Saturday, April 29, 2017

DOE PT3... Terbaik di Dunia!!!

Assalamualaikum...

Pagi akhir di Labuan sangat menyenangkan dan terasa berbeza kehidupan di sini berbanding di tempat sendiri... yang paling ketara gaya pemanduan penduduk di sini lebih tenang dan santai, perjalanan kehidupan mereka lebih perlahan tidak terkejar-kejar, serta percakapan mereka sangat berbudi bahasa... sedap mendengar loghat sabahan.

Pic ini diambil dari DOE Perlis En Fuad

Terkenal dengan pulau bebas cukai... membuatkan harga barangan seperti coklat agak murah... anak-anak sudah berpesan coklat terutamanya Nutella. Insyallah kalau ada rezeki dapat ke sini lagi mungkin bersama keluarga tercinta pula.

Antara tempat yang sangat menarik perhatian ialah di Chimney Tanjung Kubong... tempat bersejarah yang mendapat pengiktirafan antarabangsa pada tahun 2014 dengan anugerah "The Internasional Green Apple Awards For Enviromental Best Practice"


Selain itu juga perkampungan air, Patau-patau 1 dan 2 yang sangat menarik perhatian... ya lah kehidupan 100% di air. Yang sangat mengujakan ialah lanskap hijau mereka walaupun tinggal di atas air mereka tetap membina lanskap terbaik... penuh pokok-pokok ditanam di dalam bekas.


Insyallah... kalau panjang umur saya akan ke Labuan lagi... kepada Doe PT3 Tn Ibrahim Bin Donglah terima kasih diucapkan yang tidak terhingga... layanan dari sejak kami sampai hingga lah nak pulang disifatkan sangat terbaik first class !!!. Dan tidak lupa juga terima kasih pihak pengurusan terutama presiden lawatan DOE Kelantan En Adnan Bin Awang , Bendahari DOE Selangor Pn Azliza Bte Mohd Sarif, Bendahari En Azri Bin Kamaruddin ... pengurusan yang cekap dan lancar... yang pasti  you All...DOE  PT3 Terbaik Di Dunia...!!!




2 comments:

Unknown said...

Syok juga tengok rumah atas air ni... rasa tenang.. hilang stress.. ada pulak taman..terbaik..

belajar dari masa lalu, bersiap untuk masa hadapan, berikan yang terbaik untuk hari ini said...

Ya... kalau ada rezeki bawa lah family pergi sana Epol... seronok

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...