Pagi akhir di Labuan sangat menyenangkan dan terasa berbeza kehidupan di sini berbanding di tempat sendiri... yang paling ketara gaya pemanduan penduduk di sini lebih tenang dan santai, perjalanan kehidupan mereka lebih perlahan tidak terkejar-kejar, serta percakapan mereka sangat berbudi bahasa... sedap mendengar loghat sabahan.
Pic ini diambil dari DOE Perlis En Fuad |
Terkenal dengan pulau bebas cukai... membuatkan harga barangan seperti coklat agak murah... anak-anak sudah berpesan coklat terutamanya Nutella. Insyallah kalau ada rezeki dapat ke sini lagi mungkin bersama keluarga tercinta pula.
Antara tempat yang sangat menarik perhatian ialah di Chimney Tanjung Kubong... tempat bersejarah yang mendapat pengiktirafan antarabangsa pada tahun 2014 dengan anugerah "The Internasional Green Apple Awards For Enviromental Best Practice"
Insyallah... kalau panjang umur saya akan ke Labuan lagi... kepada Doe PT3 Tn Ibrahim Bin Donglah terima kasih diucapkan yang tidak terhingga... layanan dari sejak kami sampai hingga lah nak pulang disifatkan sangat terbaik first class !!!. Dan tidak lupa juga terima kasih pihak pengurusan terutama presiden lawatan DOE Kelantan En Adnan Bin Awang , Bendahari DOE Selangor Pn Azliza Bte Mohd Sarif, Bendahari En Azri Bin Kamaruddin ... pengurusan yang cekap dan lancar... yang pasti you All...DOE PT3 Terbaik Di Dunia...!!!
2 comments:
Syok juga tengok rumah atas air ni... rasa tenang.. hilang stress.. ada pulak taman..terbaik..
Ya... kalau ada rezeki bawa lah family pergi sana Epol... seronok
Post a Comment