaja tidak mengapa... ini ada juga yang niat untuk mencari pasangan baru...itu masalahnya

ina_zulkifli said...

👍

LIS RASITA said...

hahahahaha...topik hangattt...
menghargai diri untuk memnfaatkan kepada keluarga dan orang sekeliling..
#kitaadalahcerminkeluarga

keyakinan melalui pesona dan personaliti saling berkait untuk membina kesempurnaan diri.
kita memang tidak sempurna..tetapi bijak mengendali kekurangan mampu menopang kekurangan.

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul datin seri... kita yg tentukan siapa kita

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...