Tuesday, March 6, 2018

NM

Assalamualaikum...

Hari ini Khamis 1 Mac 2018 bersamaan 13 Jamadilakhir 1439 hari lahir Nur Muhammad yang ke 8 tahun... sebelum keluar dari kereta menghantar dia ke sekolah sempat saya mengucapkan Happy Birthday kepada dia...senyum sahaja dia.... sambil membawa beg sekolah.







Sambil melihat dia berjalan masuk ke pagar sekolah, di hati ini berdoa agar dia menjadi anak yang soleh, menyenangkan dan membanggakan ayah dan mamanya. Nur Muhammad ini seorang yang sangat bersemangat dan cepat tangkap apabila belajar sesuatu...





Ramai yang cakap muka saya sangat seiras dengan mohd apabila kecil dahulu... itu saya akui. biarlah sifat yang baik-baik diwarisi olehnya Insyallah...



Ramai yang bertanya... dari mana saya mendapat idea nama Nur Muhammad ini, sangat jarang didengari... untuk makluman semua saya dan isteri mendapat nama ini dari seorang sahabat yang bernama ustaz Nur Muhammad... selepas berjumpa dan meminta izin dari ustaz maka sepakat saya menamakan anak Bongsu kami ini Nur Muhammad... tenang dan damainya menyebut nama ini begitu juga anak yang seorang ini.



1 comment:

Unknown said...

Mana tumpahnya kuah klu tak ke nasi...moga di berkati dh menjadi ank yg soleh..aminnnn

19 TAHUN KAMI HIDUP BERSAMA

 Assalamualaikum semua Lama rasanya saya tak menulis dalam blog ini... dengan kekangan masa maka bersawang la blog ini lama tak update... hi...