Monday, April 3, 2017

Bukan masa untuk demand sekarang....!

Assalamualaikum...

Letihnya rasa apabila setiap kali sampai ke rumah selepas selesai seharian melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja... tetapi hati sentiasa redha dengan menyatakan inilah rezeki yang Allah telah tetapkan untuk diriku dan keluargaku... syukur alhamdulilah...

Walaupun tugas yang diamanahkan sangat berat apabila bangun pagi pastinya hati sentiasa riang bernyanyi lagu dan bersemangat untuk ke pejabat kerana boleh dikatakan sekarang ini saya mempunyai rakan kerja dan bos yang sangat hebat serta suasana kerja paling ceria dan kami semua bersaing secara sihat

Bagi diri ini... memilih suasana kerja antara faktor penting dalam memastikan pekerja sentiasa terus cemerlang dan disamping adanya pemimpin yang prihatin dan bertimbang rasa antara kriteria utama dalam sebuah organisasi untuk terus kekal cemerlang.

Dah ramai melihat bagaimana anak muda kini terlalu memilih pekerjaan contohnya di pejabat sendiri sentiasa silih pengganti pembantu tadbir sementara... ada diantara mereka yang hanya bekerja selama setengah hari sahaja dan terus tidak datang-datang lagi!!!... apabila ditanya mengapa... alasan yang diberikan ialah tidak kena dengan jiwa, hendak bekerja sendiri dan sebagainya...

Dengan ekonomi yang kini tidak memberansangkan... apa sahaja pekerja yang diperolehi jangan la kita terlalu bersikap demand... bersyukur apa yang diberikan dan terus jadi pekerja yang disenangi dan di hormati.

Sekian untuk kali ini... bekerja lah bukan kerana gaji semata-mata tetapi berkerjalah dengan hati yang ikhlas.












2 comments:

Unknown said...

Setuju.. kebanyakan pekerja2 muda sekarang lebih kepada bekerja untuk suka2 or isi masa lapang.. one of the reason mereka bukan dr kalangan keluarga yang susah dan mereka tidak mengerti lagi berkaian tanggungjawab. Tapi tak semua seperti tu.. that all depend on ur attitude..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Betul Mr momo... mereka ini semua masih belum kenal dunia yang sebenar apabila mereka sedar dan ada tanggungjawab nanti baru mereka ini tahu langit tinggi rendah. Tetapi tidak dinafikan ada juga yang sangat berdedikasi lebih dari yang telah lama bekerja.

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...