Wednesday, April 12, 2017

Bottle Flip... practice make perfect!!!

Assalamualaikum...

Banyak kali dah melihat anak sulong melambung botol air mineral dan botol tersebut mendarat dengan sempurna... apabila ditanya... adam menjawab ini lah dinamakan bottle flip...

Apabila dilihat memang aktiviti ini memerlukan fokus yang tinggi dan yang paling penting memerlukan latihan yang banyak... practice make perfect!!!. Pastinya perkara yang sebelum ini dirasakan mustahil boleh dilakukan kini... ayat ini sebenarnya boleh menjadi pegangan kepada pelajar khususnya... untuk berjaya kita perlukan latihan yang banyak barulah kita boleh melakukannya dengan sempurna!!.

Secara personal saya sangat teruja dan merasakan ia aktiviti yang sihat dan tidak membuang masa.

Adam juga menunjukkan aktiviti bottle flip yang banyak terdapat di dalam youtube... hanya perlu botol air mineral yg di isi air separuh... pasti memberikan kepuasan kepada sesiapa sahaja apabila ia berjaya melakukannya.



Ini la salah satu aktiviti yang dilakukan pada zaman kini... kalau zaman saya dahulu... aktiviti out door lebih menjadi pilihan contohnya konda kondi, ting- ting, polis sentri dan sebagainya... hihi.

Selalu teringat kata-kata tokoh islam seperti Syaidina Umar Al Khattab yang menyatakan bahawa "didik la anak mengikut zaman mereka dan bukannya zaman kita"... kerana apa...? Kerana mereka dilahirkan di zaman kini bukan di zaman kita dahulu... dahulu mana ada facebook, apps. Wasupp, instagram dan sebagainya. Tetapi kini zaman mereka dikelilingi dengan semuanya... kita sebagai ibu bapa tidak mampu mengawal mereka dari terdedah semua itu tetapi kita perlu melengkapkan mereka sebanyak mungkin ilmu di dada supaya mereka boleh berfikir mana satu baik dan buruk. Insyallah.







8 comments:

Unknown said...

Walaupun zaman skrg ni byk mainan moden... tapi kenangan manis dan memori bermain polis sentri..galah panjang... tuju guli....aci2 buka pintu...tidak dapat dilupakan...

Unknown said...

Ohh. Baru tau..
Nmpk sgt dh tua kita ni..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Hihi... kann.. sama la... cuba la.. best

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Itu antara permainan nostalgia tak boleh dilupakan... huhu

ina_zulkifli said...

Practice...make perfect.....setuju dgn ayat tuuu...
Tapi yg pasal bottle flip ni....ketinggalan jugak rasanya...maklum..bkn permainan zaman kita..😅

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Sama la kita ina... kita rasa pelik hayun-hayun botol ni... tapi ini lah hakikatnya permainan zaman dia orang...hihi

LIS RASITA said...


POTENSI DIRI TERPAMER MELALUI PEMERHATIAN,PENIRUAN DAN DAYA FIKIR YANG SEMPURNA.KEHEBATAN INDIVIDU MAMPU MENGUNDANG KEYAKINAN DIRI TAHAP TINGGI.

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Ya betul datin seri... tetapi ramai juga yang tidak mempunyai keyakinan diri

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...