Sunday, February 25, 2018

NY

Assalamualaikum...

Dah lama ayah ingin meluahkan rasa gembira dan bangga terhadap kejayaan anak-anak ayah... barulah sekarang ada masa untuk ayah coretkan rasa hati di dalam blog ini.

Tahniah untuk anak ayah Yasmine di atas kejayaan 8A dalam peperiksaan UPKK tahun 2018. Sesungguhnya kamu tahu tak Yasmine bahawa ... pabila ayah tahu kejayaan ini... tiada lain yang ayah ucapkan iaitu rasa syukur yang amat sangat kepada Ilahi diatas anugerah ini... 





Ketika ayah membuat coretan ini... sebak rasanya dan tidak dapat dibendung air mata ini kerana bertapa ayah bersyukur dianugerahkan dengan anak-anak yang sentiasa menyenangkan sepanjang hidup ayah... terima kasih diucapkan kepada kamu semua Muhammad Adam, Nur Yasmine, Nur Insyirah dan Nur Muhammad yang sentiasa mewarnai sepanjang hidup ayah... 

Yasmine...

Ayah doakan agar kamu akan menjadi anak yang solehah dan muslimah yang terbaik dunia dan akhirat... anak yang sentiasa membanggakan dan menjaga sentiasa nama ayah dan ibunya... anak yang menyejukkan hati ayah dan ibunya... 

Yasmine...

Tiada apa yang ayah boleh luahkan bertapa ayah sayangkan kamu... kasih sayang ayah tiada penghujungnya sehingga akhir hayat ayah...


Yasmine...

Jika ayah tiada nanti... jadilah insan yang soleh dan solehah dan tidak menyusahkan orang lain.. berbaktilah kepada keluarga, agama dan masyarakat... 



1 comment:

Unknown said...

Aminnn... tiba2 mata masuk habuk lak.....

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...